Anwar Ibrahim cabar Zahid letak jawatan

Anwar Ibrahim 

KAJANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara.

"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Markoni.

"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut.

"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi. sh
Previous
Next Post »

3 ulasan

Write ulasan
Miss Vee
AUTHOR
22 Mac 2014 10:31 PG delete

balun jgn tak balun

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
22 Mac 2014 11:44 PG delete

Anuwar tak ingin cabar diri sendiri dulu ke? Haritu kata nak pencen dari politik kalau tak dapat jadi PM.

Anuwar tak tau ke fungsi radar primary? Sampai ke hari ni tak sedar2 ke beza antara radar primary dan radar secondary?

Mujur dia tak jadi PM Malaysia, ataupun ketuai gerakan mencari MH370. Yang dia pandai hanya memperlekeh orang.

Reply
avatar
22 Mac 2014 3:06 PTG delete

Najis Altantuya bila nak letak jawatan?? Bikin malu satu dunia. Setakat baca script dan Blah!! .. geng cuci tong taik macam korang boleh lah. Kalau tak berani nak berdepan dengan masyarakat dunia baik hangpa semua masuk dalam gua dan jadi PM mangkuk hayun UMNO APCO YAHUDI LAHANAT. Macai boleh booking tempat untuk jilat NAJIS atai bawah.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes