PM Australia bentang isu MH370 di Parlimen, Malaysia? - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 21 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.

Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.

Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.

“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
“Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia,” kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.

Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.

“Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang,” kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.

KeadilanDaily
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes