Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Ogos 2012
Kenyataan ‘Goyah’ Tun Mahathir Bukti Perubahan Kerajaan Pusat Akan Berlaku PRU-13
Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya
dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah
sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu
akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan
Umno/Bn tumbang menyembah bumi.
Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang
menyaksikan 5 negeri Bn tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di
PRU-13 akan menyebabkan regim Bn hilang kuasa sebagai pemerintah. Bukan
omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah,
penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan
termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama
ini menjadi ‘fixed deposit’ Bn, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah
betapa Umno/Bn bakal kehilangan kuasa pada PRU-13.
Situasi
inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah
kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.
Mungkin Tun Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa 5
kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan
negeri bukan Bn telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan
negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.
Jika ada pun
kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat
(Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba
bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen
‘rahsia’ ke dalam mesin shredder. Tidak cukup dengan itu, dokumen yang
telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan ‘bukti’. Kejadian
seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan
lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya Bn tumbang.
SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan survey, mendapati perubahan
yang berlaku di 5 buah negeri (sekarang 4) yang dikuasai Pakatan Rakyat
menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal
pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan
juga kebajikan rakyat. Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan
ketelusan dalam pentadbiran.
Polisi kebajikan yang diamalkan
oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrupt malah
keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan
perbelanjaan berhemah. Dalam keadaan regim pusat yang menekan, menyerang
dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil
dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju
kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat.
Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa
kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir?
Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini
jika servis kerajaan pusat berubah tangan?
Dalam kenyataannya
Tun Mahathir juga cuba menyamakan Anwar Ibrahim dan Barack Obama yang
menjanjikan ‘perubahan’ dalam kempen pilihanraya masing-masing.
Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan
polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih
relevan seperti yang dimaksudkan Tun Mahathir ialah antara Obama dengan
janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji
yang tidak pernah ditepatinya(Janji BERSIH Pilihanraya).
Salah
satu para kenyataan Tun Mahathir begitu mencuit hati kononnya “tidak
ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN
kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar
kerajaan” – seolah-olah Tun Mahathir sedang bercakap di depan cermin,
kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno Bn, dan di atas
resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu
menolak Bn dan mengundi ‘Asalkan Bukan Umno’.
Di para terakhir
kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang
berbunyi “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda
tidak kenal”. SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit
kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk
kenyataan ini ialah – Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi
“syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional dari mengundi “Malaikat
yang belum pasti” dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn
dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah
menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.
Nyata sekali
kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah
umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan
tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.
Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan.
Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak
membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).
Akhir sekali
SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus
percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada
perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir
panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim
penyambung legasi penjajah.
Sekian,
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!
Senarai Blog...Geng
-
Mufti Perlis: Sebat kesalahan khalwat di khalayak pilihan penguasa semata - FMT ReportersPETALING JAYA: Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin, berkata menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai hanyalah pilihan penguasa semata, bukan ...44 minit yang lalu
-
WOIII.. ISLE TAK MAU KONSERT NI.. - Pak Ya Siam Ya PAS sedaq kalau tak jadi LIBERAL tak anjur konsert tak dak sapa kelapaq nak mai hadap tengok muka Sanusi .. Mana ularmak2 pejuang2 aga...58 minit yang lalu
-
SOLIDARITI PAS, UMNO BAKAL GEGAR PUTRAJAYA - Syabas dan tahniah kepada Pas kerana membuat keputusan yang tepat dan sangat betul untuk bersolidariti bersama Najib Razak pada 6 Januari 2025 akan datan...7 jam yang lalu
-
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga Serbuan Di Johor Dan Selangor - *TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga ...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...Seminggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Khamis, Ogos 23, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...