HOT!! : MENTERI UMNO, MEMBUKTIKAN SPR DI PERGUNAKAN OLEH BN...HUHUUHHU..

 

 Dakwaan menteri Umno bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi punca banyak kerusi Melayu menjadi kerusi campuran membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah digunakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan kerajaan menggunakan SPR, badan bebas dan berkecuali, bagi memanipulasi pilihan raya.




"Kenyataan yang dibuat Ismail membuktikan bahawa SPR merupakan alat politik Umno-BN untuk memastikan mereka kekal berkuasa.

"Tidak hairanlah BN berjaya memenangi 60 peratus kerusi parlimen walaupun hanya mendapat 48 peratus undi popular pada pilihan raya umum yang lalu.

"Ini bermakna bahawa keputusan pilihan raya sekian lama ini sebenarnya tidak sah bukan sahaja dari segi moral, tetapi juga dari segi perundangan," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Zairil (atas) yang juga penolong setiausaha publisiti DAP berkata, kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu juga membuktikan penyalahgunaan kuasa lama membarah.

"Sikap Ismail menyerlahkan betapa penyalahgunaan kuasa telah lama berdarah daging dalam kerajaan Umno-BN.

"Ia juga mendedahkan keangkuhan pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang bukan sahaja mencabuli hak demokrasi rakyat tetapi juga berani menguar-uarkannya tanpa segan silu," katanya lagi.

Semalam, Ismail mendakwa, ketika menjadi perdana menteri, Mahathir banyak mengubah kerusi majoriti Melayu menjadi kerusi campuran.

Beliau mendakwa, ia berikutan undi merosot yang diperoleh BN daripada kaum Melayu pada pilihan raya umum 1999.

SPR bagaimanapun hari ini menafikan dakwaan Ismail itu dan menegaskan amalan gerimander atau mengubah sempadan pilihan raya untuk mendapat kelebihan politik tidak berlaku di Malaysia.

mk
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2015 6:32 PTG delete

DAH LAMA DAH RAKYAT TAU....... SAMPAI MASA KENA JUGA.....TUNGGUUUUUUUUU.... FITRAH ALAM, YG DI ATAS AKAN KE BAWAH JUGA.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes