Isnin, Februari 16, 2015

Pengarah Pilihan Raya Pas: BN jangan tanding di Permatang Pauh

Mohd Hatta Mohd Ramli
 
KUALA LUMPUR -  BN disaran untuk tidak meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh sekiranya parti itu konsisten dalam pendiriannya yang menyuarakan untuk tidak bertanding di Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu.
 
Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, BN perlu memikirkan isu-isu yang timbul seperti kos dan rakyat memandangkan negara baharu saja selesai melaksanakan pilihan raya umum.

“Kalau pendirian mereka (BN) konsisten...katalah bukan kerana masalah yang berlaku di Kelantan seperti banjir tapi akan timbul isu-isu seperti perbelanjaan yang besar, menyusahkan rakyat sebab kita baru saja selesai pilihan raya umum dan macam-macam lagi hujah-hujah seperti yang berlaku semasa pilihan raya di Kajang.
 
“Jadi, kalau berasa bahawa tidak perlu bertanding di Dun Chempaka, saya rasa mereka harus juga memikirkan tentang pilihan raya di Permatang Pauh. Seperti mana mereka (BN) berfikir di Bukit Gelugor,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
 
Sebelum ini,  Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan supaya BN tidak meletakkan calon di Dun Chempaka dan lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman serta harta benda dalam bencana, Disember lalu.
 
Mengulas lanjut, Dr Hatta menegaskan, beliau yakin sekiranya berlaku pilihan raya, parti itu tetap akan mengulang kembali kejayaan beberapa tahun yang dilakar Nik Aziz.
 
“Kita di dalam Pas, bersedia menghadapi pilihan raya ini dan kita berkeyakinan di Dun Chempaka itu, rakyat memang...memang pun sudah berada di bawah Tok Guru Nik Aziz sekian lama, mereka tidak akan lupakan jasa-jasanya.
 
“Insya-ALLAH kita boleh mengulangi kejayaan seperti dalam pilihan raya yang lalu dan mungkin lebih baik lagi. Saya berkeyakinan di Permatang Pauh pun kita sudah bersedia. Kita menanti pengumuman,” katanya.
 
sh

http://biz-55.com

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng