Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 08, 2016

PANAS!! : PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN BERTANDING SEMUA KERUSI KERUSI PAS SELANGOR

Image result for amanah selangor

Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang. Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini:

1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan.

2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH.

3. Tindakan ini bukan berasaskan dendam atau marah kepada PAS tetapi atas kesedaran bahawa pembangkang perlu bersatu atas satu platform jika ingin menumbangkan Umno/BN sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 12 dan 13. Dan platform yang dimaksudkan ialah Pakatan Harapan. Sehingga hari ini PAS menolak PH dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Umno. Maka kami dalam PH menganggap PAS akan menjadi lawan kami dalam PRU akan datang kecuali ada perubahan drastik pada kedudukan PAS sekarang.

4. PH menegaskan sekali lagi bahawa rakyat termasuk pembangkang perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat dan negara. Umno/BN sudah tidak relevan lagi, sudah rosak "beyond repair" dan mesti ditumbangkan dalam PRU 14. Kami masih membuka pintu pada semua yang sedia bersama PH untuk menentang BN. Tetapi pintu ini tidak terbuka sampai bila-bila kerana PRU 14 makin hampir.

Ir Izham Hashim
Pengerusi Amanah Negeri Selangor

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army



 
http://iklanviral.blogspot.my

5 ulasan:

  1. Salam 1rasuah

    MB Penang -Lim Guan Eng attended La Salle Primary English School in Petaling Jaya, and later the Batu Pahat Montfort Primary English School. For his secondary education, he attended Batu Pahat High School and Malacca High School. He graduated from Monash University in Australia with a bachelor's in economics and was a qualified professional accountant by 1983. He also served as the president of MUISS (Monash University International Student Society) during his university years.

    MB Selangor -Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun.

    MB Kedah- Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan Menteri Besar Kedah yang ke-12. Pendidikan tertinggi , SRP = PMR.

    "Di dalam Perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencabar Bashah Untuk menunjukkan sijil SPM Bagi membuktikan beliau Bukan Sekadar Hanya berkelulusan SRP."

    Patut umno buat dasar lembu masuk ipgpun boleh jadi tukang ajar. kah kah kah.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah, pekerja am dan MB umno) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.Heee

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah saya amat berharap agar hasrat PAN ini akan jadi kenyataan utk bertanding di kerusi2 PAS bukan shj di Selangor malah di seluruh Malaysia..

    Ini lah saat yg ditunggu2 utk membuktikan kebenaran pada ahli2 PAS yg lain2 bahawa betapa kami memang sudah jatuh wajib dalam menyingkirkan G18 masa muktamar tahun lepas..malah ini bukti terbesar yg boleh kami jadikan sandaran kenapa kami bertindak sedemikian..kami yakin para pengkritik sebelum ini sudah mula nampak asas tindakan kami..

    Silakanlah bertanding jangan cakap sahaja..sekali lagi Alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Nmpak asas mcam adun pas paya jaras tu..pkai baju dewa dap..huhuhu

    BalasPadam
  4. Bertanding sesama sendiri ...ini bermakna BN akan menguasai Selangor di PRU akan datang...percaya lah...
    Sangat Ralat..!!

    BalasPadam
  5. nampak sangat gelojohnya PAN ni... silakan bertanding... hasrat lawan PAS bukan UMNO... kami dah bersedia...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...