Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 14, 2017

GST: Peniaga kedai runcit tertekan, pelanggan beli cukup-cukup sahaja

GST: Peniaga kedai runcit tertekan, pelanggan beli cukup-cukup sahaja
Rata-rata pengusaha kedai runcit mengakui tertekan dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) selain faktor lain seperti kemunculan pasar mini dan pasar raya yang semakin banyak.
Peniaga kedai runcit di Seksyen 7, Shah Alam, Mohamed Subuhan memberitahu terdapat tiga kedai termasuk premisnya serta dua pasar mini di sekitar kawasan tersebut sebelum ini.
“Namun, kini hanya tinggal kedai saya dengan satu pasar mini sahaja. Satu lagi pasar mini telah tutup,” ujar pemilik Kedai Runcit Perniagaan Subahan Maju itu.
Beliau berkata, perniagaannya meriah pada 2010 lalu kerana sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) berdekatan.
Walaupun begitu, ujarnya, keadaan tersebut berubah apabila pelanggan semakin berkurangan sejak penuntut di salah satu daripada kampus IPT itu dipindahkan ke tempat lain.
Akibatnya, Subuhan memberitahu, jualan kedainya merosot sehingga 30 peratus berbanding ketika mula-mula berniaga.
“Penurunan jualan juga berlaku selepas GST dilaksanakan selain persaingan dengan pasar raya moden,” jelasnya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.
Situasi sama turut diakui seorang peniaga, Faizal Amarullah apabila jualan di kedai runcitnya menyusut lebih 10 peratus.
Menurut pengusaha kedai runcit di Seksyen 17, Shah Alam itu, GST tambah menjejaskan perniagaan pada ketika banyak pasar raya moden yang berupaya menawarkan harga jualan lebih rendah muncul berhampiran premisnya.
“Keadaan ini lebih rumit bila ada GST, yang membuatkan jualan dan keuntungan berkurangan,” dipetik daripada akhbar sama.
Bahkan, ada peniaga kedai runcit di Shah Alam mendedahkan jualan mereka menjunam lebih 40 peratus akibat GST selain disebabkan kemunculan pasar raya moden.
Cuba bertahan
Enggan dikenali seorang peniaga memberitahu, jualannya semakin jatuh sehingga kurang RM4,000 sehari sejak 2012 berbanding ketika mula berniaga pada 2006 dengan jualan mencecah RM7,000 sehari.
“Selain itu, penurunan jualan juga disumbangkan GST dan situasi ekonomi,” katanya lagi yang juga memberitahu trend pembelian pelanggan pada masa ini membeli dalam kuantiti amat kecil.
“Pelanggan hari ini pula suka beli barang basah ikut hari. Contohnya, barang basah kegunaan hari ini seperti cili 20 sen, sayur dan ikan dalam kuantiti (beli) cukup-cukup sahaja,” ujarnya.
Kesan pelaksanaan GST dan kemerosotan kuasa beli pelanggan pada masa ini juga diakui pengusaha Pasar Mini Asina Enterprise di Seksyen 17, Shah Alam yang berniaga sejak tahun 2002.
Pemiliknya, Mohamed Dhagri berkata, majoriti pembeli sekarang berbelanja di pasar mini dalam jumlah yang sedikit sehingga menyebabkan purata jualan hariannya menurun kepada RM1,000 berbanding RM4,000 sebelum ini.
“Ini ditambah dengan adanya GST. Sekarang, kami cuba mempertahankan perniagaan kami selagi mampu. Ini perniagaan sendiri dan kami tidak pernah menerima bantuan kerajaan atau mana-mana pihak,” ujarnya lagi.
Pasar raya dan pasar mini yang memiliki banyak cawangan mampu menawarkan harga jualan lebih rendah kerana membeli pukal barangan pada harga borong.
Sebaliknya, kebanyakan perniagaan kedai runcit diusahakan keluarga dengan sukar bersaing daripada segi tawaran harga lebih rendah walaupun premis disusun lebih kemas atau dinaik taraf.
Sementara itu, pemerhatian Malaysia Dateline di sekitar bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor semalam turut menyaksikan kegetiran peniaga kecil untuk terus bertahan.
Satu lot niaga dalam pasar raya Tesco ditutup manakala sebahagian besar deretan bangunan kedai yang siap dibina akhir tahun 2015 berdekatan pasar pagi bandar itu masih tergantung notis “Untuk Disewa”.
Tinjauan dalam kalangan peniaga gerai makanan di Jalan Bunga Kertas 1 juga mendapati rata-rata mereka mengakui kos bahan mentah semakin meningkat dengan paling ketara sejak dua tahun lalu.
Akibatnya, jumlah keuntungan diperoleh pada masa ini jauh lebih kecil manakala sebuah gerai diusahakan ahli keluarga yang menjual makanan mengandungi udang dan potongan sotong difahamkan gulung tikar sejak akhir tahun lalu.
Bagi peniaga makanan yang masih bertahan pula, mereka tidak dapat menaikkan harga lebih tinggi bagi mengelak pelanggan lari apatah lagi trend pembeli berbelanja sedia ada juga semakin merosot terutama ketika pertengahan bulan.
Untuk rekod, GST pada kadar enam peratus yang dikuatkuasakan mulai 1 April 2015 pernah dijamin oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika itu mampu menurunkan harga barang dengan mendakwa kononnya harga barang menjadi semakin murah.
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. Mari kita sama2 hapuskan GST bersama Gagasan Sejahtera

    BalasPadam
    Balasan
    1. gagasan sejahtera..parti takada Budget..budget pun sebelas orng ahli parlimen ponteng..Nak memerintah dgn apaa,dgn ayaq lioq boleh la!!

      Padam
  2. Hehehe...dulu kit sial pernah cdgkan dlm parlimen ikut cara singapork mguruskan cukai(gst) krn lbh efisien n telus.Dpt mengelak org2 kaya serta syarikat2 besar dpd mengelak dpd cukai.Itu cerita zaman mahdey.Mahdey n anuat cuba merealisasikan gst tapi takut hilang sokongan cina krn tauke2 nie sedar bnyk perkara spt mengelak cukai..sembunyi stok barang sukar dilakukan jika dilaksanakan gst.Itu era mahdey n kit sial saling meludah antara satu sama lain.
    Baru2 nie anak anuat ibrahim si nurul ijah secara terbuka mengatakan haprak tak akan memansuhkan gst jika menguasai putra jaya....hehehe
    Maka rakyat msh juga dipermainkan dgn cdgan kosong dpd haprak.Tiada penjelasan kukuh dan konkrit sistem cukai mana yg hebat nak digunapakai oleh haprak nanti.
    Rasanya lbh baik pengikut haprak nasihatkan anuat bertobat dan meminta tun mamak kerala menjelaskan isu liwat anuat kpd rakyat.Siapa sebenarnya bersalah!!!
    Barulah boleh cerita nak pegang putra jaya....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ikut BN,Kedai rakyat satu malaysia pun tutup...lagi mahu cerita kencang???

      Padam
  3. tgk muka ahmad maslan pun dah tau dia tu muka bodoh dan sanggup diperbodohkan. jadi menteri pun pasal pandai angguk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2x5 dgn husam tugu...hehehe

      Padam
    2. Husam tugu teruk lagi, hak milik orang mengaku hak milik sendiri, meroyan sakan macam mati anak

      Padam
    3. hehehehe..pandai mengutuk orang???kafirla...tetapi orang dikatakan kafir tulah yg menolong wanita bertudung orang islam..

      pimpinan parti suci ni,dia tolong wanita bab kahwin 4 boleh la!!

      Padam
    4. Itu semua lakunan la, kau tak akan reti kalau pelakunnya kafir, hehehe

      Padam
  4. TALIAN HAYAT BN dah habis!!nak harap parti suci,budget pun tak reti nak buat..dia setuju ajerr bila bn buat budget,kita ingatkan ada budget parti suci,bagaimana nak hapuskan judi,3/judi genting,ataupun haramkan carlberg....rupa2nya dia pun bersetuju...

    Bila dia tak boleh buat,,,ADAHATI nak memerintah!!1kesihaaaaaaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan yang memerintah je yang perlukan budget, pembangkang hanya budget angan-angan, tunggu la dapat kuasa dulu

      Alhamdulillah sebab ejek PAS parti suci yang memang suci dari kekotoran yang merosakkan akhlak

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...