Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 22, 2011

Mais beri zakat kepada Negeri Perlis?

Oleh : MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
Tarikh : November 21, 2011
Abdul Rani Osman
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman meminta Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan penjelasan berhubung dakwaan agensi berkenaan memberi wang zakat dikutip di Selangor kepada Majlis Agama Islam Negeri Perlis.

Menurutnya, jumlah agi-h­an difahamkan mencecah RM10 juta.

“Kenapa kutipan zakat di Selangor diserahkan kepada Perlis? Kami mahu penjelasan.

“Jika ini keperluan, kita tidak kisah, tetapi adakah negeri lain juga mendapat peruntu-kan sama seperti Perlis?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tahun lalu, LZS mengutip RM336.7 juta daripada 167,990 pembayar zakat dan RM330.4 juta diagihkan kepada 287,101 penerima di Selangor.

Pengagihan zakat di Selangor dilakukan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Kita tidak khuatir jika ia di­be­narkan oleh lembaga pengarah (LZS), tetapi kita risau jika ia tidak begitu.

“Jika benar wang zakat diberikan kepada negri lain, mereka perlu menghebahkan berapa jumlah wang agihan kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, adakah Mais telah sempurnakan agi-han terhadap asnaf di Selangor sehingga memberikan wang zakat kepada negeri lain.

“Kita risau apabila orang Islam meminta bantuan kepada penganut agama lain, kerana kita mengabaikan mereka,” katanya.SinarHarian

    

1 ulasan:

  1. sbb itu saya keberatan beri zakat kpd amir negeri atau pusat kutipan zakat apabila ada berita begini. tak mau subahat.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...