Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, November 12, 2017

Satu lagi saman fitnah menanti Bendahari Pas Pusat

Satu lagi saman fitnah menanti Bendahari Pas Pusat
Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun), Hanipa Maidin memberitahu satu lagi tindakan mahkamah akan dikenakan terhadap Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria berhubung fitnahnya kepada AMANAH.
Menurutnya, saman itu ekoran status Razman berserta poster di Facebook pada 19 Jun 2016 yang mendakwa penubuhan AMANAH khusus untuk orang Melayu sebagai proksi DAP.
“InsyaAllah, satu lagi kes dalam proses saman juga ke atas PJ (Pesuruhjaya) Perak itu berhubung ‘posting’ beliau dalam FB.
“Yang ini, InsyaAllah saya terlibat sebagai peguam yang menyaman,” ujar Ahli Parlimen Sepang itu lagi.
Poster bertajuk, ‘Sejarah yang berulang’ yang dilampirkan Pesuruhjaya Pas Perak itu juga mendakwa penubuhan Rejimen ke-10 pada zaman perang dahulu sebagai sayap kanan Parti Komunis Malaya (PKM) khusus untuk orang Melayu.
Status Razman berserta poster di Facebook pada 19 Jun 2016 mendakwa penubuhan AMANAH khusus untuk orang Melayu sebagai proksi DAP.
“Berjuang dengan jelas. Jangan bimbang dan ‘playsave’. Musuh tetap musuh,” kata Razman bersama poster yang turut memuatkan gambar ketua PKM, Chin Peng dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, lambang Bintang Tiga, bendera PKM, DAP dan logo AMANAH juga kelihatan dalam poster perbandingan dahulu dan sekarang itu.
Kelmarin, Mahkamah Sesyen di Ipoh mendapati Razman bersalah memfitnah dan diperintah membayar RM200,000 tidak termasuk kos ganti rugi am dan ganti rugi teruk kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Mahkamah memutuskan tuduhan Razman kononnya Timbalan Pengerusi AMANAH Perak itu menolak hudud, boneka DAP dan oportunis dalam kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah.
Nizar selaku plaintif diwakili Asmuni Awi manakala Razman sebagai defendan diwakili Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.
Saman difailkan Nizar itu berhubung dua perenggan dalam laporan berita bertajuk, ‘Pendekatan Nizar mirip DAP’ yang mengaitkannya ‘menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP’.
Ekoran keputusan Hakim D. Sunita Kaur Jessy itu, Razman perlu membayar jumlah saman tersebut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman.
mdl
Picture

7 ulasan:

  1. Syabas Razman kerana berani menyatakan kebenaran

    BalasPadam
  2. Apa yang saudara takrifkan sebagai kebenaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer kebenarannya ialah PANdir memang proksi dan barua DAPigs

      Padam
  3. Kesihan lihat PAS dibawah Hadi, ulamak2 dlm pas sampai sekarang tak menasihatkan anak buah mereka tentang "FITNAH" datangnya dari anak buah mereka.Salah satu sebab si Razman menyangka dia dalam kebenaran.

    Kalau parti PAS,tak membabitkan nama islam taapa!! Islam sudah tercemar,nanti rakyat umum boleh kata "fitnah" taada masaalah demi "kebenaran"..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu nasihat dari ulamak sebab ianya bukan FITNAH, dah terang dan jelas PANdir adalah barua DAPigs

      Syabas Razman kerana berani memperjuangkan kebenaran seperti yang dituntut oleh Islam, kalau tak cukup duit lancarkan tabung derma, macam Rapiji.

      Tapi jangan ikut macam Rapiji, lancar tabung derma lepas tu Rapiji bayar Rapiji untuk menggelapkan duit derma

      Padam
  4. Cara orng dungu beri jawapan,dah kalah dapigs/ rafizi jadi mangsa,sendiri berak merata-rata,busuknya di mana-mana,orng lain dituduh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rapiji lah yang memangsakan kalian semua, Rapiji bayar Rapiji, yang kaya Rapiji yang dungu pengikutnya

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive