Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 08, 2017

Video ‘edisi kantoi’ pemimpin PAS Selangor kini tular di media sosial

Video kuliah seorang pemimpin PAS di Selangor, Dasuki Abdul Rani kononnya banjir di Pulau Pinang telah mengakibatkan tujuh orang mati sedang banjir besar di Kelantan 2014 dulu tidak seorangpun yang mati kini tular di media sosial.
Pelbagai pihak menyebarkan balik video itu kerana ia jelas satu penyembunyian fakta sebenar kerana sekurang-kurangnya sembilan kematian dicatatkan semasa banjir besar di Kelantan itu.
Akibatnya beliau terpaksa membuat pembetulan hari ini melalui facebooknya.
“Pembetulan fakta, berlaku juga kematian dalam banjir di Kelantan,” tulis Dasuki selepas video asal beliau itu diviralkan kononnya di Pulau Pinang mati tujuh orang sedangkan semasa banjir besar di Kelantan tidak ada seorang pun yang mati.
Dalam klip video 1.03 minit bertajuk ‘Edisi Kantoi’ itu, Dasuki didapati berbohong dalam kuliahnya di sebuah masjid.
Dalam kuliah itu, beliau turut menyelar pemimpin Pulau Pinang yang menganjurkan Oktober Fest dan membangkit ‘Ini bukan negeri Taliban’ yang sebelum ini dipopularkan oleh Sultan Johor.
Dasuki Rani sindir ‘Ini bukan negara Taliban’.
“Buat Oktober Fest. Buat berlagak dengan minum arak. Kita bukan negara Taliban,” kata Dasuki dalam kuliah itu.
“Ni kalau cakap macam ini kalau tak kena gaya masuk penjara kita,” tambah Dasuki dalam kuliah beliau itu.
Ejekan “Kita bukan negara Taliban’ itu tidak pasti ditujukan kepada Lim Guan Eng atau Sultan Johor kerana yang memulakan kenyataan “Ini bukan negara Taliban’ adalah Sultan Johor.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.
“Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
“Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis,” titah baginda.
Laporan berita ‘Ini bukan negara taliban’ telah menjadi muka depan akhbar The Star dan berita utama di laman-laman portal berita.
mdl
Picture

5 ulasan:

  1. Sekurang2nya bongkak firaun@dapigs yg pernah mghina dan memperlekeh kerajaan pas kelantan dlm menangani musibah banjir kini dpt dirasai oleh mrk sendiri di penang....hehehe
    Bukan nak hina tapi bangga krn mgkin ada yg dh sedar tuhan itu wujud dan lbh hebat dpd dapigs.
    Ingatlah...jgn keterlaluan mghina org lain sampai lupa dgn kehebatan Allah swt.Mgkin mrk kapir maka tak tahu hebatnya kuasa Allah swt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg peliknya walaupun tahu hebatnya kuasa Allah namun masih ada yg tetap meilih kafir sbg pemimpin di samping ulamak juga yg jadi mangsa fitnah mereka..

      Padam
  2. Tidak ada lg Setan yg bermuka buruk dan bodoh menghina Al Quran, kini Setan berketrampilan Nabi dan bermulut Al-Quran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg aku tahu ada seorg kafir harbi hina SYAITON kpd ulamak yg telah berjaya mengislamkan puluh ribuan kafir.. inikah yg dimaksudkan kamu? Takkanlah tuduhan seorang kafir yg harbi hendak dijadikan panduan dalam mengenalpasti ciri2 ulamak yg sebenar kut..

      Padam
  3. Mungkin sekutu@barua DAP yg guna panduan tu..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...