Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 14, 2014

[ Lawyers For Liberty ] Pejabat AG rayu tambah hukuman Anwar, bermotif politik

LFL 

KUALA LUMPUR 14 APR: Rayuan Peguam Negara (AG) bagi meningkatkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas bermotif politik, kata jurucakap Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen.

“Pejabat AG mewakili negara, masyarakat umum dan keadilan tidak sepatutnya disalahguna untuk mengancam musuh politik Barisan Nasional.

“Ketika pejabat AG tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam menentukan kesalahan seseorang tertuduh, jelas Rayuan ini hanya untuk meningkatkan hukuman dengan tujuan menamatkan karier politik Anwar dan Karpal Singh,” kata Eric dalam kenyataan.

Beliau yang terkejut dengan langkah pejabat AG berkata, tindakan itu jelas suatu rekayasa bermotif politik, yang dikecam masyarakat.

Kata Eric, Rayuan ini sendiri melanggar polisi pendakwaan yang bertujuan mengendalikan perbicaraan jenayah secara adil, bebas dengan objektif melindungi kepentingan awam.

“Untuk menggambarkan pejabat AG tidak bebas dalam kes bermotif politik adalah kenyataan serius.

“Rayuan ini sekali lagi menjelaskan bahawa apabila datang kepada kes Anwar, pejabat AG akan mengambil sikap melampau ke tahap berniat jahat dan kejam untuk memastikan tidak ada cabaran terhadap Barisan Nasional,” kata Eric.

Justeru, beliau menggesa pejabat AG menarik balik rayuan terhadap Anwar dan Karpal, sebaliknya bekerja bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap peranan pejabat AG sebagai sesuatu yang dihormati, tanpa campur tangan politik.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...