Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 25, 2015

HOT!! : KEJUTAN PRK PERMATANG PAUH..

 

Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam ini.

Dalam ucapannya di acara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau membawa amanat Anwar yang mahu "perjuangan diteruskan".

Katanya, itulah pesan Anwar kepadanya ketika beliau melawat ketua umum PKR itu di Penjara Sungai Buloh petang ini.

Katanya, Anwar juga menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Permatang Pauh dan memintanya supaya sentiasa kuat.

"Dia suruh saya balik (Permatang Pauh) dan kuat kerana ada perjuangan yang perlu diteruskan," katanya.


Semasa berucap, Wan Azizah kemudian dengan nada sebak memohon supaya diberi kekuatan dan merayu supaya rakyat di kawasan itu memberi undi kepadanya."Saya pegang tanggungjawab. Bukan saya main-main hendak berseronok tapi saya mohon Allah beri kekuatan dan keredhaan dan segala petunjuk, pertolongan dan mohon dibuka hati rakyat Permatang Pauh beri undi," katanya.

Dengan pengumumuman Wan Azizah sebagai calon PKR, pilihan raya kecil kali ini dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

BN bakal mempertaruhkan calon mereka, Suhaimi Sabudin, 44, manakala seorang lagi pencabar ialah Dr Abdullah Zawawi Samsudin, 47.

Abdullah sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

Pengamal perubatan itu, yang menggunakan simbol payung pada PRU ke-13 lepas, tewas kepada calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BN Dr Mazlan Ismail dengan hanya mendapat 201 undi dan hilang deposit.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...