Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 11, 2015

KERANA CUKAI ZALIM GST PERNIAGA MENGELUH..

 IMG-20150410-WA0005

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 10 hari lalu mengundang pelbagai rungutan daripada masyarakat.
Namun kali ini berbeza pula situasinya apabila peniaga kad tambah nilai pra bayar pula mengeluh berikutan pelaksanaan cukai baru itu.

Tinjauan The Rakyat Post di Kompleks Pertama mendapati, senario boikot jualan kad tambah nilai pra bayar dilihat semakin menular dalam kalangan peniaga.

Sebahagian besar pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan drastik yang diambil para peniaga di sini yang memboikot produk berkenaan.
Sebelum ini, tersebarnya beberapa foto premis jualan di laman sosial yang mempamerkan notis enggan menjual kad tambah nilai pra bayar disebabkan kadar GST yang didakwa menekan para peniaga.


Malahan, rata-rata peniaga kedai telekomunikasi di Kompleks Pertama mengambil langkah drastik untuk tidak menjual kad tambah nilai meskipun ia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Menurut salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, pihaknya mula menghentikan jualan kad tambah nilai pra bayar sejak GST dilaksanakan 1 April lalu.

Katanya, beliau sedar tindakannya itu boleh mengakibatkan pengguna semakin sukar untuk menambah nilai pra bayar pada telefon mereka, memandangkan banyak kedai telekomunikasi di sini tidak menjual kad tersebut.

Namun katanya, dia lebih rela untuk tidak menjual kad tersebut daripada dimarahi pelanggan ekoran caj GST yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada peniaga sepertinya.

“Kami membeli kad pra bayar daripada pembekal dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini dan kerajaan pula nak kami kenakan caj GST itu kepada pelanggan sedangkan kerajaan tahu yang kami tidak boleh lagi menjual kad top up pada kadar harga lama kerana pembekal sudah mengenakan harga lebih tinggi selepas GST berkuatkuasa,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.
Tan berkata, ramai pelanggan yang mahu membeli kad tambah nilai pra bayar merungut dan marah apabila dikenakan caj GST beberapa hari lalu.

“Kami masih keliru dengan keadaan ini kerana jika kad tambah nilai pra bayar dikecualikan daripada GST, kenapa pula peniaga perlu membelinya dari pembekal dengan harga lebih tinggi berbanding sebelum GST dilaksanakan.

“Misalnya bagi kad tambah nilai berharga RM5 sekarang pengguna perlu tambah 50 sen dan jika kad tambah nilai pra bayar berharga RM10 bermakna GST kena bayar RM1.
“Ini yang tidak boleh diterima pengguna, mereka marah. Jadi bagi jalan selamat ramai peniaga di pusat membeli belah di sini tidak lagi mahu menjualnya,” katanya.

Dalam pada itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Tarmizi berkata, sebelum ini kerajaan mengumumkan tidak mengenakan GST terhadap tambah nilai kad pra bayar.
Bagaimanapun, akuinya, beberapa hari selepas itu, kerajaan bertindak memutuskan harga kad tambah nilai pra bayar dikenakan GST.

“Sebab inilah peniaga tidak mahu menjual kad pra bayar kerana keuntungan yang kami dapat hasil penjualan kad ini sangat sedikit dan lebih baik kami jual barangan telekomunikasi seperti telefon dan aksesori yang lebih menguntungkan.

“Kalau kami jual pun, kerajaan untung enam peratus dan kami pula hanya untung berapa sen sahaja untuk setiap kad tambah nilai. Kami pun tidak sanggup digelar peniaga penipu kerana dakwa pelanggan, kami (peniaga) cuba kaut untung lebih sedangkan yang kaut keuntungan adalah kerajaan sendiri yang mahukan kad tersebut dikenakan GST sebanyak enam peratus,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pemilik kedai telekomunikasi di kompleks ini yang hanya mahu dikenali sebagai Osman mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kelayakan untuk mengenakan kadar GST yang diwajibkan ke atas peniaga.

“Peniaga kecil seperti saya yang menjual kad tambah nilai ini berpendapatan tidak seberapa dengan gaji di bawah RM4,000 sebulan. Kadang-kala kurang dan dekat musim perayaan dapatlah sedikit durian runtuh tetapi adalah tidak wajar sekiranya kerajaan mengenakan GST ke atas kami kerana ia akan menghimpit para peniaga.

“Peniaga tidak mahu membebankan pengguna dan pelanggan mereka tetapi dalam masa yang sama mereka juga harus patuh dengan kehendak kerajaan. Mungkin sebab ini, mereka bertindak tidak mahu menjual kad tambah nilai kerana ia hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja,” katanya.
Salah seorang pengunjung, Norhayati Razman berkata, sejak GST dilaksanakan memang sukar untuknya membeli kad tambah nilai pra bayar.

“Saya bekerja di Kompleks Pertama dan kalau nak beli kad pra bayar, saya hanya boleh membelinya di kedai-kedai runcit di luar Kompleks Pertama sahaja.

“Saya pun tak tahu kenapa peniaga di sini enggan menjualnya dan keadaan ini menyukarkan pengguna talian pra bayar seperti saya kerana sebelum GST berkuatkuasa, mereka menjualnya seperti pisang goreng panas,” katanya.

trp

2 ulasan:

  1. YA ALLAH YA TUHAN KU KAMI RAKYAT MALAYSIA TELAH DI INAYA OLEH KERAJAAN PINPINAN NAJIB INI DGN PERNINDASAN YANG AMAT TERUK SEKALI.PADA MU KAMU MOHONKAN AGAR SEMUA YANG TERBABIT TERMASUKLAH ANAK BINI KELUARGA MEREKA ,KETURUNAN SERTA ZURIAT MEREKA KRONI KRONI MEREKA SERTA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MELINDUNGI MEREKA SAPERTI KETUA HAKIM NEGARA GHANI PATAIL DAN JUGA ,HAKIM HAKIM SERTA KPN DAN PEGAWAIPEGAWAI NYE AGAR MEREKA INI DILAKHANAT DAN DIAZAP. MERKA INI TELAH MENINDAS DGN ZALIMANYE ,SERTA MENGINAAYAAN RAKYAT NEGARA INI.PADA MU KAMI POHON KAN DENGAN TANPA RASA BELAS KASIHAN DARI KAMI TERHADAP MEREKA INI AGAR PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI YANG DIKETUA PENJENAYAH BESAR NYE NAJIB RAZAK DITIMPAKAN BALA SERTA DIAZAP YANG LEBIH TERUK LAGI DARI 2 ORANG KANAN NAJIB YANG MANA HELIKOPTER MEREKA TERHEMPAS TEMPOH HARI.KALAU MAYAT MEREKA HANGUS DAN TERBAKAR KAU MEMBUAT KAN LAH PADA NAJIB SERTA YANG LAIN LAIN INI LEBIH DASYAT DARIPADA ITU LAGI YA ALLAH YA TUHAN KU PERCEPATKAN ;LAH PERKENAN LAH SERTA TABURKAN DOA KAMI TABURKAN DOA KAMI.AMIN.WANG RINGIT YANG DIAMANAH KAN UNTUK RAKYAT TELAH DISALAH GUNA OLEH SEMUA PEMINPIN UMNO BAIK YANG DULU MAU PUN SEKARANG DGN KEAADAN KEWANGAN YANG BEGITU TERUK MEREKA MENINDAS RAKYAT AGENDA HARAM JADAH MEREKA HANCURKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU MUSNAHKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHANKU AZAPKAN LAH MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT AMIN

    BalasPadam
  2. Habislah ekonomi,duit,hancur............... Angkara BN yang zalim!!!!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...