Iklan Penaja 1

Isnin, Mac 16, 2015

HOT!! : POLIS BERHENTI UGUT RAKYAT..

Pemuda PKR hari ini mengecam penangkapan terbaru tiga lagi individu berkaitan dengan perhimpunan mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak Kita Lawan di ibu negara.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad mengulangi pendirian mereka bahawa seksyen kontroversi 9(5) Akta Perhimpunan Aman  yang diguna pakai untuk mewajarkan tangkapan “tidak relevan”.

Peruntukan itu, kata exco Selangor itu, diputuskan bertentangan dengan perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.


“Tindakan itu bukan sahaja memberi persepsi negatif ke atas kedaulatan undang-undang tanah air, malah ia juga memberi ancaman kepada teras prinsip demokrasi negara.

“Kami menyeru pihak polis untuk menghentikan taktik ugutan ini dan menghormati hak rakyat untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan,” katanya.

Semalam Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan berkaitan perhimpunan Kita Lawan minggu lepas.

Manakala aktivis muda Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh ditahan ekoran perhimpunan Kita Lawan ibu negara semalam.
 
mk

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive