Rundingan PKR-Pas mesti dilapor kepada Pakatan Harapan

Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan 2

Penaja : www.jomservis.blogspot.my
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan sebarang rundingan antara PKR dan Pas perlu dimaklumkan kepada Pakatan Harapan.
Menurutnya, PKR boleh berunding dengan mana-mana pihak sekalipun tetapi apa yang dibincangkan itu harus turut diketahui AMANAH, Bersatu dan DAP.
"Dia berunding dengan siapa pun boleh berunding tapi mesti lapor pada mesyuarat Pakatan Harapan.
"Kita akan tentukan had masa (perbincangan PKR-Pas)," katanya ketika ditanya Malaysia Dateline semasa sidang media sempena Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan di Central Plaza, Bukit Bintang semalam.
Walaupun Pas pada Mei lalu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini dilapor tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti di luar Pakatan Harapan itu.
Mohamad selanjutnya berpendapat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang sebagai detik paling sesuai untuk rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan.
"Suasana sekarang memihak kepada (Pakatan Harapan) nak ambil alih pemerintahan (kerajaan pusat). Kalau tidak berlaku juga kita musykil di mana yang perlu kita buat lagi," ujarnya.
Beliau turut memberitahu siri jelajah menjelang himpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober nanti sedang giat berlangsung.
Terbaharu, di Ipoh, Perak malam tadi dan di Bera, Pahang kelmarin yang menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh utama pemimpin AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR.
"Harap puluhan ribu hadir dan sedang dimobilisasikan," katanya lagi ketika ditanya pemberita tentang anggaran peserta himpunan yang hadir dalam unjuk rasa secara aman itu.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

13 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
22 Ogos 2017 6:20 PTG delete

Setuju.. tapi harap2 tak akan diadakan langsung rundingan..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2017 7:07 PTG delete

Mungkin PKR akan keluar dari Pakatun Harampan dan join Gagasan Sejahtera, Inshaa-Allah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2017 8:06 PTG delete

Demi keseinambungan kuasa sanggup buat apa saja.Biar pun terpaksa comolot dgn org yg pernah mghina dan menjatuhkan suaminya.Beginikah pemimpin yg rakyat mahu???

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2017 8:22 PTG delete

Tidak semua rakyat yang mahu pemimpin macam ni, rakyat yang cerdik menilai tidak memilih pemimpin yang tiada prinsip, hanya mereka yang bengap saja yang mahu, macam pengikut haprak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2017 10:09 PTG delete

Yb azmin..tlg fahami kehendak rakyat yg menyokong ph..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Ogos 2017 12:13 PG delete

Kau pujuk Azmin, Azmin merayu pada PAS.

Hebat PAS?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Ogos 2017 11:17 PG delete

Mat Sabun dah nampak jawatan yang ditawarkan kepadanya dari barua DAPigs merangkap Menteri Pertahanan.

Dulu Mat Sabun kata tangan Madey dipenuhi dengan darah Memamli sekarang Mat Sabun dah jilat kering tangan Madey. Prinsip tergadai.

Kahkahkahkahkah!!!!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Ogos 2017 2:43 PTG delete

Nobody bavi kata mahdey dah insaf...hehehe
Cuma rakyat blm berpuashati dgn isu liwat.Siapakah yg sebnrnya bersalah??

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2017 12:08 PTG delete

1% - 0.5% akhirnya 0%, PANdir, PANdir.

Kahkahkahkah.

Reply
avatar
Mohd Fauzi
AUTHOR
25 Ogos 2017 4:34 PTG delete

pkr dan pas patut bergabong kalau nak kekal perintah selangor.parti pan patut dibubar dan ahli pan diserap ke pkr lankah ini munkin berjaya sebab parti pan hanya ada penyokong 1%jah malah setengah pendapat 0.5% jah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
25 Ogos 2017 4:36 PTG delete

Yg lucunya dorang mengaku dapat gantikan pas dan perkuatkan PH.. ntahlaa

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25 Ogos 2017 5:34 PTG delete

Menjelang pru14 sokongan PANdir akan jadi 0%.

Kahkahkahkahkah....normala oh normala terkenang daku pada mu dipantai cahaya bulan.

Kahkahkahkah...

Reply
avatar
31 Ogos 2017 12:38 PTG delete

berita semasa

berita semasa Providing you our best berita semasa at www.beritasemasa.com.my.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes