Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 14, 2017

PH mampu tawan lebih 10 kerusi Parlimen di Kedah

Logo PH terkini

iklan : www.gajimasyuk.com
Pakatan Harapan (PH) mampu untuk menambah tujuh lagi kerusi Parlimen di Kedah disamping lima kerusi sedia ada yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang lalu.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sokongan dan senario politik yang ada kini, setelah Pas memperlihatkan sokongan mereka kepada Umno dan BN.
Selain itu hilangnya keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno dan BN dalam pelbagai isu nasional membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah skandal 1MDB yang belum diselelsaikan.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika mengulas mengenai peluang Pas dan BN di Kedah.
Menurut beliau lagi, kerusi Parlimen Padang Serai, Alor Setar, Sungei Petani, Kuala Kedah yang dimenangi oleh PKR akan kekal mendapat sokongan rakyat Kedah dalam pilihan raya yang akan datang.
Manakala kerusi Parlimen Pokok Sena yang diwakili oleh Datuk Mahfuz Omar akan menjadi milik PH bukan suatu igauan.
"Dalam pilihan raya umum ke 14, sokongan Umno di Kedah akan berpecah apabila Bersatu akan menjadi pilihan mereka yang tidak lagi menyokong Umno dan BN.
"Penyokong Pas yang telah begitu ramai keluar parti dan mendokong kepimpinan PH akan memberi sokongan kepada Amanah.
"Sementara itu PKR dan DAP akan tetap mendapat sokongan sepertimana yang pernah mereka perolehi dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu, " jelas beliau.
oadposition myposition} Beliau juga berkata, antara kerusi yang telah diintai dan mampu dirampas dari tangan Umno dan BN adalah kerusi Parlimen Sik yang tidak dipedulikan oleh BN.
Malah katanya, kos sara hidup yang amat menekan serta kegagalan kerajaan negeri mengatasi masalah kemiskinan yang amat meruncing di kawasan parlimen tersebut membuktikan kegagalan mereka sebagai kerajaan yang memimpin.
"Kerusi Parlimen Langkawi yang begitu sinonim dengan Tun Mahathir bukan suatu fantasi lagi, sebaliknya mampu dirampas dari tangan Umno tidak lama lagi.
"Begitu juga dengan kerusi bagi kawasan Jerlun telah sebati dengan keakraban Datuk Seri Mukhriz sejak menjadi Menteri Besar serta sebelum itu lagi.
"Kubang Pasu juga merupakan satu lagi kerusi yang mempunyai potensi besar bakal dirampas oleh PH dalam pilihan raya umum yang akan datang, " ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, kerusi Parlimen Merbok yang pernah dimenangi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 tidak mustahil mampu dirampas kembali kali ini oleh PH.
"Kerusi Jerai yang pernah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umun 2008 yang lalu, akan turut berjaya ditawan tidak lama lagi.
"Padang Terap yang kini diwakili oleh Umno, turut menunjukkan perubahan besar yang mampu mengejutkan Umno dan BN dalam keputusan yang akan diperolehi dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Daripada senarai 36 kerusi Dun yang ada, PH mampu menambah lagi 15 selain dari kerusi sedia ada seperti Lunas, Bakar Arang, Bukit Selambau, Sidam untuk menjadikan Umno dan BN sebagai pembangkang sepertimana yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008 dulu, " tegasnya.
Negeri Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang mana kemenangan telah berjaya diperolehi dalam pilihan raya umum ke 12 apabila gabungan bersama Pas, PKR dan DAP telah berjaya membentuk kerajaan negeri ketika itu.
mdl
Picture

2 ulasan:

  1. Baguslah jika ianya bukan kerusi pas.. kalau tidak kami akan tetap pertahankan kerusi pas..

    BalasPadam
  2. Pakatan Harampan memang terkenal dengan angan-angan kosong...

    Kahkahkahkah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...