Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, September 26, 2017

Husam Musa dakwa Pas dalam dilema

Husam dakwa Pas dalam dilema


Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa mendakwa Pas dalam dilema apabila ada pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama membabitkan BN.
Beliau berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat halangan daripada beberapa pemimpin parti itu untuk melakukan kerjasama, lapor BH Online.
Bagaimanapun, katanya, jika Pas tidak melakukan kerjasama dengan BN, ia dijangka hilang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
“Untuk memperoleh kemenangan, Pas perlu bergabung dengan mana-mana parti termasuk BN atau menyertai pakatan pembangkang.
“Namun, perkara itu menjadi sukar kerana pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama terbabit menyebabkan PAS kini seperti dalam dilema,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab dan Kampung Penambang, hari ini.
Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah bahawa parti itu bercadang untuk bertanding lebih 100 kerusi pada PRU-14, Husam berkata kenyataan itu sekadar ugutan kepada pakatan pembangkang.
“Pas sebelum ini menyatakan akan bertanding di 40 kemudian 80 dan kini 100 kerusi pula tetapi belum lagi ada sebarang kerjasama dibuat. Saya rasa itu hanya menjadi ugutan saja,” katanya.
Dalam pada itu, Husam berkata, pemimpin pertengahan Pas perlu mendesak pemimpin tertinggi mereka untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu.
mdl
Picture

8 ulasan:

  1. Kaki klepet macam ni pun blogger nak percaya..

    BalasPadam
  2. pas mana boleh masuk bn. mca mic dan parti komponen sabah sarawak tak setuju da.. sapa nak kasi kerusi pada pas. itu pasal pas lone ranger.. bole masuk 100 kerusi pun takpa. akan ramai wakil pas bangga jadi calon. kalah pun tarak apa. najib boley tolong angkat jadi menteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas sudah ada Gagasan Sejahtera.. lupakan yg lain..

      Padam
  3. Husang yang dilanda dilema sebenarnya selepas husang menipu bermimpi jumpa ATGNA sebanyak 15 kali.

    Biasanya mukmin mengharapkan mimpi bertemu Rasulullah SAW tapi husang bermimpi jumpa syaitan. Kesemuanya dah ditugukan dan dibatu asaskan oleh husang kaki auta sama taraf dengan wan rohing kuasa 10.

    Kahkahkahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada org mimpi nabi. rupa nabi sapa pun tak pernah tengok. tak kenal.

      Padam
  4. Husam yang berdilema sebenarnya, siapa-siapa yang nak tahu sejauh mana delimanya Husam, boleh hadir ke Markas PAN (Wima Tok Guru, kononnya)di Jalan Salor, Kota Bharu setiap hari jumaat. Boleh tengok berapa kerat yang hadir dalam program mingguan yang dianjurkan oleh PAN(PH) disitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminsihat saya cadangkan silalah amik gambar dan berikan kpd blogger utk disiarkan..

      Padam
    2. Kiro sekali hok view dan like kat youtube bohhh..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive