Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Februari 18, 2016

PRN SARAWAK : Pemuda Amanah persiap calon 'boleh menang'


logo Amanah 1logo Amanah 1Pemuda Amanah kini dalam rangka kerja turun ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam usaha mendekatkan calon-calon bawah 39 tahun untuk diketengahkan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawa yang akan diadakan beberapa bulan sahaja lagi.

Sungguhpun memasuki PRN buat kali yang pertama, calon-calon yang bakal diketengahkan Pemuda Amanah untuk dihantar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) rata-ratanya adalah anak muda yang berpengalaman mewakili komuniti dalam isu-isu penduduk serta memahami senario politik di Bumi Kenyalang.

"Pemuda amanah optimis bahawa calon-calon yang bakal diketengahkan kelak mampu melunaskan aspirasi rakyat Sarawak yang mahu anak muda tempatan berjuang membela hak Negeri Sarawak secara jujur dan telus.

"Calon-calon akan fokus pada gagasan perjuangan yang lebih tuntas. Memastikan setiap sen kekayaan negeri dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang keluarga atau kepercayaan. Gagasan ini wajib tertunai sekiranya mereka menang dalam PRN kali ini," ujar Taqiyuddin Cheman Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah Nasional dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Taqiyuddin lagi Pemuda Amanah bercita-cita jauh mahu memperkasakan elemen semak dan imbang dalam Dun Sarawak iaitu suatu yang amat diperlukan dan penting untuk membela nasib rakyat.

"Pemuda AMANAH juga berharap agar setiap Adun yang bakal dipilih dalam PRN kali ini - tidak mengira latar belakang parti - mempunyai keberanian yang cukup untuk mengatakan "TIDAK" dan nekad menolak kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak," ujarnya.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Eloklah bertanding di Sarawak sbb di Semenanjung mmg dah x de sambutan..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...