Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, November 17, 2017

Hot!! Isu Wisma Tok Guru: AJK Pas Pusat berbohong, hina proses mahkamah

Dakwaan Dr Azman tentang penawaran kos mahkamah yang dipadam selepas enam jam disiar di Facebook.
Kes permohonan injunksi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa terhadap pemilik tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru di Salor, Kota Bharu menyaksikan seorang pemimpin Pas dilihat menghina proses mahkamah.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menganggap seolah-olah wujud penawaran kos mahkamah antara Husam dengan Pas selain seperti Pas terlibat dalam kes yang akan didengar pada 4 Disember itu.
Menurut bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi berkenaan dalam status yang dimuatnaik di Facebook jam 2.28 petang semalam, pihak Husam tidak mampu membayar kos mahkamah menyebabkan Pas kononnya memberi potongan “diskaun”.
“Kesian kerana mereka tak mampu bayar kos mahkamah 30k. Pas bagi diskaun 10k. Tak mampu lagi, diskaun lagi jadi 7k.
“Ini kira dah cukup berperikemanusiaan. Pas bukan nak bergaduh dan berperang, sekadar nak ambil hak kita yang sah di sisi undang-undang,” dipetik pada perenggan terakhir dalam status terdiri daripada empat perenggan itu.
Bagaimanapun, perenggan tersebut kemudiannya dipadamkan dan diganti dengan satu pemberitahuan “kekhilafan” selepas kira-kira enam jam dakwaan Azman itu mendapat ratusan reaksi serta komentar pro dan kontra pengguna Facebook.
Pada masa sama, Dr Azman, 42, menjadikan pemberitahuan sama berserta permohonan maaf itu sebagai status Facebook pada jam 8.40 malam dengan mendapat pelbagai reaksi berupa sokongan mahupun sindiran.
Antaranya, termasuk penyokong Pas sendiri yang mengingatkan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu itu supaya memeriksa terlebih dahulu fakta sebelum menulisnya di Facebook.
“Ada kekhilafan info berkaitan kos mahkamah dalam kes injuksi dalam posting saya tadi. Dengan ini saya mohon maaf dan tarik balik perenggan akhir tersebut,” akui doktor gigi itu.
Beliau dalam status Facebook sama memberitahu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan mengetuai sendiri pasukan peguam dalam kes injuksi yang dipohon oleh Husam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu.
“Syabas dan tahniah atas kejayaan dan kerja keras mereka sehingga kita semua menerima kemenangan ini dengan kesyukuran.
“Menariknya hakim bagi ingatan supaya jangan babitkan mahkamah dalam hal agama seperti soal solat hajat,” ujar pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu.
mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Kasihan Pas kena menjuarai isu pemilikan Wisma Tok Guru. Pas semakin tidak relevan dengan Islam dan maslahat ummah.

    BalasPadam
  2. PAS,Sepatutnya relexla dulu,banyak perbicaraan mahkamah akan berlaku pada dec 2017 daan january 2018 keputusan belom tentu!!kenapa tak sabar,kalau PAS menang mahkamah ambillah TAADA ISSUEpun.puak-puak PH very gentlement.Andai kata puak2 PH kaki gedebeh sudah tentu dah jadi pergaduhan macam PAS zaman 70an dulu.Nampak gayanya pas undur ka belakang.

    BalasPadam
  3. PARTI PERASAN SUCI BUAT KERJA MEMALUKAN ORANG ISLAM
    1. Pakai jubah, serban, ketayap, bersyarah baca Quran, hadis, ada title ustaz, tapi ajak dan provok orang ramai buat kerja gugat keharmonian masyarakat. 2. Kalau ia pun, sabarlah. Tunggulah sehingga kes mahkamah selesai sepenuhnya. Usah gunakan solat, urusan ibadat paling mulia utk jadi alat politik balas dendam. 3. Banyak lagi tempat lain yg boleh guna utk berhimpun dan solat hajat. Kenapa tak contohi Tok Guru yg buat di stadium? Itu kan lebih harmoni. Atau buat saja dimana-mana masjid. Itukan lebih manis? 4. Kenapa begitu bersusah-payah ajak orang ramai bersolat di atas tanah yg masih menjadi pertikaian. Solat itu kerana Allah atau kerana nak balas dendam? 5. Quran sebut, solat boleh mencegah mungkar. Tapi kalau solat utk tujuan provokasi, itu mencegah mungkar atau mengundang mungkar? Semenjak bila pula solat boleh dijadikan bahan provokasi? 6. Mujur orang Amanah masih rasional, membiar dan tidak bertindak balas. Bayangkan jika berlaku sebaliknya, bukankah itu mengundang perbalahan? Jika berlaku begitu, apa untungnya rakyat? 7. Pas perlu fokus agenda membela rakyat. Jika mahkamah putuskan semuanya milik Pas, apa yg rakyat Kelantan akan dapat dgn kemenangan itu? Terbelakah nasib rakyat Kelantan dgn kemenangan itu? 8. Pas perlu sedar dia jadi kerajaan di Kelantan. Buatlah kerja yg sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan. Kerja solat hajat atas tanah utk tujuan provokasi sebegitu tak sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan. 9. Apa-apa pun, rakyat Kelantan memerhati. Dan, tak mustahil mereka semakin jemu dgn Pas. Teringat kejadian semasa saya sedang menyantap di Stesen Bas Kota Bharu beberapa bulan yg lalu... 10. Seorang lelaki berkata, "Ambo ore Pah, tapi ambo tok sey undi Pah doh kali ni...!" Dia tak kenal pun saya, dan saya pun tidak bertanya pendirian politiknya, tapi itulah luahan hati orang Kelantan. Komen Nettizen : Md Rashid Tahir : Rakyat Kelantan sendiri akan menghukum mereka.... Mohamad Zaki Zakaria : Semakin hari semakin mengarut..... Dato Mohd Hazim : Bila orang Bodoh Diangkat Jadi Tuan Guru... Hancur Musnah Islam Di Mata Bukan Islam Fuaady AlHaj ; Dah jadi penunggang kini... Azeezi Sunan : Hayati Video ucapan Dato Li (arwah) jelas dan terang.. Video ucapan Dato Husam juga nyata dan menyakinkan.. Video pengakuan mat amar TMB tntg kelulusan compartment balak juga terang & jelas.. Rakan2 ambo yg masih istiqamah pas geleng kepala dan sangat kecewa melihat betapa buruknya kecuranggan lebai2 mereka dan balu Dato Li.. InsyaALLAH akan ade cawangan pas yg akan terbubar sedikit masa lagi hanya kerana isu ini.. Khamaruzaman Man :Saya tak boleh bayangkan jika golongan ini diberi peluang memerintah Malaysia agak2 jadi mcm mana agaknya Mohd Ariff Ab Kadir‎ : Dari pacak bendera, sampailah turun naik mahkamah. Rupanya nak duduk atas rumput aje. Masuk WTG pun tidak. Laaa. Bakpo tok oyak awal2 nyo? Wan Azwan : Islam itu mudoh..nak semayang dop nanti ko dlm masjid..atas rumput pun blh..baik org yg semayang atas rumput drpd mu syaitan bertopeng muko dajal mcm mu...bodoh punya org pandat... Habib Din Ore : pas mikir bodo..ralix dok nipu..dari awal lg..dlu kato tanoh kreje..kikikiki Usop HINO : hino Pas ni...setakat dok atas tanoh jelah ooiiii.. Bangunan hok dato husam...ada juga masuk bawah bangunan Napoleon Solo: Puak bodoh dn bebal..otak tk blh hadam antra btul dn slh..mne hero2 tu hri yg pacak bendera?..hahaha.. Kay Zamany :Dulu kawe pakoh Pas, pah ni kawe dop pakoh doh Parti Selam tu! Alias Che Salleh :PIMPINAN PAS KELANTAN berjaya menjadikan semula PAS ke era tahun 70an..Mundur kebelakang. Menjadi parti kampungan.. Johar Ismail : Letrik dan air yang digunakan dari Wisma Tok Guru untuk sembahyang hajat oleh PAS SIAPA YANG BAYAR? ALLAH MENILAI SEGALANYA Razak Awang BJ : Ada setengah ustaz cakap, pakai air utk wuduk tanpa kebenaran tuan, solat x sah. Lagu mana pula lepas pakai air... kutuk plak tuan punya air.

    BalasPadam
  4. Dulu kata tanah dan bangunan di WTG tu Pas punya, tapi beli pulak ?, adakah orang beli tanah sendiri?.....jelas ini bohong...sekarang jelas lah pembohongan puak berserban/berjubah dalam parti Pas ini...

    BalasPadam
  5. Bagi saya elok kiranya kita sama2 doakan sahabat-sahabat berlainan parti ini kebaikan untuk mereka. Amat besar jiwa pimpinan Amanah Kelantan yang masih memberikan ruang solat kepada muslimat, air untuk wuduk dan istinjak, elektrik untuk program solat hajat dan tiada sebarang halangan. Halalkan sahaja atas nama Islam dan dakwah. Doakan niat mereka solat tidaklah terpesong kepada balas dendam dan iri hati. Allah sebaik-baik pemberi hidayah dan semoga keterbukaan AMANAH akan menarik hati dan jiwa mereka yang faham perjuangan Islam tak terhad kepada pemilikan tanah semata-mata. Tahniah AMANAH KELANTAN. Anda terbaik boh!

    P/s Isu sampah-sarap daripada program solat hajat ini juga eloklah ditegur secara hikmah. Sebaik-baik umat Islam wajib mencintai kebersihan.

    BalasPadam
  6. Hikmah di sebalik kejadian ini banyak sgt. Tp ug utama Allah nak tunjuk buruk kelakuan org2 PAS. Tgk aje cmna yg pakai kopiah tu masuk kwsn pagar hanya nak pasang bendera. Lagaknya mcm gangster. Jd ingat2lah semua yg rajin undi PAS sblm ni. Ada sebab Allah tk bg kemenangan kpd mrk tawan seluruh negara.
    Allah nk yg terbaik. Mrk PAS bukan yg baik, malah membawa bala fitnah yg besar kpd Islam. Dgn isu penganiayaan keatas tanah rizab org Asli, dengan isu gaduh dgn bekas ahli Pas hingga tertubuhnya AMANAH.
    Jadi hentikanlah undi PAS lepas ni. Dulu mrk baik, skrg tidak lagi.
    Dulu saya undi PAS tiap kali PRU, lepas ni tidak lg. Sy tetap akan keluar mengundi kalau ada PAS bertanding, utk pastikan PAS kalah dan bertaubat.

    BalasPadam
  7. Ibarat anjing pakai serban yang dulu siang malam menyalak mengkafirkan org munafik. Kini tiba2 tediam lesu tejelir lidah dgn air liuq yg menjejir menanti habuan duniawi dari tuan khadam. Salakan pun dah jadi ayair indah2 memuji org yg dikeji dulu. Dulu kenal proton saga kancil skrg dah kenal porsche velfire bmw. Ygvtak berubah hanyalah janggut n kopiah dan serban yg dijadikan senjata kemaksuman mereka. Ayat2 agama diolah mengikut acuan sendiri. Inilah wajah agamawan akgir zaman spt dalam hadis Nabi yg menjual dan melacurkan agama demi habuan duniawi.

    BalasPadam
  8. PANdir takcampur urusan Wusma Tok Guru hanya melibatkan Husang kuasa 10 je

    Husang Jin tiada pejabat dah lepas boleh la buat pejabat bergerak dan ceramah atas pick up

    Itulah yang selayaknya bagi Husang tugu

    Hebat PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat pejabat di tanah tu tapi atas pokok..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive