Hot!! : 'Kasihan ahli Pas diperkuda pemimpin sendiri'

Ustaz Zolkharnain AbidinUstaz Zolkharnain AbidinIklan 1 : WWW.KELABSIMKAD.COM
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin bersimpati dengan nasib ahli Pas di peringkat akar umbi yang berterusan diperalat pemimpin mereka sendiri.
Menurutnya, kehidupan pemimpin Pas pada masa ini berbeza dengan ahli parti itu yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memperjuangkan Islam acuan Pas.
"Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yang terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam untuk teruskan 'perjuangan Islam' versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dengan ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno.
"Ketika mereka nak 'lawan Umno', pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno," ujarnya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara Mingguan Malaysia keluaran 16 April lalu.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laporan akhbar pro-Umno itu mendakwa kuasa politik orang Melayu terletak pada Pas dan Umno bahkan Pas bukan 'berperang 24 jam' dengan Umno sebaliknya bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain menyifatkan Hadi secara jelas berkempen untuk Umno pada ketika Pakatan Harapan berusaha mengajak rakyat memerangi Umno.
"Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi sama rata dari sudut layak untuk diundi oleh rakyat. Ketika PH (Pakatan Harapan) bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno untuk dipilih.
"Nampaknya, pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan untuk membalas jasa Umno dan Najib kepada pemimpin Pas?" soal pendakwah dari Perlis itu.
Beliau berkata, rakyat semakin jelas melihat Abdul Hadi mutakhir ini tidak lagi mengkritik Najib dan Umno.
"Apabila dia (Abdul Hadi) mengajak rakyat untuk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang.
"Ini juga bermakna, Pas masuk pilihan raya bukan untuk menang, tetapi untuk mengganggu PH. Pas cuma pengacau kemaraan PH," tegasnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Ustaz Zolkharnain turut berpendapat tindakan Abdul Hadi mengajak orang Melayu memilih Umno bercanggah dengan prinsip Pas selama ini yang menolak perkauman. "Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu.
"Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?
"Semakin hari, kompas politik pemimpin Pas semakin gelong. Mereka bukan lagi fokus utk tumbangkan Umno-BN," bidasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Pas menilai kembali perjuangan Pas pada masa ini termasuk keluar daripada parti berkenaan.
"Tidak salah mereka tinggalkan Pas kerana pemimpin Pas kini bukan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu. Kini Pas sudah jadi sekutu Umno," tegasnya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]
Previous
Next Post »

8 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2017 8:45 PG delete

Ketika ini, dulu dan selamanya PAS sentiasa akan difitnah selagi PAS tidak tunduk layu kepada PH supaya mudah PAS diperkudakan oleh PH.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2017 6:04 PTG delete

Biarlah pemimpin kami memperkudakan kami asal saja pejuangan parti tidak melencong dan pemimpin kami tidak mudah tunduk layu pada kafir, kami doakan semoga kami ahli PAS dijauhi dari diperkudakan oleh pemimpin Islam yang kerosakan akhlak seperti pemimpin DAPigs.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
19 April 2017 7:25 PTG delete

Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin bersimpati dengan nasib ahli Pas di peringkat akar umbi yang berterusan diperalat pemimpin mereka sendiri. (LEBIH BAIK DARIPADA DIPERALAT OLEH DAP!)
Menurutnya, kehidupan pemimpin Pas pada masa ini berbeza dengan ahli parti itu yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memperjuangkan Islam acuan Pas. (ISLAM ACUAN PAN JADI BARUA KAFIR LAHANAT KE?)
"Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yang terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. (MEMANG TAK INGIN KAMI DIKUDAKAN OLEH LGE KAFIR LAHANAT) Ketika mereka berjaga malam untuk teruskan 'perjuangan Islam' versi Pas (VERSI ISLAM PAN TUNDUK LAYU KPD PEMIMPIN KAFIR? BETUL KE DIA NI USTAZ SEBENARNYA?), pemimpin mereka bersenang-lenang dengan ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno.(INI JELAS FITNAH, USTAZ KE DIA NI?)
"Ketika mereka nak 'lawan Umno', pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno," (SESIAPA YG ANTI ISLAM PASTI PAS LAWAN TERMASUK UMNO DAN PAN!) ujarnya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara Mingguan Malaysia keluaran 16 April lalu.

Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain menyifatkan Hadi secara jelas berkempen untuk Umno pada ketika Pakatan Harapan berusaha mengajak rakyat memerangi Umno.(DIA KEMPEN UNTUK MENANGKAN KAFIR LAHANAT TAK PE PULAK?)
"Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi sama rata dari sudut layak untuk diundi oleh rakyat. Ketika PH (Pakatan Harapan) bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno (PAN PULA MENYOKONG PIMPINAN KAFIR!), Hadi merestui Umno (MUSLIM) untuk dipilih.
"Nampaknya, pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti.(TERBUKTI YG TANPA BUKTI? ULAMAK TOKONG AJAR CAM NI KE?)Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan untuk membalas jasa Umno dan Najib kepada pemimpin Pas (PAS BUKAN KHADAM KPD DAP YG HANYA DIBERI UPAH!)?" soal pendakwah (PEMBOHONG SEBENARNYA) dari Perlis itu.
Beliau berkata, rakyat semakin jelas melihat Abdul Hadi mutakhir ini tidak lagi mengkritik Najib dan Umno.(BOHONG MALAH TERMASUK 1MDB TGHH PERNAH SURUH TUBUH SIASATAN DIRAJA!)
"Apabila dia (Abdul Hadi) mengajak rakyat untuk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang.(LEBIH BAIK DARI DAP MENANG!)
"Ini juga bermakna, Pas masuk pilihan raya bukan untuk menang, tetapi untuk mengganggu PH (BODOH! KAN PAS DAH KATA NAK MENANG MINIMUM 40 KERUSI PARLIMEN?). Pas cuma pengacau kemaraan PH," tegasnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Ustaz Zolkharnain turut berpendapat tindakan Abdul Hadi mengajak orang Melayu memilih Umno bercanggah dengan prinsip Pas selama ini yang menolak perkauman. (STRATEGI POLITIK KENA BERUBAH2 BUKAN HANYA JADI BARUA DAP SEPANJANG MASA!) "Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu.(PAS HANYA MENGAJAK ORG MEMILIH UMNO DI KAWASAN YG PAS TAK BERTANDING, APA YG PELIKNYA? TAKKAN NAK PILIH PEMIMPIN KAFIR ANTI ISLAM MACAM PAN?)
"Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?
"Semakin hari, kompas politik pemimpin Pas semakin gelong. Mereka bukan lagi fokus utk tumbangkan Umno-BN," bidasnya lagi. (MAMAT NI MAKIN LAMA MAKIN BODOH HASIL DARI DIDIKAN PIMPINAN KAFIR!)
Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Pas menilai kembali perjuangan Pas pada masa ini termasuk keluar daripada parti berkenaan.(GILA KE NAK KELUAR PAS UTK JADI BARUA DAP?)
"Tidak salah mereka tinggalkan Pas kerana pemimpin Pas kini bukan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu. (NAMPAK SANGAT KEBODOHAN MAMAT NI. ORG MASUK PAS KERANA PERJUANGAN PARTI YG ISLAMIK BUKAN KERANA TAKSUB KPD MANA2 PIMPINAN) Kini Pas sudah jadi sekutu Umno," tegasnya. (BANGANG! TAPI LEBIH BAIK SEBENARNYA DARI JADI SEKITU DAP YG ANTI ISLAM!)

Reply
avatar
Malaysiabaru
AUTHOR
19 April 2017 8:36 PTG delete

Yang pelik.. Akar umbi pIs masih dungu.. Nak isi petrol pun kena mintak ydp..

Ydp pulak tarak bajet

Tapi pelik ajk pusat boleh pulak pakai Q7 rover mini coper velfire malah ada yg mampu beli kapal terbang..

Mana pegi duit 90juta ? Tak bawak turun ke bawah utk akar umbk ker?

Sah org bawahan ni di perkuda utk buat presideng ajk kaya raya!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2017 9:23 PTG delete

Takpe, kami boleh cari rezeki sendiri, segala bentuk rezeki itu semua datang dari Allah swt bukan dari makhluk. Kalau dah mereka mampu untuk beli apa saja sekalipun termasuk kapal terbang, itu rezeki mereka, kami tidak akan mencemburui mereka sebab kami tahu pemimpin kami bersih dari segala gejala rasuah dan jauh dari gejala kerosakkan akhlak.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
20 April 2017 5:53 PG delete

Pemimpin kami pun bersih dari rasuah walau mampu beli kapalterbang sekalipun.. cuma pemimpin kami tak sehebat pemimpin lain yg hebat memfitnah seperti UG, RM90 juta, org dah meninggal dunia masuk PAN jika hidup lagi, mimpi 15 kali bla bla bla..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 April 2017 12:18 PTG delete

Wleh wanrosli... Lebong katun bolehla.. Mana Video matsabu tolak hudud???

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
23 April 2017 11:37 PTG delete

Aku masih menunggu lebai tokong komen pasal Akta 164.. takkan lebai tokong sanggup tgk anak muallaf tetap kafir lantaran mak atau bapak kafirnya tak setuju anak tu masuk islam.. mentang2 dah jadi barua kafir...

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes