Pada 15 November 2017, Datuk Husam Musa (plaintif) telah mengemukakan permohonan injunksi (perintah tegahan) ke atas pemilik berdaftar dan agen-agennya (defendan) daripada memasuki kawasan Wisma Tok Guru yang kini dalam pertikaian Mahkamah.
Mahkamah telah menolak permohonan injunksi itu atas alasan defendan hanya bercadang untuk memasuki kawasan Wisma Tok Guru bagi menganjurkan majlis solat hajat sahaja.
Selepas permohonan injunksi itu ditolak, defendan telah meneruskan cadangan untuk mengadakan solat hajat tersebut. Selepas majlis solat hajat itu selesai, keesokan harinya difahamkan bahawa defendan atau ejennya telah mengunci pagar masuk walaupun selepas itu ianya dibuka semula.
Namun, defendan atau ejennya telah keluar masuk ke dalam kawasan premis itu dan telah cuba untuk memasang tiang bendera. Kini, kes tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 4 Disember 2017. Setakat ini, defendan masih belum menfailkan afidavit jawapan ke atas permohonan plaintif itu.
Dalam hal ini, plaintif mempunyai beberapa pilihan terhadap kes yang akan dibicarakan itu. Undang-undang membenarkan pihak yang terkilan untuk merayu ke atas keputusan yang diberikan.
Plaintif boleh memasukkan notis rayuan bagi merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya. Plaintif boleh merayu atas pelbagai alasan antaranya hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memberikan penghakimannya seperti tidak mematuhi prinsip undang-undang dalam permohonan injunksi.
Jika plaintif meneruskan dengan rayuan maka plaintif berhak untuk memohon satu lagi injunksi yang dinamakan sebagai injunksi Erinford. Injunksi Erinford ini biasanya dipohon sementara proses rayuan selesai. Dalam hal ini, plaintif berhak untuk memohon injunksi Erinford ini atas pelbagai alasan termasuk alasan yang baharu.
Melihat kepada perkembangan selepas injunksi ditolak, plaintif mempunyai merit untuk memohon injunksi Erinford itu disebabkan terdapat salah guna oleh responden dan agen-agennya seperti tindakan memasang tiang bendera sedangkan semasa perbicaraan injunksi apa yang disebut hanyalah untuk menganjurkan majlis solat hajat sahaja.
Tujuan injunksi adalah untuk mengekalkan status quo premis tersebut sementara menunggu kes induknya diputuskan. Jika defendan dan ejennya sudah bebas keluar masuk premis tersebut sebelum kes induk selesai ini akan menjadikan kes induk sudah tidak bermakna lagi.
Oleh itu, hakim sepatutnya melihat kepada alasan permohonan injunksi sahaja dan tidak sepatutnya menyentuh merit dalam kes induk. Apa yang perlu diputuskan juga adalah sama ada jika injunksi itu ditolak adalah akan memprejudiskan plaintif dan akan mengakibatkan kerugian yang tidak boleh dipampaskan.
Bagi perbicaraan kes induk, peguam-peguam plaintif perlu bersiap sedia dengan fakta dan hujahan yang boleh menarik perhatian hakim. Jika mengambil isyarat yang diberikan oleh hakim dalam kes injunksi itu seolah-olah hakim seperti sudah mempunyai keputusannya bagi kes induk.
Kemungkinan risiko untuk kes induk itu ditolak lebih besar. Oleh itu, peguam-peguam plaintif perlu menilai kembali fakta yang dimasukkan dalam afidavit dan melengkapkan fakta yang tidak lengkap. Contohnya berkaitan dakwaan mengenai penjualan hartanah yang tidak transparen tersebut.
Pada ketika ini, plaintif hanya menamakan seorang responden sahaja iaitu pemilik berdaftar hartanah itu dan tidak memasukkan penjual hartanah itu iaitu balu Datuk Rosli. Kemungkinan perlu dibuat suatu permohonan untuk memasukkan balu Datuk Rosli itu sebagai defendan kedua supaya fakta kes tersebut menjadi lebih lengkap dan mahkamah mempunyai fakta yang mencukupi untuk memutuskan kes ini.
Difahamkan bahawa plaintif tidak menuntut pemilikan hartanah itu tetapi hanya menuntut pengiktirafan mahkamah sebagai orang yang diberikan lesen untuk menduduki premis itu. Dalam maksud lain, plaintif bukanlah penceroboh atau setinggan di atas hartanah itu.
Plaintif memasuki hartanah itu atas kebenaran yang diberikan dan penjual sepatutnya menamatkan lesen pendudukan plaintif di atas hartanah itu sebelum bertindak menjualnya kepada pihak ketiga.
Jika ditamatkan lesen pendudukan atas tanah itu selepas pemegang lesen telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan maka pemegang lesen itu sepatutnya menerima pampasan atas penamatan itu dan untuk mendapatkan kembali kos pembinaan yang telah dibelanjakan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar pula dalam satu ceramah menyatakan bahawa sekiranya sesuatu tanah itu dijual maka segala yang ada atas tanah itu akan menjadi milik pemilik yang baharu.
Mungkin Datuk Mohd Amar merujuk kepada prinsip Torrens yang diamalkan dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa hakmilik pemilik berdaftar adalah tidak boleh disangkal. Selain itu, Kanun Tanah Negara juga menyatakan bahawa lekapan (apa-apa yang melekap di atas tanah) adalah dianggap sebagai sebahagian tanah itu juga.
Namun, hujahan Datuk Mohd Amar itu adalah tidak tepat kerana Kanun Tanah Negara juga mengiktiraf prinsip ekuiti. Ini sudah diputuskan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan. Prinsip ekuiti yang terpakai adalah prinsip ‘equitable estoppel’.
Mengikut prinsip ini, seseorang yang telah diberikan kebenaran dan galakan untuk tinggal di atas sesuatu hartanah adalah berhak untuk diberikan pampasan jika beliau telah membuat penambahbaikan ke atas hartanah itu.
Mengikut prinsip ini, seseorang yang telah diberikan kebenaran dan galakan untuk tinggal di atas sesuatu hartanah adalah berhak untuk diberikan pampasan jika beliau telah membuat penambahbaikan ke atas hartanah itu.
Pemilik asal tidak sepatutnya menjual hartanah itu tanpa berunding dengan pemegang lesen pendudukan atas hartanah itu. Inilah yang dikatakan estoppel iaitu pemilik dengan ini diestopkan daripada menafikan hak pemegang lesen untuk tinggal di atas hartanah itu.
Dalam hal ini, fakta kes yang diketahui hanyalah harga jual beli adalah sebanyak RM700 ribu. Fakta yang didedahkan juga adalah bahawa seorang pentadbir tanah telah datang ke rumah penjual bagi menyaksikan Borang Pindahmilik yang dibuat. Ini dikatakan bersalahan dengan arahan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
Namun, tidak diketahui sama ada wang sebanyak RM700 ribu benar-benar diserahkan kepada penjual dan apakah terma-terma perjanjian yang dibuat mengenai penyerahan milikan kosong. Dalam suatu perjanjian jual beli, terma mengenai penyerahan milikan kosong adalah sangat mustahak apalagi bila penjual atau pembeli mengetahui bahawa ada orang yang diberikan lesen menduduki hartanah itu.
Maka, sebab itu adalah mustahak untuk memasukkan penjual hartanah itu sebagai defendan kedua supaya hal-hal ini dapat dijelaskan kepada Mahkamah. Jika hal-hal ini dimasukkan barangkali hakim akan mempunyai fakta baharu yang perlu diputuskan selain daripada fakta yang telah wujud semasa permohonan injunksi dibuat.
Namun, jika tindakan ini dibuat maka kemungkinan besar proses perbicaraan tidak dapat diteruskan pada 4 Disember 2017. Ini kerana hakim akan mengarahkan pihak-pihak untuk membuat permohonan secara formal untuk menambahkan defendan kedua dan untuk memberikan defendan kedua peluang untuk memasukkan afidavitnya.
Selain itu, plaintif juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk memasukkan notis bagi menyoal balas secara lisan terhadap defendan-defendan jika wujud perbezaan fakta dalam afidavit yang dimasukkan.
Jika mahkamah membenarkan soal balas dibuat maka kes tersebut tidak mungkin akan selesai pada 4 Disember 2017 sebagaimana yang ditetapkan kerana proses soal balas boleh memakan masa.
Jika mahkamah membenarkan soal balas dibuat maka kes tersebut tidak mungkin akan selesai pada 4 Disember 2017 sebagaimana yang ditetapkan kerana proses soal balas boleh memakan masa.
Justeru, kes ini mungkin akan terus berpanjangan sehingga beberapa bulan lagi dan kemungkinan dalam tempoh itu pilihan raya telah pun selesai. Sementara itu, Datuk Husam dan petugas parti AMANAH akan terus boleh menggunakan premis di atas hartanah ini. Jika ini berlaku, pasti Datuk Mohd Amar akan merasa kecewa kerana beliau mengatakan bahawa tindakan membeli hartanah itu walaupun harganya tinggi adalah untuk menyerang dan melumpuhkan kubu musuh politiknya.
Lebih teruk lagi, jika isu ini berpanjangan ianya akan menjadi senjata makan tuan terhadap Datuk Mohd Amar sendiri kerana isu ini pasti akan menjadi simbol kerakusan PAS untuk memusnahkan parti AMANAH sedangkan Islam mengajar umatnya untuk bersaudara dan berbaik-baik.
Rakyat Kelantan pasti akan menyaksikan hal ini dan akan menolak untuk mengundi parti yang rakus dan tidak matang. PAS sendiri gagal untuk menterjemahkan konsep matang dan sejahtera sebagaimana yang digagaskan mereka.
Jika PAS benar-benar matang maka PAS sepatutnya menggunakan dana RM700 ribu itu untuk menguatkan jentera partinya seperti membantu premis tadika PASTI yang daif dan menambah gaji guru-guru PASTI. Paling tidak pun PAS boleh membeli aset-aset di tempat lain dengan harga yang lebih murah di sekitar Dun Salor tersebut untuk menguatkan jentera PAS di DUN tersebut.
Selain itu, rakyat masih tertanya-tanya di manakah PAS berjaya mendapat dana RM700 ribu untuk membeli hartanah itu sedangkan pada masa yang sama Lajnah Ekonomi PAS giat menjalankan aktiviti mengutip derma dan wakaf bagi membina pasaraya PAS yang bernilai jutaan ringgit.
Jika PAS benar-benar mempunyai wang sepatutnya tumpuan diberikan kepada projek yang telah dilancarkan oleh Lajnah Ekonomi PAS itu. Rakyat juga tertanya-tanya sama ada benar RM700 ribu itu diperolehi melalui sumber komisen daripada konsesi pembalakan.
Hal-hal ini pasti akan menyesakkan nafas PAS kerana wang telah habis tetapi tetapi premis bangunan itu masih tidak dapat dimasuki. Akhirnya, rakyat yang memerhatikan isu ini akan dapat menilai kelemahan corak pemikiran PAS dan seterusnya menolak untuk mengundi PAS dalam PRU 14 kelak.
mdl
Tak perlu la ulas lebih2 melebehi mahkamah pulak, tunggu je la keputusannya nanti
BalasPadamSetuju.. lepas tu harap dalam perbicaraan tu nanti husam dpt tunjukkan bukti dari mana datangnya duit rm400K buat bangunan tu.. hasil dari masa pernah jadi exco balak ke atau bagaimana?
Padamilmu tu wahai en walaun oooii. tak kan malas nak baca kut. atau sebab tak ada kutuk amanah kut pasai tu en walaun tak mau baca
PadamItu bukan ilmu encik macai ooiii, itu luahan hati orang yang kecewa, ilmu dengan luahan hati pun tak reti nak beza....kehkehkehkeh
Padambmp, kalau kamu termasuk org yg berfikir (walaupun kami tahu penyokong PAN singkat fikirannya) pasti kamu fikir apa yg kami sdg fikirkan..
PadamHusam bertanya kenapa PAS belanjakan rm700K utk tanah itu.. tahukah para barua, PAS ialah sebuah organisasi yg mempunyai ahli hampir sejuta orang, jadi apalah sangat jumlah sebesar itu..sorang seringgit pun dah boleh dapat kumpul lebih drpd jumlah sebanyak tu..
Sekarang aku nak ulang tanya husam, macamana dia dapat duit yg dia sendiri dakwa dari poket dia sendiri sebanyak rm400K tu?.. mudah je nak jawab kan?
Tak ten tuang tak ten tuang..
PadamJahil murakab pengikut Pas sekarang. Ilmu pun dihina dan dikeji.
PadamAllahu.
Takkan jadi jahil hanya kerana menyokong pemimpin beriman jika dibandingkan dgn amat jahil kerana menyokong pemimpin kafir..
PadamKhianatnya Ulama Pas. Guru Pasti dan YIK gaji cukup2 makan. Orang asal, orang2 miskin dan mangsa2 banjir 2014. Masih perlukan bantuan kewangan dan sara hidup. Duit yang ada diguna pula. Untuk kepuasan nafsu. Berebut harta. Rampas bangunan. Alangkah khianat Ulama pada AMANAH RAKYAT Kelantan yang mengundi Pas.
BalasPadamAllahu..
Ada ke segala pembongkaran husam itu terbukti benar? Bukan ke dia pernah kata ada bukti akaun affin.. tapi kini dia kata hanya nampak je bukti akaun affin tu.. ini macam punya olang pun boleh percaya lagi ke!?
PadamKeh keh..