Iklan Penaja 1

Picture

Isnin, September 18, 2017

Tanamkan minat, bukan paksa anak hafal al-Quran


Zolkharnain Abidin
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak terlalu mendesak anak masing-masing untuk menghafal al-Quran sebaliknya menanamkan minat untuk mereka mendalami kitab suci itu.
Menurutnya, anak-anak perlu mempunyai kemahuan dan minat mendalam untuk menghafal al-Quran dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
“Kalau nak mereka hafal al-Quran, tanamkan minat, bukan paksa. Jangan bimbang, tak hafal al-Quran pun boleh masuk syurga.
“Jangan paksa anak hafal al-Quran pasal kita percaya mereka nak syafaat kita akhirat esok. Beramallah sendiri, jangan harap orang lain beramal untuk kita,” ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Berkongsi pengalaman beliau dan rakan-rakannya sekitar 1980-an dalam memilih bidang tahfiz tanpa paksaan pada usia kesemuanya berusia 17 tahun ke atas, Ustaz Zolkharnain berkata, mereka pada masa ini berjaya dalam bidang masing-masing.
“Lain dengan anak-anak yang umur 9, 10, 11, 12 tahun. Ramai yang masuk bidang tahfiz sebab pilihan, desakan atau paksaan ibu bapa.
“Mereka masuk bidang ini dengan separuh hati, bahkan ada yang tak ada hati langsung,” ujarnya sambil meminta maaf bukan mahu menyalahkan ibu bapa yang terbabit.
Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu berkata, tindakan memaksa anak memasuki bidang tahfiz tanpa menitikberatkan mutu dan aspek keselamatan premis pusat hafalan itu terbukti membahayakan nyawa.
“Akhirnya, pilih pusat tahfiz swasta yang kualiti akademik dan pengurusannya longgar, asalkan anak mereka boleh dikurung untuk hafal al-Quran.
“Letak dalam bangunan sesak, satu pintu, letak jeriji, takut budak-budak tu lari. Penyudahnya, jadilah macam yang jadi itu,” jelasnya merujuk kepada tragedi kebakaran pusat tahfiz di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, 14 September lalu.
Kunci pintu
Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Abdul Shukor Hussin menegaskan tanggapan sesetengah ibu bapa dengan menghantar anak ke pusat tahfiz sebagai penolong mereka di akhirat adalah salah.
Syurga hak Allah, ujarnya, dan tiada sebarang jaminan kerana hasrat memasuki syurga bergantung pada usaha masing-masing.
“Jangan mengorbankan anak ke tahfiz hanya untuk matlamat ini, sebaliknya ibu bapa perlu memahami dan mengatur pendidikan anak mengikut kemampuan mereka,” jelasnya dipetik dari akhbar Berita Harian semalam.
Felo Utama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, ibu bapa perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang, sistem pengajian, guru serta prasarana yang kondusif dan selamat sebelum menghantar anak mereka di pusat tahfiz.
Dalam hal berkaitan, sebahagian besar pusat tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negara didedah tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) selain tidak berdafatr dengan pihak berkuasa agama negeri.
Di Melaka contohnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengesan sebanyak 38 daripada 53 iaitu 72 peratus sekolah agama swasta di bawah Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPS) di negeri itu berisiko terdedah kepada bahaya apabila gagal menepati spesifikasi pelan keselamatan bangunan.
Bahkan, empat pusat tahfiz di Melaka dilapor semalam enggan mengisi borang untuk tindakan lanjut bagi tujuan pendaftaran sekaligus wujud kemungkinan bangunan pusat tahfiz terbabit tidak mematuhi piawaian keselamatan.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dilapor memberitahu terdapat warden dan murid sendiri di sebuah pusat tahfiz di Seremban dalam pemeriksaan mengejut pada 15 September lalu tidak mengetahui di mana kunci pintu yang menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan disimpan.
mdl
Picture

16 ulasan:

  1. Tak dengar pulak PANdir bantu sekolah tahfiz, sembang semua orang boleh sembang, nak buat macamana memang jenama PANdir ni hanya sembang kosong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. DUP pun tk dgr bantu tahfiz. pemuda pas pun tk dgr. hj hadi lagi la tk dgr.

      bro..... tk dengar bukan makna takde

      sekarang bantu byk melalui online bankin.. tk perlu canang pun.

      dh tk dgr tuduh org sembang kosong... hanya pas saja lah yg islam, hanya pas sajalah yg bantu islam..

      tu sebb ruu355 tak siap2. sebb pas nk pahala saja bukan nk ruu355 dilaksana. itu semua dunia belaka kan

      Padam
    2. Pemuda PAS melancarkan tabung dimerata-rata surau2 dan masjid2 yang dimiliki oleh PAS, mereka bergerak dalam diam, bukan macam PANdir riuh rendah hanya untuk publisiti. Nasib baik PANdir tidak memiliki surau dan masjid, kalau tak habis semua jemaah diautanya.

      PAS bukan Islam, PAS adalah parti yang membawa perjuangan Islam, jangan salah tafsir bro. PAS Bukan macam PANdir mudah dibaruakan oleh DAPigs.

      PAS bukan nakkan pahala bro, PAS cuma mengharapkan rahmat dari Allah swt, apabila ada rahmatNYA maka dapatlah pahala, RUU 355 adalah satu ujian kepada pemimpin-pemimpin Islam yang menduduki kerusi empuk yang telah diamanahkan oleh rakyat serta tanggungjawabnya terhadap Allah swt, bukan tanggungjawab pada DAPigs, itu bezanya PAS dan PANdir.



      Padam
  2. bagus betul ulasan tuang2,saya cadang tutup semua tahfiz seluruh malaysia,tangkap dan penjara semua org tanggungjawab tahfiz, kemudian serahkan semua urusan tahfiz pada utsaz,porofesor dan sewaktu dgnya. anak tak minat pergi sekolah jgn paksa mereka.mereka minat ganja, beli ganja suruh hisap banyak2,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tua bangka baru mereka mengaji Quran, kecil2 ni bagi mereka hisap ganja puas2, bila dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar mengaji, PANdir oh PANdir.

      Padam
    2. dh tua2 belajar quran bagus. ilmu tk kira tua. at least ada keinsafan bila dh tua.

      yg lbh bahaya bila rasa dh ulamak maksum. tp menyokong kezaliman dan syiah. yg bahaya bila merasa dia sajalah yg islam dgn kupiah dgn serban jubah.. tp akhlak serupa abu jahal.

      mengaji hegeh2 tkpe. jgn sombong bongkak riak takabur dan rasa dah suci.. penat je jadi ulamak tp rasa dh sempurna dn anggap org lain dosa belaka.

      dh tu guna agama utk assobiyah. guna agama utk kafirkan org lain. guna agama utk halalkan kezaliman.

      org yg zalim dh tua2 hegeh2 rompak duit Negara tk pulak ditegur. disokong pulak. patut dh tua2 tu hentikan hegeh2 rompak duit. tk mengapa dh tua2 hegeh2 nk belajar agama.

      PASesat

      Padam
    3. Perlunya mengaji Quran dan hafalan dimasa kanak-kanak lagi, bila muda dah banyak ilmu didada, boleh mengajar Quran dan boleh juga menjadi imam kepada situa bangka yang baru nak insaf.

      Maksum ni hanya tuduhan kamu saja, dan menyokong kezaliman dan syiah pun hanya fitnha kamu juga, boleh bagi bukti? Tanpa bukti macam kata nobody kamu bukan manusia kamu adalah babi yang menbur fitnah.

      Siapa yang bongkak, sombong dan takabur dan merasakan diri itu suci? TGHA ke? Tuduhan ni dah basi dah, kami faham segalanaya, hanya kerana TGHA dan PAS tidak bersama dengan DAPigs maka timbullah tuduhan fitnah ni.

      Seperti yang aku kata, kalau kamu tuduh tanpa bukti seperti kata nobody, kau buakan manusia kau adalah babi yang menabur fitnah.

      Tua bangka macam Madey bila nak insaf dan berhenti dari memperbodohkan rakyat, elok Madey mula mengaji Quran sebelum terlambat.

      Padam
  3. Pan tunggu kalau2 dap ada nak komen pasal isu sekolah tahfiz.. tapi bila didapati dap tak ada nak komen apa2, maka barulah pan berani nak komen..

    Bila pan buka mulut aje habis disalahkan parents yg hantar anak2 ke pusat tahfiz.. bila bercakap mengenai pengalaman dia sendiri yg mula belajar tahfiz di usia 17 tahun; dgn secara tak langsung dia menyalahkan parents yg hantar anak2 ke tahfiz pd usia semuda 10 tahun dan ke atas.. dengan erti kata lain dia menyalahkan parents pusat tahfiz di datuk keramat yg telah ditimpa ujian Allah baru2 ni..

    Aku yakin jika ada dap keluarkan bantuan kpd pusat2 tahfiz, pasti bunyi komen para barua ni jadi kot lain pulak.... dasar kaki klepet cenggitu lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia belajar tahfiz dia tau lah fenomena yg berlaku walaupun bukan semua.

      kau tk belajar tahfiz apa kau tau.

      dap bantu naikkan elaun tahfiz dan kemajuan agama islam di penang. melayu bakar tahfiz.

      dap menghargai budak2 tahfiz sebb kata guan eng mereka budak2 yg baik.

      tp ada aspek2 yg perlu diperbaiki supaya tahfiz dpt dimantapkan lagi. mungkin hikmah nya kebakaran itu ada.

      Padam
    2. Memang budak2 tahfiz ni budak2 yang baik, tak perlu pujian dari Lim Go End pun semua tahu buadak2 tahfiz ni terpelihara akhlaknya, sebab tu kita perlu mengasuh dipusat tahfiz dari kanak-kanak agar moral dan maruah terjaga.

      Bukan biarkan mereka melepak, hisap dadah, minum arak dan jangan biarkan mereka hanyut dengan maksiat yang banyak seperti Penang dan dah tua bangka baru nak insaf.

      DAPigs naikkan elaun tahfiz dengan duit dari aktiviti maksiat.

      Ini aku setuju, naikkan taraf tahfiz, perbaiki kelemahan supaya pusat tahfiz menjdi lebih mantap, bukan memperlekehkan usaha orang lain.

      Padam
  4. Tu dia Pengarah Hal Ehwal Syariah PANdir yang begitu terbuka mindanya, budak2 jangan dipaksa menghafal Al Quran, dah tua bangka baru terhegeh-hegeh belajar mengaji, tanamkan minat saja sudah cukup, sama juga dengan pembelajaran sains dan matematik pun jangan dipaksa untuk menghafal sains, matematik dan segala jenis pembelajaran. Begitukah yang dimaksudkan oleh Pengarah Hal Ehwal Syariah PANdir?

    Kehkehkehkeh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu punya ulasan dia cuma layak jadi Pengarah Hal Ehwal Phariah PAN..

      Padam
    2. nk komen pun jgnlah fitnah. bila masa ust ckp jgn paksa matematik atau sains.

      hafal quran bukan satu yg mudah. memang tk boleh dipaksa.

      ust cuma nk bgtau jgn kita sempitkan otak. paksa anak jadi hafiz utk bantu kita akhirat nanti. tp kitanya sokong org zalim dan assobiyah.. mana nk dpt syafaat nya walaupun anak tahfiz.

      yg patut dipaksa ialah tekan pemimpin perompak turun dpd jawatan.

      Padam
    3. Itulah persoalannya, adakah hanya pembelajaran sains, matetmatik dan segala pembelajaran akademik memerlukan penekanan dan paksaan tapi apabila Al Quran hanya tanamkan minat sudah mencukupi?

      Pasal bukan mudah la mereka perlu diberikan penekanan dan paksaan dari kanak2 lagi, bila dah tua bangka macamana nak paksa, lidah dah keras dan kelu.

      Itu pendapat ramai ibubapa, dengan menghantar anak2 mereka ke tahfiz mereka berharap dapatlah anak2 mereka menjadi insan yang berakhlak mulia, menjadi imam, ustaz dan mungkin juga akan menjadi ulamak tersohor macam TGHA, mereka bimbnag dengan gejala LGBT.

      Memang itulah yang akan PAS lakukan pada PRU 14 nanti, tapi ada pulak pemecah undi seperti Bunga Raya dan PANdir.

      Padam
  5. Poin penting tanamkan minat,kahwin pun tak boleh paksa,paksa agama Kita atas orang lain bolehkah? Menghina kaum lain dengan kata kata dappig pan dir ternyata bukan akhlak mulia

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive