Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 27, 2017

ULASAN PANAS!! : YB KHALID SAMAD RUU355 DAN FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR


Image result for khalid samad

Allah Suka Apabila Dilakukan Sesuatu Secara Cekap Dan Tepat (Itqan)
FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR

Sudah pasti ramai yang bangga apabila diwar-warkan bahawa rakyat Malaysia melalui beberapa NGOnya akan menghantar bantuan ke rakyat Rohingiya di Myanmar. Semua tahu bagaimana kaum Rohingiya ditindas dan dizalimi. Dengan itu berita mengenai ‘Food Flotilla untuk Myanmar’ disambut dengan baik. Tiada yang membantah atau merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Ramai yang mengandaikan bahawa operasi yang sebegini sudah pasti telah disusun dan dirancang dengan baik. Sudah pasti, segala kemungkinan telah difikirkan dan segala keperluan diambil kira. Semestinya matlamat yang ingin dicapai, ke mana hala-tujunya dan bagaimana ingin ke destinasi tersebut telah difikirkan dan dirancang. Bagaimana segala bantuan dan makanan hendak disampaikan ke kaum Rohingiya semestinya telah dikaji dan dipersetujui terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila operasinya disertai bukan sahaja anggota dan pimpinan NGO tetapi juga PAS dan UMNO, iaitu dua organisasi yang didakwa parti politik terutama rakyat Melayu Islam di Malaysia.

Pemergian Flotilla tersebut diberikan liputan yang hebat melalui media. Ucapan dan pujian demi pujian dlimpahkan ke atas semua yang terlibat dan pemergian mereka dikatakan disertai doa rakyat Malaysia semoga berjaya. Malangnya usaha yang dilakukan tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Meringkaskan cerita, kesudahannya tidak seperti yang dijangka. Akhirnya dikatakan bahawa sebahagian bantuan dan makanan terpaksa diserah kepada kerajaan Myanmar untuk diserahkan kepada kaum Rohingiya di Arakan. Ramai mempertikaikan samada kerajaan Myanmar boleh dipercayai untuk melaksanakan amanah ini dengan baik. Bukankah selama ini mereka bersekongkol dengan pembunuhan kaum Rohingiya? Sebahagian yang lain diserahkan kepada pelarian Rohingiya di kawasan penempatan pelarian Rohingiya di Bangladesh. Itu pun setelah melalui keadaan ketidak-tentuan ke mana hala tuju Flotilla tersebut.

Saya tidak tahu samada memang itu yang dirancang dari asalnya atau sememangnya tiada apa-apa yang dirancangan. Adakah mungkin Flotilla tersebut pergi sahaja tanpa apa-apa rancangan selain ‘tawakkal kepada Allah’? Adakah wajar bertawakkal tanpa ‘diikat unta’ terlebih dahulu?

Ada yang menjawab bahawa itulah sekadar apa yang mampu dilakukan. Serah kepada kerajaan Myanmar dan selepas itu kita bertawakkal kepada Allah kata mereka. Paling kurang kita telah melakukan sesuatu. Ada juga yang menjawab, ini soal ‘hati’. Mana tahu, tindakan kita mengubah hati kerajaan Myanmar. Hati adalah kerja Allah. Jangan kita pandai-pandai nak ambil tugas Allah!

Namun demikian, ramai juga yang menyatakan bahawa kerja-kerja sebegini bagaikan melepaskan batuk di tangga. Ianya tidak berperancangan dan berakhir dengan keadaan ironis di mana bantuan dan makanan untuk kaum Rohingiya diserah kepada yang bersekongkol dalam pembunuhan kaum Rohingiya!

Bagi yang lebih sinis mereka menuduh ianya beragenda politik untuk menaikkan imej UMNO di mana PAS diperkudakan. PAS pula dilihat redha diperkudakan. Demi membina ‘kesatuan ummat’ kata mereka. Demi memberi hujah dan alasan untuk bermesra dengan UMNO. Amat malang kalau itulah keadaannya. Ini bermakna mereka mengambil kesempatan dari kesengsaraan kaum Rohingiya demi kepentingan politik masing-masing.

Pada sesi Parlimen lepas, YB Kuala Terengganu telah membawa usul berhubung keadaan kaum Rohingiya. Usul tersebut ditolak dan tidak dibenarkan untuk dibahas atas berbagai alasan. Tiada walaupun seorang dari UMNO mahupun PAS yang membantah penolakan usul berkenaan!

Sebenarnya masih banyak yang boleh dilakukan kalau benar-benar ingin membantu. Tindakan pertama semestinya kutukan rasmi dari kerajaan Malaysia. Diikuti dengan tindakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana Malaysia adalah anggota kepada Majlis Keselamatannya. Selagi ini tidak sanggup dilakukan maka segala dakwaan ingin membantu akan dilihat sebagai sandiwara.

HIMPUNAN RUU355

Selain Food Flotilla untuk Myanmar, satu lagi isu besar yang memperlihatkan kebersamaan PAS dan UMNO ialah persoalan RUU355. Saya telah menyatakan berkali-kali bahawa pemerkasaan mahkamah Syariah tidak tercapai hanya dengan meningkatkan hukuman yang mampu ia kenakan. Lebih utama dari itu adalah kebebasan dan kemampuan mahkamah syariah untuk menegakkan keadilan. Apabila ianya bebas dan mampu maka baharulah persoalan hukuman menjadi agenda. Apabila ianya dikongkong dan tersekat, dari segi kebebasan dan kemampuannya, maka meningkatkan hukuman hanya menjamin ketidak-adilan dan kezaliman.

Imam Malik, Imam Abu Hanifa dan Imam Ahmad ibn Hambal merupakan mangsa mahkamah zaman mereka yang tidak bebas mahupun adil. Ada yang disebat, dipenjara sehingga mati walaupun mahkamah masa itu berkewajipan menegakkan keadilan syariah. Kezaliman yang dilalui mereka dianggap ‘harus’ oleh beberapa ‘cendiakawan kerajaan’ atas sebab ianya hukuman takzir dan takzir adalah, kononnya, milik pemerintah. Adakah benar mengikut Islam, pemerintah boleh lakukan sesuka hati? Bukankah keadilan matlamat teragung Islam?

Apabila diperjuangkan peningkatan hukuman bagi mahkamah syariah, perlu juga ditanya, tidakkah mahkamah syariah ini beroperasi di Malaysia yang hingga hari ini dikuasai UMNO? Maka tidakkah ini bererti menyerahkan kuasa yang lebih kepada parti pemerintah yang selama ini tidak menghiraukan ajaran dan prinsip-prinsip Islam? Adakah wajar diharapkan UMNO untuk menegakkan hukum Islam dengan seadilnya? Apa jaminan ianya tidak akan disalah-gunakan terhadap musuh politiknya? Sepertimana pernah dialami oleh Imam-imam yang disebutkan tadi.

Ada yang menjawab, tanggung-jawab kita adalah untuk menentukan hukuman yang ditetapkan Allah dapat dilaksanakan. Soal samada ianya akan dilaksanakan dengan baik dan adil, itu bukan urusan kita kata mereka! Bukankah tanggung-jawab kita adalah menentukan hukum Islam dilaksanakan dengan adil supaya keadilan Islam terserlah, supaya dengan itu manusia tertarik pada Islam?

Sekali lagi sikap ‘lebih kurang’, ‘cincai’ dan ‘acuh tak acuh’ ditunjukkan golongan yang menganggap diri mereka pejuang Islam. Sedangkan bukankah selama ini yang merosakkan imej Islam adalah UMNO? Tidakkah yang merosakkan Melayu sehingga menjauhkan mereka dari memahami Islam adalah UMNO? Maka sekiranya begitu, tidakkah menyerahkan tugas untuk menegakkan keadilan hukuman Islam kepada UMNO adalah sama seperti menyerahkan bantuan dan makanan untuk Rohingiya kepada kerajaan Myanmar?

KESIMPULAN

Sekadar bersemangat untuk membuat kebaikan tidak mencukupi. Jika bersungguh-sungguh maka perlu difikirkan cara bagaimana ianya perlu diusahakan sehingga matlamat sepenuhnya tercapai. Di situ terletaknya keikhlasan dalam usaha kita. Di situ terletaknya sifat ‘itqan’ yang dipuji Allah. Bukan secara lebih-kurang, cincai dan acuh tak acuh terhadap ketepatan dan keberkesanan sesuatu usaha.

Dan apabila ianya gagal kita sekadar berkata, “sekurang-kurangnya kita dah cuba”. tidakkah kesan buruk dari kegagalan itu tidak disedari? Dan apabila ditegur kekurangan usaha kita, maka dijawab, “komen jer pandai, awak buat apa?” Sedangkan yang lain tidak berpeluang sambil kita yang berpeluang telah mempersia-siakan peluang itu dengan pendekatan cin-cai kita.

Hadis Rasulullah (SAW), mafhumnya;

“Allah suka kepada seseorang apabila dia melaksanakan kerja, dia melakukannya dengan itqan (cara terbaik dan paling berkesan)”.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

23 ulasan:

  1. Flotilia ke somalia ke yg penting Audi dr cik Somi.kahkahkahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sudah2 dgn fitnah para hamba abdi kapir dapigs nie..
      Lain kali pegi ler membaca atau bertanya dgn tuan punya bdn dpd ko dgr dpd sundal2 nobody nie.
      Mmg benar bantuan mll kerajaan pembunuh umat Islam tu tapi rombongan flotilla mengiringi pergerakan bantuan hingga ke kem perlarian rohingya.Setiap bantuan diagih dgn cukup sempurna dan dipantau oleh mrk.Jelas ker?? :)
      Tak heranlah klu mrk memfitnah krn dah puas dikencing oleh kapir dapigs.Lain kali pandai2 lah bertanya sblm buat kesimpulan ke arah dosa fitnah wahai sundal lgbt dan hamba abdi kapir dapigs....hehehe

      Padam
    2. Lain la mcm kes anwar ibrahim mmg sah muka dia memuki chinadoll dlm video besi tu....hehehe

      Padam
  2. Ulamak jenis apakah yg perlu menjadi pembimbing kita; yg dibenci atau yg digemari oleh munafikun dan kafirun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jwpnnya ulamak dedakun 90jutakun
      Kahkahkah

      Padam
  3. Yg disukai majoriti. Ulamak Mesti dilihat sebg contoh manusia yg tak kluk klek, Tak menyokong kezaliman, tak buat fitnah, Tak maki hamun org, tak berwatak sesumpah, tak menggelar org dgn gelaran2 buruk, tak hidup bermewah mewahan. Tak hingin aku dibimbing oleh Ulamak PASCAI
    P/S Wan Rosli Nnt akan ckp, kita ikutlah pilihan masing2. Biasanya bila dah kantoi.
    X reformist pula akan mencarut carut mcm anunya kena cili.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So jawapannya apa MOHD NASIR?
      A. Yg dibenci atau
      B. Yg digemari?

      Padam
    2. Jwpnnye ialah dedakun 90jutakun. Kahkahkahkahkha

      Padam
  4. Kan ke dah dijawab. Bengong ke apa KO ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. MOHD NASIR! A atau B oleh para munafikun dan kafirun?

      Padam
  5. Sudah2 la Kolik, kau bersumpah baiah atas nama Allah SWT dan kau sendiri yang langgar sumpah tu, kau ni manusia golongan apa?

    Semua yang PAS buat kau kata tak betul, langgar sumpah baiah pun kau sanggup demi habuan dunia, mana maruah kau wahai Kolik Samak?

    BalasPadam
  6. Wan rosli aku dah jawab siap dgn ulasan. Video mat sabu yg ko kata ada tu mana? Tak mau belit haa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawab apa? Ulamak mana yang kau sanjung? Ulamak Pangkor ke?

      Padam
    2. Aku tak mintak ulasan yg lari dari soalan. Hanya jawab A atau B.. boleh ke MOHD NASIR?

      Padam
    3. Kahkahkah.wanrosli kalih lagi...telo ilang bila ditanya video matsabu tolak hudud. Kahkahkahkah

      Padam
    4. Redha je lah MOHD NASIR.. semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!

      Padam
    5. Xda video nya kan.astagfirullahal azim.fitnah tu kan dosa besar..bertaubatlah wanrosli....

      Padam
    6. Tak payah menyamar lah Mat Nasir. Daripada menyamar kan lebih baik Mat Nasir mintak Husang Musang bagi video PAS terima RM 90 juta tu! Keh Keh

      Padam
    7. 1. Tak payah menyamar lagi lah Mat Nasir Keh Keh! Daripada menyamar kan lebih baik Mat Nasir mintak Husang Musang bagi video PAS terima RM 90 juta tu! Keh Keh

      2. Bagi je video PAS terima RM90 juta tu Mat Nasir! Lembam lah Mat Nasir ni Keh Keh!

      3. Ada ke nama Mat sabu disebut dalam doa aku tu Mat Nasir lembam oi? Jawab le jawab Keh Keh!

      4. Maka dgn itu marilah kita berdoa lagi dan lagi:

      Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR! Keh keh..

      Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!
      Dasar barua DAP! Keh keh

      Padam
    8. Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    9. Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..

      AlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?

      Padam
    10. Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
      Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
      Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    11. Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...