Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 31, 2015

PANAS!! : KERANA GST PELAJAR TANGGUNG KENAIKAN KOS...

 GST
 
SHAH ALAM - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti mengenai kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama dan yuran berkaitan yang didakwa susulan pelaksanaan GST yang akan bermula esok.
 
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, ini menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.
 
"Kerajaan berjanji beberapa barangan dan perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan.
 
"Namun, kami meragui kesan pengecualian GST ke atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya. Walaupun pengguna perkhidmatan  dikecualikan dari GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan dan mahasiswa akan menjadi mangsanya," katanya.
 
Katanya, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  dikurangkan, menjadikan pelajar tertekan. 
 
Hujung tahun lalu, PTPTN mengumumkan jumlah pembiayaan baharu untuk pelajar IPTA dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar IPTS mulai 1 November 2014.
 
sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...