Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 30, 2017

PKR komited kepada usaha kukuhkan PH


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan ringkasnya menjelaskan,  Biro Politik PKR yang telah mengadakan mesyuarat mingguannya petang ini telah membuat ketetapan bahawa parti itu komited kepada usaha mengukuhkan Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Ia susulan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini, yang menjelaskan sebab ketidakhadirannya dalam mesyuarat Biro Politik parti itu dan sehingga timbulnya cadangan agar diadakan Kongres Khas untuk wujudkan kerjasama PKR-Pas.
Rafizi menjelaskan isu ketidakhadirannya ke mesyuarat Biro Politik PKR digunakan sebagai alasan kononnya beliau tidak mengetahui keputusan berunding dengan Pas adalah keputusan parti yang diputuskan oleh Biro Politik PKR.

Katanya, beliau telah membuat keputusan untuk tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik sejak Ogos 2016 selepas jelas perbezaan pendapat di Biro Politik yang berpanjangan akan membantutkan persediaan parti menjelang PRU14.
Ia berikutan rentetan peristiwa-peristiwa berikut seperti yang dinyatakan Rafizi:

1.Pertembungan 3 penjuru di pilihanraya Sarawak (Mei 2016) walaupun keputusan Biro Politik adalah jelas mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi yang diputuskan di peringkat Majlis Presiden PH pada ketika itu dan ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden parti

2.Tindakan melengah-lengahkan penyertaan PH di dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ke saat akhir sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu Pekeliling Setiausaha Agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera PH (dari AMANAH dan DAP ketika itu) tanpa menunggu keputusan Biro Politik yang tidak kunjung tiba.
Rafizi turut menerangkan sejak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, keputusan di peringkat Biro Politik menjadi sukar untuk dicapai bila ada perbezaan pendapat.
"Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali (seperti yang berlaku dengan keputusan perletakan jawatan pimpinan parti di dalam Kerajaan Kelantan). Akibatnya mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.

"Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan Pas kerana ia melibatkan Kerajaan Selangor. Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden ialah untuk terus membuka pintu kepada PAS sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh Pas ditolak.

"Maka keputusan untuk menubuhkan Pakatan Harapan (yang mana saya menjadi tulang belakangnya sebagai Setiausaha Agung pada ketika itu) melebarkan lagi perbezaan pendapat antara saya dan Timbalan Presiden. Peristiwa-peristiwa di Pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah berpunca dari pandangan yang mengaitkan sebarang inisiatif yang membabitkan Pakatan Harapan akan menguntungkan saya secara politik, maka ia tidak wajar disokong.

"Menyedari hakikat ini, selepas kekalahan di Pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Kecil Sungai Besar/Kuala Kangsar, saya tahu bahawa masa dan tenaga saya lebih baik digunakan untuk berkempen di bawah daripada bertempur di dalam bilik mesyuarat yang tidak berkesudahan.
"Seawal Ogos 2016, saya tahu kemungkinan besar saya akan dijatuhkan hukuman penjara kerana saya didakwa di bawah Akta OSA pada April 2016, maka saya telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Setiausaha Agung kepada Datuk  Saifuddin Nasution Ismail apabila dijatuhkan hukuman kerana pertukaran itu tidak menimbulkan kontroversi di mata rakyat.

"Sebab utama keputusan itu (selain dari soal dijatuhkan hukuman) ialah kerana saya percaya tenaga dan masa saya lebih baik digunakan untuk memastikan kempen dan persediaan Keadilan /PH di kerusi-kerusi penting (kerusi marginal yang kalah tipis) berjalan baik; daripada dihabiskan di dalam pertempuran politik di atas.
"Tambahan pula, Datuk  Saifuddin Nasution Ismail adalah orang kepercayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga diplomat Keadilan di dalam Pakatan Harapan yang paling kanan (sejak Pakatan Rakyat lagi).

"Maka saya membuat keputusan untuk mengambil tanggungjawab menyediakan jentera dan kempen pilihanraya di kerusi-kerusi marginal yang saya telah usahakan melalui Iinvoke sejak Ogos 2016 lagi," terangnya.
Rafizi turut berkata, segala tindakannya itu dimaklumi Presiden dan Ketua Umum PKR.
"Mereka memahami keadaan pada ketika itu dan kami menyesuaikan aturan menguruskan parti dan memimpin kempen rakyat untuk memastikan kompromi itu membuahkan hasil kepada rakyat dan parti: iaitu sedang Timbalan Presiden diberikan peluang mengusahakan satu muafakat dengan Pas untuk mencari jalan satu lawan satu, saya pula diberikan peluang membina kempen di bawah di kerusi-kerusi marginal melalui Invoke.

Saya memberikan laporan dan maklumbalas kepada Presiden dan Setiausaha Agung setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kami. Saya juga adalah perunding yang mewakili Keadilan  dalam merundingkan kerusi di peringkat Pakatan Harapan.

Maka sementara saya mungkin tidak ke Biro Politik, itu tidak bermakna saya tidak tahu perkembangan parti kerana saya bermesyuarat dengan Presiden, Setiausaha Agung (dan Pengarah Pilihanraya Sdri Nurul Izzah, pada masa yang melibatkan pilihanraya) setiap minggu. Namun, saya juga tahu bahawa di saat akhir menjelang PRU14 ini, saya tidak nampak bagaimana Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat boleh mencapai persetujuan yang mendamaikan semua pihak mengenai kerjasama dengan Pas.
"Sebab itu saya mengutarakan bahawa cara paling baik ialah dengan menyerahkannya kembali kepada akar umbi melalui Kongres Khas,"terangnya.
Bagaimanapun pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan terhadap kerjasama PKR-Pas ini dimuktamadkan hari ini melalui mesyuarat yang diadakan lewat malam semalam.
Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP,AMANAH dan Bersatu mengambil pendirian bahawa Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU14 dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru.
mdl
Picture
      

11 ulasan:

  1. PKR komited kepada usaha untuk mengukuhkan Pakatun Harampan!

    Dalam masa yang sama PKR masih nak berunding dengan PAS!!

    PKR dah dapat menghidu bau kekalahan jika tidak bersama dengan PAS!!

    Dan akan hilang semua jawatan dan kuasa apabila bersama Haprak!!!

    PAS lebih hebat jika dibandingkan dengan gabungan Haprak, PANdir jauh ketinggalan!!

    Tiada keyakinan untuk bersama PANdir 0.5%, hanya membaruakan diri kepada DAPigs!!

    PKR akhirnya akan keluar dari Pakatun Harampan!!!

    Tertubuhnya gabungan Pakatun Harampan bukan kerana dasar ketakwaanya.

    Tertubuhnya Pakatun Harampan adalah dari dasar Pengkhianat, Gila kuasa, Hipokrit dan segala macam perkara yang bertentangan dengan Prinsip dan Moral!!

    Tidak seperti PAS, tertubuhnya PAS adalah dari dasar perjuangan yang membawa Islam sebagai kehidupan dan dijaluri dengan rasa ketakwaan dan kecintaan kepada Allah SWT!!

    Hebatnya PAS.

    BalasPadam
  2. PAS tak pernah hadir sebarang majlis dan mesyuarat yang ada kaitan dengan PH. Kita tak pernah terhegeh-hegeh. Pinggan tak retak nasi tak dingin! PH tak ada dalam kamus perjuangan PAS.

    Yang hadir dalam program PH ialah individu dalam PAS yang suka makan nasi dingin guna pinggan retak. Elok-elok di rumah sendiri ada nasi hangat dalam pinggan Corelle, nasi dingin dalam pinggan retak juga yang dicari!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH baru terjaga dari lamunan mimpi agaknya...

      Padam
    2. Terbaikk YB Rafizi..Pas akan kalah teruk pd pru14

      Padam
    3. Terbaik rafizi.. harap dsai dapat jadi adun kajang kemudian mb selangor..

      Padam
  3. Kekuatan pgayR bnyk bergantung kpd pengundi pas sejak dulu lagi.Betul tak???Jelas pgayR gah pada nama serta simbolik berguling2 atas jalanraya jerr.Lbh dpd itu bnyk brgantung kpd loyar buruk nuar dan rapiji serta tangisan sandiwara kak jah dan nurul yg dah kaku sejak comolot dgn mahdey.
    PgayR oii!!!Jadilah parti yg ada pendirian sket.Berlagak bila rasa diri hebat...ptuiiih!!!!
    Takper...dapigs abg long korang boleh bantu asal rajin jilat bontot mrk...hehehe

    BalasPadam
  4. Pakatun Harampan memang gemar memfitnah, kepada pengikut2 setia Haprak dinasihatkan supaya meninggalkan Pakatun Harampan dengan kadar segera agar tidak terpalit sama dengan dosa2 kejahatan yang silakukan oleh pemimpin2 Haprak.

    Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?

    Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat.

    Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.

    Hasilnya, Ketua Pengarang Sarawak Report kini perlu kembali ke Mahkamah pada bulan Oktober, di mana berkemungkinan peguam beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk memohon lanjutan. Walau bagaimanapun, pemkembangan ini dijangka akan mencetuskan kegusaran di dalam pakatan pembangkang Malaysia yang diketuai Mahathir yang bersungguh-sungguh menghancurkan Najib berdasarkan artikel-artikel beliau.

    Tanggungjawab sekarang terletak kepada Mahathir untuk menjelaskan mengapa Clare gagal mengemukan bukti kukuh sebagai asas untuk serangannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa rakyat Malaysia akan mula melihat kejahatan sebenar beliau dan mempersoalkan jika benar dia memang membayar Clare untuk memburuk-burukkan nama Najib.

    Tetapi itulah yang saya telah telah katakan selama ini.

    Sebenarnya, sumber-sumber pemberi maklumat dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan kepada saya bahawa Mahathir sememangnya menyalurkan jutaan ringgit untuk Clare dalam usaha untuk menjatuhkan Najib melalui “Democratic Thievery” .

    Bukan sahaja Ketua Pengarang Sarawak Report perlu menafikannya, beliau juga perlu menafikan artikel di mana saya mengatakan beliau berkonspirasi mensabotaj 1MDB dan menghasut Kerajaan China agar berpaling arah terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

    Adakah saya tidak pernah memberitahu anda bahawa wanita ini sebenarnya terlalu jijik dan kotor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi beliau tidak mengaku kesalahannya memfitnah diharap tiada ulamak yg sudi mendoakan kesejahteraan beliau di majlis anjuran dap..

      Padam
    2. Dikatakan bhw mahdey penyumbang kewangan terbesar kpd claire sr.Selama ini mahdey berkokok bagai ayam jantan pencen berpandukan maklumat2 yg diperolehi dpd sr.Mudah bagi mahdey mnjalankan misi jika terkantoi dgn hanya menyalahkan sr sebagai sumber fitnahnya.Sama spt apa yg dia pernah lakukan selama 22tahun jd pm.Pernahkah mahdey menyalah dirinya berkaitan isu spt pemecatan hakim..memali.mforex..mbf..perwaja steel..hutang proton..lotus yg tak pernah untung..projek tanpa tender dan plbagai lagi sehingga anak..waris..proksi serta kroninya kaya raya.Rasanya tak pernah...
      Cuma sekali jer iaitu berkenaan perjanjian bodoh dan bangang konsesi tol.Dia mengaku dia bodoh tak membaca detail perjanjian atau hanya helah biasa mahdey spt selalu.
      Apa2 pon...penguasaan kuasa mahdey mgkin sampai ke pghujung.Janji pihak haprak akan menyumbat mahdey ke dlm jel nampaknya sekadar retorik yg membuat ramai pengikut haprak meluat dgn gelagat badut2 bodoh mrk.
      Hanya org yg menganggap org lain sama bodoh dgn dia jer mudah ditipu dgn mainan politik kotor mahdey yg lbh megutamakan pguasaan kekayaan utk anak..waris..proksi dan kroni.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...