Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 04, 2017

AMANAH, DAP sokong titah TMJ bidas kuota politik dalam jualan tiket Piala Malaysia

Tengku Mahkota Johor layak untuk titahkan agar laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dilepaskan dari OSA, kata Husam Musa.

Teguran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail terhadap tindakan ahli politik dan pemimpin tertentu yang memperalatkan jawatan politik bagi membolot tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 4 November ini mendapat sokongan AMANAH dan DAP Johor.

Suhaizan Kaiat
Naib Pengerusi AMANAH negeri Suhaizan Kaiat berkata, kenyataan tegas Tunku Ismail amat bertepatan dengan suasana dan tepat pada masanya.
“Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail yang bertegas untuk tidak memberi ruang kepada orang politik menggunakan pengaruhnya bagi membolot hak rakyat.
“Walaupun isu tiket bolasepak adalah isu kecil tetapi itulah simbol diskriminasi selama ini,” ujar Suhaizan Kaiat.
Menurut beliau lagi, sikap berat sebelah dalam pemberian tender kerajaan sebagai contoh sudah menjadi amalan biasa bagi pemimpin Umno-BN dan budaya ini merebak kepada perkara-perkara yang lebih kecil seperti pengagihan tiket perlawanan bolasepak.
Suhaizan juga memberikan contoh diskriminasi dalam pemilikan rumah di Johor apabila ‘kuota menyokong kerajaan’ hanya dibolot anggota Umno-BN tanpa diberi ruang kepada rakyat umum khususnya penyokong parti pembangkang.
“Dalam isu kuota tiket ini pun kita dapat lihat bagaimana disriminasi sudah menjadi amalan pemimpin Umno-BN seperti yang dinyatakan Tunku Ismail.
“Sememangnya Umno-BN wajar belajar untuk mengenal jerih rakyat seperti penyokong bola sepak JDT dan Kedah bukan dengan hanya goyang kaki dan minta tiket secara percuma untuk diberikan kepada kroni mereka,” ujar Suhaizan.
Tiket perlawanan bola sepak, jelas beliau sepatutnya boleh dijual secara atas talian tanpa peminat bola sepak beratur panjang sehingga membazir masa.
Sebelum ini penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 antara pasukan negara menentang Thailand juga kecoh apabila jumlah tiket yang besar diberikan kepada ‘orang politik’ sehingga ramai penyokong setia bola sepak negara gagal mendapatkan tiket.
“TMJ hanya menyerahkan 600 tiket sahaja kepada Menteri Besar Johor walaupun beliau memohon 1000 tiket. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Umno-BN di Johor,” ujar beliau.

Sheikh Omar Ali
Mengulas isu yang sama, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menyokong titah Tunku Ismail bahawa bola sepak adalah hak milik rakyat dan bukan untuk dipolitikkan.
“Memang benar, semangat kesukanan adalah milik semua, bukan untuk dimanipulasi bagi tujuan kepentingan pihak-pihak tertentu.
“Mesej menerusi titah TMJ ini adalah amat penting sekali. Sukan merupakan salah satu elemen yang sewajarnya menyatukan rakyat apatah lagi dalam konteks Johor menerusi gelombang kebangkitan pasukan bola sepak JDT,” kata Sheikh Omar.
Beliau turut menyentuh ‘printscreen’ yang tular di media sosial berhubung penjualan tiket di lokasi-lokasi tertentu termasuk di Kluang.
“Sekiranya ia benar, kita berasa amat dukacita. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Kita menjunjung saranan TMJ, para penyokong adalah nadi bolasepak JDT,”katanya.
Menurut Sheikh Omar, sebahagian rakyat khususnya anak muda tidak memilih untuk melibatkan diri secara aktif dalam politik justeru pengagihan tiket perlawanan bola sepak melalui saluran politik akan menguncupkan ruang perpaduan dan semangat patriotisme rakyat.
Sehubungan itu, katanya Pakatan Harapan Kluang mengambil inisiatif mengadakan tayangan skrin besar di kedai makan Anuar dekat Taman Muhibbah Paloh bagi membolehkan masyarakat setempat mengikuti siaran langsung perlawanan akhir JDT menentang Kedah pada malam 4 November ini.
“Di dalam atau di luar stadium, semangat, sokongan dan doa bangsa Johor tetap bersamamu JDT,” ujar Sheikh Omar.
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. Sukan pun nak dipolitikkan, seiring je PANdir dengan DAPigs, satu kandang

    Cuma kelebihan ada pada DAPigs, sebabnya PANdir hanyalah bahan ujikaji dan peliharaannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meroyan sgt dah PANxxx dan bapak dapigs nya...hehehe
      Kenapa tak politikkan isu tanah runtuh dan banjir di penang????
      Mgkin mrk kena sindrom mamak kerala...tak nampak dan TAK TAHU...hehehe

      Padam
  2. penyokong tegar kedah:
    group stage. sokong di stadium
    suku akhir. sokong di stadium
    semi final. sokong si stadium
    final. tgk dlm tv jek... (org umno
    yg x berapa minat bola pun dpt tiket) siap sponsored dgn bas lg.. hahahah

    BalasPadam
  3. Harap harap JDT tumpas malam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang DAP orang Amanah ni bukan orang politik ke? orang politik nak ulas supaya bola tidak d politik kan oleh lawan politik, ibarat pengadil bolasepak yang berat sebelah.
      Aku pun harap JDT hancur mlm ni sbb mereka ni MERAK sangat.

      Padam
    2. JDT akan membenam Kedah 2.0 malam ni

      Padam
    3. Yess, hebat JDT

      Padam
  4. Admin tak nak ke ulas pasal banjir yang melanda Penang?

    Paling tidak pun panggil la pengikut Haprak untuk bersolat hajat dan berdoa kepada Allah

    Solat Hajat Perdana, minta dipermudahkan segala urusan menyelamat nyawa dan harta benda

    Admin jangan asyik nak mengutuk je, kadang-kadang kena la merendahkan diri minta bantuan

    Hanya doa dan solat hajat sajalah yang dapat melemahkan musibah

    Bukan berpesta arak sakan, itu mengundang bala dan menguatkan musibah

    BalasPadam
  5. Di Penang DAP berUG dgn UMNO manakala di kelantan, PAN berUG dgn UMNO juga utk rampas kelantan..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...