Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 23, 2014

Negeri Terengganu Yang Malang.... di khianati.

 Saiful Bahri

SHAH ALAM - Pas mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menuntut hak rakyat negeri itu mendapatkan kembali royalti petroleum.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat mendakwa,  pelbagai bukti telah dikemukakan menunjukkan Terengganu telah dinafikan hak untuk mendapatkan bayaran royalti ini.

“Sebagai menteri besar, beliau sepatutnya agresif membuktikan beliau cakna dan mengambil berat untuk memperjuangkan nasib Terengganu.

“Pas Terengganu bersedia bersama-sama di dalam hal ini demi memperjuangkan hak rakyat Terengganu kerana bagi kami, Kerajaan Persekutuan telah merampas hak royalti petroleum daripada dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri.


“Pencabulan hak dan kedaulatan Kerajaan Negeri Terengganu ini berlandaskan kepada keputusan politik BN dan bukan berlandaskan kepada undang-undang. Kita menuntut dan akan perjuangkan hak ini hingga ke akhirnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful mendakwa, selama lebih 22 tahun rakyat Terengganu menikmati hasil petroleum, tetapi akhirnya hasil tersebut tidak lagi dinikmati, sejak September 2000 tanpa sebab-sebab yang jelas.

“Rakyat Terengganu dibayar 'sagu hati' atas nama wang ehsan yang hanya melibatkan segelintir rakyat, tidak meliputi kesemuanya.

“Terengganu terus dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan dengan menganugerahkan medan minyak P037 Bertam yang diumumkan penemuannya pada 30 Oktober 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada kerajaan negeri Pahang,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...