Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 27, 2015

HOT!! : "TSUNAMI MELAYU" PRU14,PRK PERMATANG PAUH DAN ROMPIN..

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diramal berdepan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata ini susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menimbulkan kemarahan Melayu.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan maklum balas daripada orang ramai sebagai “pengunjung kedai mamak” dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

“Saya nampak akan kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu.

Menulis dalam blognya semalam, Zainuddin berkata Najib, seperti juga pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi, berani memperkenalkan “dasar -dasar yang mencabar rakyat”.



Selain GST, Zainuddin membangkitkan soal perubahan harga minyak untuk populariti dan keuntungan sementara dan cuba menaikkan umur layak keluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam juga membangkitkan berhubung penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) dan slogan 1Malaysia yang menurutkan tidak tersemat di hati seperti Malaysia Boleh.

Katanya, walaupun rakyat masih mampu membayar GST akan membeli minyak mahal RON97, mereka sebenarnya hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara.

“Apabila kerajaan hendak menaikkan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah kerajaan tidak ada wang dan 1MDB (1Malaysia Developement Bhd) telah meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan,” katanya.

'Selamatkan diri, isteri atau parti?

Beliau juga berkata keputusan dua pilihan raya kecil di Rompin dan Permatang Pauh yang bakal berlangsung bulan depan mungkin boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan Melayu pada BN.

“Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Datuk Seri Najib harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, sama ada untuk menyelamatkan diri dan isteri atau parti.

“Saya berdoa agar kedua pilihan raya ini tidak memberikan alamat bahawa tsunami Cina akan bertukar menjadi tsunami Melayu dan dengan itu,berasaskan hukuman demokrasi Datuk Seri Najib boleh meneruskan kepimpinannya,” katanya.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...