PAKATAN HARAPAN akan menang PRU14


KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) berpotensi besar untuk memenangi majoriti kerusi parlimen serta mempertahan dan memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum akan datang melalui formula ‘10 dan 5 peratus’.
Formula itu kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang boleh berjaya meskipun jika PAS bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menyebabkan pertembungan kerusi.
“Tsunami rakyat Malaysia ini akan berlaku jika 10 peratus pengundi Melayu dan 5 peratus pengundi bukan Melayu mengubah undi mereka daripada Barisan Nasional (BN) kepada HARAPAN dalam keadaan pengundi jelas membezakan HARAPAN dan PAS.
“Dalam keadaan ini, meskipun PAS bertindak sebagai ‘penganggu’, HARAPAN bukan sahaja akan memenangi majoriti kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia malah akan berjaya mentadbir Perak, Negeri Sembilan dan Johor serta terus mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.
Dalam senario ini, 10 peratus pengundi PAS dan beberapa peratus pengundi bukan Melayu telah pun diambil kira ujarnya.
Berdasarkan formula itu, bagi negeri Perak; BN dijangka hanya mempertahankan 20 kerusi (34%) manakala HARAPAN memenangi 39 kerusi (66%) Dewan Undangan Negeri (DUN).
Negeri Sembilan pula bakal memperlihatkan BN memenangi 17 kerusi (47%) didahului HARAPAN dengan 19 kerusi (53%).
Johor pula dijangka menyaksikan BN kecundang dengan hanya 20 kerusi (35%) manakala HARAPAN muncul juara dengan kelebihan 36 kerusi (65%).
Di Pulau Pinang, BN diramal hanya berjaya mempertahankan 3 kerusi (7%) manakala HARAPAN pula memenangi 37 kerusi (93%).
Bagi Selangor, BN dijangka mengalami kemerosotan dengan 6 kerusi (11%) manakala HARAPAN pula mencatatkan peningkatan kemenangan sebanyak 50 kerusi (89%).
Menurutnya lagi, kemenangan HARAPAN di peringkat Persekutuan dan Negeri akan memberi kesan kepada transformasi pertumbuhan ekonomi.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh terbaik dalam tempoh lapan tahun pentadbiran pakatan yang telah menerajui pembaharuan dan mempraktikkan urus tadbir yang baik,” katanya lagi.
http://wrlr.blogspot.my
Picture
Previous
Next Post »

11 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
17 Ogos 2017 10:46 PG delete

Buat pertama kali aku amat bersetuju dgn lim kit siang.. maka bila pas bertanding 3 penjuru nanti utk antara 70 sehingga 100 kerusi parlimen, tiadalah lagi suara2 sumbang di belakang.. tengoklah pan, boss kamu dah bagi greenlight.. jadi mulai sekarang marilah kita bertanding dgn secara sihat tanpa memperlekehkan mana parti pembangkang lain... target utama kita ialah utk jatuhkan BN.. harap para barua tidak tergamak menyanggah statement boss mereka spt di atas!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 12:04 PTG delete

Ramai betul nujum pak belalang dalam Pakatun Haprak.

Nak gelak rasanya!!!!!

Kahkahkahkahkah.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 6:47 PTG delete

Mana bukti?!!!!!kata si nobody.
Jika kita meramal mrk tak boleh menang...hehehe

Maklumlah mahdey everything must hide 2.0 anjeng perang mrk...hmmmm

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 9:44 PTG delete

heheheh golak le warighhh,takpo..ekau nak monangg heheheh..monang la ekauu

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 9:46 PTG delete

Engkau pun sama barua,macamana kat5a orng lain barua.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 9:48 PTG delete

HARAPAN untuk semua rakyat malaysia.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Ogos 2017 10:24 PTG delete

HARAPAN apa untuk rakyat? HARAMPAN adalah!!!

Kahkahkahkah...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Ogos 2017 1:31 PG delete

hippo and chicken. but i believe malaysian are not so chicken.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Ogos 2017 11:14 PG delete

Tanpa PAS Pakatun Harampan akan kecundang sebab tu PKR beri-ria nakkan kerjasama dari PAS, sudah terlambat la, bersedialah untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru.

Reply
avatar
Shafiek Abdat
AUTHOR
19 Ogos 2017 1:33 PG delete

"Ingat semua kata-kata dan Amanat Pak Lobai" Seaiapa Tak undi Pas maka mereka tak akan masuk syurga,,Dia ingat syurga bapak Dia punya ke?? Haramjaddah betul dia bodoh-bodoh Melayu kampong....!

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
19 Ogos 2017 5:50 PG delete

Kalau sekadar tuduhan bodoh2 macam ni umno pun boleh buat.. cubalah jwb isu rm83 billion tu.. nasihatkan tun m saman org yg tuduh dia tu ke kan lebih bermanfaat?

Ini tidak; buat kerja umno.. oh ye lupa plk pan kan ganti umno.. keh keh..

Dahlah selama ni pan jadi barua dap serang pas (dap tak payah buat kerja) kini tambah lagi jadi barua umno serang pas pula (umno tak payah buat kerja).. memang patutlah 3 penjuru!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes