Hot!! : Pakatan Harapan mahu campurtangan YDP Agong


Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah menyembah warkah kepada Yang Dipertuan Agong untuk membawa perhatian Tuanku berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan sebagaimana diumumkan Pejabat Perdana Menteri, Julai lalu.
Dalam kenyataan yang ditandatangani bersama pimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAp Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusuf Rawa.
Isi kandungan warkah yang dipersembahkan ke pejabat antaranya berkaitan dengan isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Perlembagaan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.
Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017.
"Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.2017 akan menjadi Tidak Sah. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan.
"Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak.
" Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara," ujar kenyataan bersama itu.
Pejabat Perdana Menteri pada 7 Jun lalu mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan dengan mengekalkan jawatan masing-masing, iaitu Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Md Raus disambung perkhidmatannya selama tiga tahun, manakala Zulkefli untuk dua tahun.
Pakatan Harapan istana 1
mdl
Your image is loading...
Previous
Next Post »

3 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
3 Ogos 2017 9:38 PG delete

YDPA masih perlu mendapat nasihat dari PM.. simple..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Ogos 2017 2:14 PTG delete

Adalah lebih baik jika majlis presiden pakatan haprak memohon keampunan untuk Anwar Ibrahim, tak perlu la nak tunggu pakatan haprak menang lepas 100 hari baru nak mengadap YDPA. Buang masa je majlis presiden ni.

Lim Kit Sial apabila ditanya oleh wartawan tempat kelahirannya terus melenting marah pada wartawan, bercakap benar lah wahai Lim Kit Sial, kamu berasal dari mana?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Ogos 2017 4:29 PTG delete

Slps mahdey bersara...dia bercdg menubuhkan majlis presiden ttp ditolak.Seolah2 perdana menteri akan jadi boneka hidup buat si penyamun tarbus.Jika dia nak buat dlm pakatan haprak...biarlah krn dlm haprak pemimpin2nya bangang2 belaka.Tiada prinsip dan pendirian.Tengoklah wan jijah dgn waris2nya...pernah ker mahdey memohon maaf atas 'fitnah' dia ke atas gay tua????

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes