Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 23, 2015

PANAS!! : MP BN DESAK NAJIB BUBAR PARLIMEN..

 

Perdana Menteri boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.

"Persoalan yang timbul ialah, sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno boleh dipastikan bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin," katanya dalam blog beliau.




Dalam tulisannya yang agak panjang, Ahli Parlimen Pulai itu juga berkata, ahli Umno perlu memilih sama ada mahu memperjuangkan parti atau pemimpin mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ancaman terbesar Umno ialah faktor dalaman parti sendiri bukannya Pakatan Rakyat.

"Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti," katanya.

Sementara itu ditemui media petang ini, Nur Jazlan menafikan beliau mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sebaliknya, kata Nur Jazlan ketua bahagian Umno perlu mendapatkan penjelasan memuaskan rakyat terhadap pelbagai isu yang dikaitkan dengan Najib.

"Perdana menteri perlu menjawab banyak perkara, mematikan semua spekulasi.

"JIka enggan parti akan terjejas," katanya.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...