Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 09, 2015

HOT!! : RAHSIA PENYATUAN UMNO DAN PAS TERBONGKAR!!

Wan Hisham Wan Salleh

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Umno Bahagian menyelar sikap musuh politik yang bertindak memecahbelahkan perpaduan orang Islam dan Melayu khususnya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, usaha murni Umno yang sentiasa membuka peluang ke arah penyatuan bersama Pas, sengaja disalah anggap pihak tertentu yang cuba menghalang agenda itu.

Katanya, peringkat dalaman Pas yang tegang selepas tertubuhnya Pasma, menyebabkan usaha penyatuan itu dipandang serong khususnya terhadap Umno dan golongan ulama Pas.

“Kalau ulama (Pas) mahu perpaduan, Umno mahu perpaduan, adakah itu salah? Kalau ulama (Pas) mahu tegakkan Islam, Umno mahu tegakkan Islam, adakah itu salah? Adakah mempertahankan liberalisme, LGBT itu baik? Itu yang sepatutnya diterangkan (Pasma).


“Lebih murni jika Umno disatukan dengan Pas kerana kita orang Islam dan solat lima waktu sehari semalam, daripada Pasma bersatu dengan DAP,” katanya, di sini.

Kata Wan Hisham, penyatuan Umno dan Pas sudah tentu memberi kekuatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam sendiri, namun usaha itu seolah-olah cuba digagalkan pihak lain sehingga pemimpin bertaraf ulama dan ustaz dalam Pas menjadi mangsa cemuhan, selain didakwa sebagai boneka Umno.

Menurutnya, Pasma juga menyebabkan Pas berpecah-belah, yang jika dilihat dari sudut lebih luas, bukan sahaja melibatkan perpecahan di peringkat dalaman Pas, tetapi juga orang Islam secara amnya.

"Lebih malang, sebahagian mereka melihat kelemahan dan perpecahan di peringkat dalaman Pas berpunca daripada Umno, sehingga sanggup mengaitkan ahli sendiri bersepakat dengan Umno.

“Orang Islam akan hancur lebur. Bila bagi pandangan berbeza, mahu terus berpecah. Seolah-olah ada tangan ghaib untuk hancurkan kuasa orang Islam,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...