Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa (foto) berkata, ini kerana surat kelulusan bertarikh 3 Oktober 2016 telah dikeluarkan dan Mohd Amar sendiri tidak menafikan kelulusan ini.Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dinasihati agar tidak ‘berpusing jauh’ menafikan tanah hutan seluas 5,500 ekar telah diluluskan Akademi Yakin Sdn Bhd yang dipengerusikan olehnya kepada tiga syarikat berkaitan.
Perkara yang perlu dijelaskan oleh timbalan menteri besar Kelantan itu adalah atas alasan apa kelulusan itu diberikan dan soalan itu telah diajukan beliau dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media, Husam menegaskan bahawa kelulusan di peringkat Akademi Yakin adalah fakta yang tidak dinafikan dan selaku pengerusi syarikat tersebut dan juga pengerusi jawatankuasa tanah negeri, Mohd Amar perlu lebih bertanggung jawab menjelaskan isu sebenar.
Menurut Husam, beliau mempertikaikan kewajaran tanah itu dianugerahkan kepada tiga syarikat terbabit memandangkan salah sebuah syarikat berkenaan mengalami kerugian RM3.7 juta mankala dua lagi tanpa rekod kewangan.
“Bermakna kemampuan kewangan syarikat adalah meragukan. Tetapi kenapa Akademi Yakin luluskan? TMB tak payah berpusing jauh,” ujarnya.
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, ujar Husam telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 22 Mei 2017 melalui Akademi Yakin supaya tiga syarikat itu membuat bayaran deposit berjumlah RM4.683 juta.
“Bayaran deposit untuk dilulus atau ditolak? Untuk apa bayar deposit berjuta-juta untuk permohonan ditolak?
“Maknanya ia dalam proses kelulusan penuh. Bayaran deposit adalah syarat kelulusan penuh. Kelulusan dasar sudah selesai.
“Termasuk dalam senarai bayaran itu ialah hasil tahunan, pendaftaran dan pengeluaran hak milik dan harga batu sempadan. Batu sempadan apa kalau (permohonan) ditolak?” tingkat Husam.
Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan yakin ‘percubaan’ meluluskan tanah itu sudah ada namun pendedahan beliau menyebabkan kelulusan terbantut.
“Lalu TMB mula mereka cerita,” katanya.
Mengenai hasil kayu balak dari tanah hutan itu yang didakwa akan ditender, Husam berkata adalah mustahil laporan kedudukan tanah dan isi tanah tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh PTG dan Jabatan Hutan sebelum kelulusan diberi kepada syarikat terbabit.
“Jawapan untuk menender hasil kayu hanya datang selepas saya bangkitkan isu ini. Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yang paling sedap,” ujar beliau.
Mohd Amar (foto) pada sesi penggulungan sidang Bajet 2018 Dun Kelantan, 22 Nov lalu menafikan dakwaan Husam mengenai kelulusan tanah seluas 5,500 ekar itu.
Menurutnya, permohonan tanah di Kuala Pahi, Kuala Krai itu dibuat oleh tiga syarikat melalui Akademi Yakin dan belum diluluskan sehingga sekarang.
“Tiga syarikat ini telah kemukakan cadangan kepada Akademi Yakin, kebetulan saya pengerusinya. Menjadi kebiasaan kita mana-mana pelabur yang berminat mereka perlu mencari tanah dan mencadangkan projek kepada agensi-agensi kerajaan negeri.
“Apabila kita buat perbincangan dengan mengambil kira latar belakang syarikat, Lembaga Pengarah (Akademi Yakin) berpuas hati dengan kesungguhan dan kemampuan syarikat serta meluluskan projek ladang kelapa sawit.
“Maka Akademi Yakin buat permohonan kepada PTG (Pejabat Tanah dan Galian) dan (kini) masih di peringkat permohonan,” katanya.
Mohd Amar juga mendakwa wang premium tanah bernilai RM4.7 juta yang perlu dibayar tiga syarikat terbabit kepada PTG adalah sebagai proses pertimbangan projek itu sebelum dilaksanakan.
Katanya, pembayaran premium tanah itu juga sebagai salah satu cara untuk “mengenal pasti kemampuan kewangan” syarikat tersebut.
“Itu cara kita nak nilai kemampuan syarikat, kalau dia tak bayar maka berhenti setakat itu sajalah.
“Jadi isu ini tak berbangkit kerana masih di peringkat permohonan, kerajaan negeri tak luluskan lagi,” katanya yang juga Adun Panchor.
Mohd Amar juga mendakwa tindakan kerajaan negeri tidak mengeluarkan tender terbuka tidak berbangkit kerana ia amalan biasa apabila syarikat itu sendiri berusaha mencari tanah untuk dilaksanakan projek.
“Takkan orang lain susah payah cari tanah, kita nak buat tender terbuka. Itu tidak betul.
“Lainlah kalau tanah tersebut ada kayu (balak) yang perlu dikeluarkan (tebang), kerajaan menetapkan kayu itu perlu ditender,” katanya.
mdl
Husam sepatutnya lebihkan tumpuan pada anaknya yang terpalit dengan pengedaran dadah, cukup2 la membuat fitnah, kalau betul ada penyelewengan lapor saja pada SPRM
BalasPadamDia masih nak bermain politik melalui jalan fitnah.. hari tu kata ada, lepas tu kata nampak aje.. ntah laa..
Padamtak ten tuang tak ten tuang..
PadamTahniah Husam. Bongkar kemungkaran Ulama Pas yang tidak diketahui orang sebelum ini. Badan kerajaan yang sepatutnya siasat kes begini... dah boleh goyang kaki dan makan gaji buta. Tak payah kerja macam Tuang Presideng Pas. Ponteng dan tak kerja pun...gaji tetap jalan juga. Kahkahkah...
BalasPadamAda ke segala pembongkaran husam itu terbukti benar? Bukan ke dia pernah kata ada bukti akaun affin.. tapi kini dia kata hanya nampak je bukti akaun affin tu.. ini macam punya olang pun boleh percaya lagi ke!?
PadamKeh keh..