Sabtu, Oktober 11, 2014

Bajet 2015: Kelantan masih lagi dipinggirkan oleh kerajaan umno

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan Bajet 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri semalam masih terus meminggirkan Kelantan.

Ketika diminta membuat ulasan awal, Ahmad Baihaki  berkata beberapa keperluan mendesak khususnya berkait kemudahan asas di Kelantan tidak diberi penumpuan dalam bajet tersebut.

"Pengumuman dibuat tidak ada pembangunan khusus di Kelantan yang memerlukan sumbangan besar dari kerajaan persekutuan misalnya soal kemudahan asas jalan dan lebuh raya dan yang lain.

"Tidak ada penumpuan seperti mana biasa, keperluan jalan raya di Kelantan adalah sangat mendesak," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Mengulas secara umum bajet semalam, beliau berkata tawaran dikemukan Perdana Menteri seperti bantuan peningkatan BR1M, cuma sekadar untuk mengambil hati rakyat terbanyak, yang marah dengan kenaiakan harga minyak awal bulan lalu.

Sementara itu, NGO Royalti melalui laman Facebook mereka, turut memuat naik gambar satu kemalangan di jalan Gua Musang ke Kuala Krai.

Gambar itu disertai dengan tulisan 'Mangsa terbaru 'lebuhraya' Gua Musang - Kuala Krai.

"Bajet 2015, lepas 100% Royalti Kelantan 'dirompak' Kerajaan Persekutuan, tiada peruntukan untuk penambahbaikkan atau naik taraf 'lebuhraya' Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu.

"Rakyat negeri Kelantan terus dianaktiri dan dizalimi," kata mereka.

hd

5 ulasan:

  1. Padan muko PAS UG, ABU

    BalasPadam
  2. Ketereh dan Macang DUN hampir semua PAS menang tetapi Parlimen beri kpd UMNO.

    MP Kelantan pilihanan dari PAS seperti Nik Abduh macam setan BISU di Parlimen berani hentam PR aje.

    Cakap bohong dan kaki fitnah

    BalasPadam
  3. Ahli Parlimen Kubang Kerian ada bersuara ka di parlimen atau berKUBANG?

    BalasPadam
  4. AP PAS letak orang yg kurang vitamin Nik Abduh.Apa kerja dia tukang sorak dlm parlimen dan tepuk meja aje

    BalasPadam
  5. Pas cuba bodek bn dgn krisis d selangor tetapi tetap tarak dpt... Kesian pas... Tu le adacsetan bisu pasir mas jd tukang salak aji hadi aja... Sendiri dok dlm parlimen makan gaji buto... Tunggu kita jumpa akhirat ya geng pas yg dah haprak...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng