Rabu, Oktober 15, 2014

Berita Petang : Anak TGNA Nik Abdul kecam rakan PR hadir Oktoberfest


Nik Abduh Nik Abdul Aziz


 SHAH ALAM - Tindakan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang didakwa turut serta dalam pesta arak, Oktoberfest baru-baru ini mengundang kecaman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh menerusi laman sosial Facebook miliknya malam tadi memuatnaik status 'memuji' tindak-tanduk pemimpin rakan sekutunya dalam PR yang secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap pesta berkenaan.

"Terasa 'hebat' tengok pemimpin DAP dan PKR dok teguk arak dalam majlis Oktoberfest. Memang betul-betul DAP dan PKR la..

"Tak mahal rupanya otak dan akal untuk tadbir negara," tulis beliau yang sebelum ini mengundang kontroversi menyatakan Pas dibuli dalam pakatan pembangkang.


Beberapa nama pemimpin PKR dan DAP yang dilaporkan hadir pada pesta arak itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Sementara itu pemimpin PKR, R Sivarasa; Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yinm dan Exco Selangor, Elizaberth Wong.

Dewan Ulama Pas sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga turut serta ketika penyerahan memorandum kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membantah penganjuran festival itu.

Pesta arak Oktoberfest ini telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor.

Oktoberfest turut dilapor akan berlangsung di Jonker Walk, Melaka, Sabtu ini dan di beberapa negeri lain lagi.

sh

3 ulasan:

  1. Dlam parliamen nnti buat syarahan agama fardu ain krana bnyak mp tk tau rukun solat.
    Org pasir mas pilih abodoh ni utk ajar solat kt mp2 semua kn?

    BalasPadam
  2. Setakat berani dlm fb ajer? Yg bising tu mereka Islamkah? Kenapa tak bantah pesta kat Melaka?

    BalasPadam
  3. hang ni dok kalut sangat pasai bangsa lain buat apa , bukan tak tahu pesta ni dah bertahun-tahun dianjurkan sejak BN . bodohnya seekor ularmak ni tak serupa bapanya. cuma nak tanya betoikah hang ni anak nik aziz ???

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng