Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 13, 2015

PRK : Perpecahan dalam PR beri manfaat kepada kerajaan zalim BN

puad

PERMATANG PAUH - Isu 'perpecahan' dalam PR dilihat memberi manfaat untuk Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, parti sekutu dalam PR masih tidak dapat menyelesaikan masalah seperti isu Pas dengan DAP, PKR dan masalah dalaman Pas.

"Pihak pembangkang juga ada banyak isu seperti hudud... jadi kelebihan itu adalah sama rata," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama ketua cawangan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Mengkuang, di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan anggota BN supaya bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan mengambil iktibar daripada kejayaan BN memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP.

Mohd Puad berkata, beliau sendiri akan berkampung di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan kemenangan BN serta mempertahankan PDM Kuala Mengkuang yang merupakan kubu kuat Umno yang mendapat lebih 300 majoriti pada PRU13.

sh

 IKLAN : GST = GUNA SIM KAD TUNE TALK..TONE EXCEL BAYAR GST UNTUK KAMI...
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...