Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Februari 05, 2015

Berita Sukan : Malaysia ke final Bolasepak Piala Emas Bangabandhu

http://biz-55.com
Iklan Penaja

GOL tunggal S Kumaahran pada minit ke-50 mengesahkan tempat Skuad Harimau Muda di dalam perlawanan akhir Piala Emas Bangabandhu 2015.

Pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara menewaskan Singapura 1-0 di dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Daerah Sylhet, Bangladesh, malam ini.  

Skuad bimbingan Razip Ismail bakal berdepan sama ada tuan rumah Bangladesh atau Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir esok.    

Perlawanan akhir kejohanan itu dijadualkan pada Ahad ini, di Stadium Bangabandhu, Dhaka.

Skuad B-22 negara muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah Bangladesh 1-0, Khamis lepas sebelum menang 2-0 ke atas Sri Lanka Sabtu lalu untuk menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan B, Singapura.

Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand B-22 dan Bahrain B-22. Negara di seberang tambak itu tewas kepada Thailand 3-2, sebelum seri 0-0 dengan  Bahrain B-22.

sh

1 ulasan:

  1. BOLEH LAH KALAU NAK BANGGA... SELALU PLAK DAPAT DALAM GROUP YG CHEKAI... KALAU TAK MEMANG TAK TAULAH...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...