Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, September 19, 2017

Panas!! Benarkah KWSP setuju melabur di AS?

Adakah keputusan kerajaan untuk melaburkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat sokongan jawatankuasa pelaburan agensi terbabit atau terdapat ‘campur tangan politik’, soal Ahli Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua.
Beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti bahawa keputusan untuk melabur sebanyak AS$3 bilion daripada KWSP di Amerika Syarikat (AS) mendapat persetujuan jawatankuasa pelaburannya.
“Memandangkan Datuk Seri Najib mendakwa keputusan itu bukannya dibuat oleh ahli politik, kami ingin bertanya jika jawatankuasa pelaburan KWSP telah membuat keputusan untuk melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat?” soalnya.
Najib berkata keputusan untuk melabur di AS bukan dibuat oleh ahli politik, sebaliknya oleh jawatankuasa pelaburan KWSP.
Menurut Tony, jika pelaburan itu tidak dipengaruhi oleh politik, dan jika KWSP tidak memutuskan untuk melabur jumlah tertentu di AS, ia bermakna Najib membuat janji kosong kepada Presiden AS Donald Trump.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu menjelaskan, meskipun KWSP mempunyai hak untuk menentukan pelaburannya di luar negara selepas menjalankan analisis wajar, bagi rakyat Malaysia, tindakan itu tidak wajar.
Malang lagi, keputusan Najib mahu berbelanja berbilion-bilion ringgit menyokong ekonomi AS dibuat ketika Malaysia memiliki keperluan mendesak.
“Namun, bagi rakyat Malaysia, tidak ada resolusi atau komitmen yang KWSP mahu melabur jumlah yang besar itu untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.
“Kita tidak mempunyai wang untuk membina infrastruktur sendiri dan perdana menteri kita mahu membantu menjadikan Amerika hebat sekali lagi,” katanya.
Beliau juga berkata, tindakan Najib itu jelas cuba mengambil hati Trump supaya kerajaan AS berlembut terhadap langkah Jabatan Kehakiman (DoJ) untuk menyita aset-aset 1MDB.
“Kita menyeru KWSP dan Khazanah Nasional untuk mengekalkan disiplin kewangan bebas, bebas daripada campurtangan dan tekanan politik dalam menjalankan mandat pelaburan mereka,” tegasnya.
Dalam lawatan selama tiga harinya ke AS, Najib mengumumkan KWSP bercadang untuk melabur sebanyak AS$3 bilion (RM13 bilion) kepada AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula infrastruktur AS.
mdl
Picture

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Najib memang gila, Madey lagi lah gila, ditambah pulak dengan Lim Kit Sial dan Lim Go End maka bertambah-tambah gila la jadi nya, ayuh semua kita kuburkan BN dan PH pada pru 14 ni, pilihlah Gagasan Sejahtera, baru rakyat bahagia dunia dan akhirat.

      Padam
  2. Bodoh macai haprak nie...
    Duit kwsp mana boleh guna utk bina infrastruktur.Bodoh!!!
    Lainlah klu buat lebuhraya dan kenakan tol ikut perjanjian era mahdey yg berlipat ganda baru dpt untung besar.Duit tol jadikan bonus dan dividen kpd pencarum kwsp.Paling koman pon...bina tandas awam dan charge rm100 sekali pakai baru dpt untung besar...hehehe
    Utk makluman macai2 haprak...kwsp akan melabur setelah semua SOP dipatuhi.Rasanya ceo baru kwsp tu bukan org politik dan dungu mcm macai haprak...hehehe.Kena ingat ini bukan era mahdey yg boleh buat sukati...hehehe
    Berkenaan 1mdb hrp macai jgn dgr sgt dpd mulut puaka tua mahdey tu.Mahdey sendiri pon tak tahu kes forex yg hilang lbh 30billion yg nilainya skrg rm100billion zaman dia jd peeM.Klu ikut pelaburan bnm(forex) wajib diketahui oleh mantan menteri kwgn si kroni mahdey iaitu tun daim ketika itu.Malang sekali dia turut jd pelupa...hehehe
    Kita tggu pulak mantan menteri kewangan yg seterusnya si anwat pulak...apa pulak jwpn dia...hehehe
    Jgn2 dia jd pelupa juga setelah comolot dgn mahdey.....hehehe
    Macai..kes 1mdb dah dibawa ke mahkamah doj amerika dan tiada kes slps habis siasatan dilakukan.Kali kedua anjeng mahdey timbulkan balik kes tersebut tapi syarat doj mudah...org yg menuduh perlu bawa segala bukti tapi sampai skrg bukti2 tak sampai dpn pintu doj amerika.Ingat mahkamah amerika tu tak ada SOP kerja ker???Mrk bukan dungu mcm macai haprak...hehehe
    Errr...bilakah mrk nak bawa dan angkut segala bukti2 tersebut ke mahkamah doj amerika???Bukan main bnyk bukti2 yg didengar tapi satu pon blm dibawa ke amerika.Adakah haprak takut kalah mcm fitnah rm90juta sr ke atas pas????
    hehehehe.....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive