Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, September 10, 2017

Selangor, Pulau Pinang bukti PH boleh tadbir Putrajaya

Konvensyen AMANAH Selangor
Selepas dua penggal mengemudi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan baik tiada sebab Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mentadbir Putrajaya pada pilihan raya akan datang, tegas Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim.
Menurutnya, apa yang diperlukan pada pilihan raya umum akan datang adalah sokongan dan kepercayaan rakyat untuk PH menggantikan BN di Putrajaya.
Beliau berkata, kedua-dua negeri tersebut mampu melaksanakan pelbagai program meningkatkan kesejahteraan rakyat kerana tidak korup dan boros mentadbir seperti pemimpin Umno-BN.
Izham Hashim 340"Kedua-dua negeri Pakatan Harapan ini mampu melakukan semua ini kerana pimpinan negeri-negeri tersebut tidak mencuri duit rakyat, tidak rasuah dan tidak membazir seperti pemimpin Umno-BN dalam kerajaan pusat," ujarnya dalam ucaptama di Konvensyen AMANAH Selangor hari ini.
Berbanding kerajaan pusat yang dikuasai BN dengan bajet tahunan mencecah RM270 bilion, jelasnya, kerajaan negeri Selangor hanya mempunyai belanjawan tahunan sekitar RM3 bilion tetapi mampu menjaga kebajikan rakyat jauh lebih baik.
"Pelbagai program kesejahteraan rakyat berjalan lancar termasuk air percuma, Skim Usia Emas, bas percuma, Skim Peduli Sihat dan pelbagai program sedikit sebanyak berjaya meringankan beban rakyat.
"Malah, kakitangan awam di Selangor menerima dua bulan bonus dan mungkin tiga bulan tahun ini berbanding bantuan kewangan RM500 kepada kakitangan awam Persekutuan.
"Begitu juga prestasi yang baik di negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang selesa dengan pelbagai program kesejahteraan rakyat.
"Mungkin ramai kakitangan awam Persekutuan minta pindah ke Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam ucapan bertemakan 'Menjunjung Amanah Rakyat' di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah.
Anak muda terperangkap 
Mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kemerdekaan ke-60 baru-baru ini, Izham turut menegaskan pimpinan negara yang dikuasai Umno-BN bukan sahaja langsung tidak menghayati konsep pengorbanan dalam kedua-dua sambutan itu sebaliknya menjadikan rakyat sebagai korban melalui polisi menindas dan zalim.
"Keadaan ekonomi negara bertambah teruk apabila pemimpin kleptokrat terlibat merompak wang negara melalui silap mata licik menggunakan 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
"Berpuluh-puluh bilion ringgit wang negara telah lesap dan sehingga hari ini tiada siasatan menyeluruh mahu pun sebarang tangkapan dibuat berhubung skandal ini.
"Perbelanjaan boros dan rasuah menjadi mainan harian kerajaan Umno-BN menyebabkan kantung negara hampir kering," ujarnya.
Beliau menyifatkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan langkah penarikan subsidi terhadap barangan keperluan rakyat sebagai jalan mudah Umno-BN mencari wang yang akhirnya memangsakan rakyat bawahan.
"Anak-anak muda terperangkap dalam hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan berdepan pengangguran apabila selesai belajar.
"Jika ada pun pekerjaan, gajinya tidak setimpal dan tidak mencukupi untuk menyara kos kehidupan apatah lagi untuk membayar (pinjaman) PTPTN.
"Pemilikan rumah dan perkahwinan menjadi agenda paling akhir dalam hidup mereka menyebabkan permasalahan sosial yang semakin kronik," katanya.
Izham turut menegaskan pendapatan negara sebenarnya adalah mencukupi untuk memelihara kesejahteraan segenap lapisan rakyat.
"Keadaan menjadi sukar kerana tindak-tanduk pemimpin yang rasuah, merompak dan boros.
"Mereka tidak punya sifat amanah dan maruah diri dalam menjalankan tugas dan mandat yang diberi rakyat lantas sudah hilang kelayakan menjadi pemimpin negara ini," tambahnya lagi.
mdl
Picture

15 ulasan:

  1. Nanti banyak la pulak pusat judi, kelab malam dan segala maksiat berteraburan kat Putrajaya, buktinya lihat saja di Selangor dan Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut la negeri lain dari Pg Dan Selangor ta ada judi,kelantan sebut apa judi yg ta ada,semua ada bahalolhoi..

      Padam
    2. Kelantan aktiviti maksiat ditegah dan tidak diberikan lesen, kerajaan Kelantan tak makan duit hasil cukai dari aktiviti maksiat, HARAM. Penang kalau tak ada hasil cukai dari aktiviti maksiat alamatnya Penang akan lebih mundur dari Kelantan, faham ke?

      Padam
  2. Lesen perjudian dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO dan penguatkuasaan pula oleh D9 PDRM. Agak-agaknya mereka semua ni tak buat kerja kah? Sebab kejahilan dan kebodohan maka tertulislah komen yang melambangkan kebinggungan si penulisnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ker?
      Bukan pihak pbt di slgor dan penang ker?
      Kenapa negeri lain sgt kurang kedai mesin judi?

      Padam
    2. Bukan pihak pbt slgor n penang yg bagi lesen?

      Padam
    3. Anon 6:15 ptg anggap PH ni suci, kalau PH bagi lesen judi dan lain2 aktiviti maksiat pun dianggap lesen suci juga, lihat saja Madey Mahafiraun, selama 22 tahun berdosa dan mahazalim tapi bila masuk PH terus jadi mahasuci, yang tak sucinya umno dan PAS sebab tak bersama dengan mereka. Bengapnya pengikut Haprak.

      Kahkahkahkah....

      Padam
    4. DAPigs pulak terserlah sikapnya yang anti Islam.

      Padam
  3. PAN bakal menjadikan Selangor sebagai kubu utama mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menampilkan Mat Sabu sebagai calon diperingkat Parlimen dan DUN.Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PAN Selangor yang sekaligus memperlihatkan kemungkinan besar PAN akan menguasai kerajaan Selangor dan calon menteri besar adalah dari parti berkenaan (Mat Sabu kot...?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Sabu kata DAP juara menentang rasuah.

      Tapi, yang kena dakwa beli banglo murah tu bukan KM DAP ker? Yang kena dakwa bagi surat sokong kilang haram tu bukan ADUN DAP ke? Bapa ADUN yang adjust duit tu ustazah ker? Itu baru pegang satu negeri.

      Dahulu bila ADUN Sekinchan tuduh Khir Toyo rasuah beli rumah bawah harga pasaran puak-puak depa suruh letak jawatan bila kena pada Tokong depa kata SPRM bias.

      Tak Gila kah puak puak-puak ini jika bapa kepala Perasuah dijadikan Ketua.

      Dahulu semasa Tun Mahathir jadi PM dan Presiden UMNO, DAP siang malam dok kata Tun Mahathir adalah Kepala Perasuah tetapi sekarang kepala Perasuah sudah jadi geng.

      Kepala Perasuah sudah jadi suci dek puak-puak yang menggelupur nak tawan Putrajaya.

      Padam
    2. Madey adalah seorang individu yang tak boleh dipercayai, selama Madey berada bersama pembangkang tidak pernah pun Madey berucap dengan kalimah perjuangan untuk menentang UMNO, apa yang diperjuangkan oleh Mahazalim hanyalah untuk menjatuhkan Najib bukan UMNO, setelah selesai apa yang dihajati Mahafiraun ni akan kembali kepada UMNO, percayalah. Masa tu Najib pula yang akan keluar dari UMNO dan menyertai Pakatan Harampan dan segala dosa Najib akan disucikan dengan alat pencuci dosa yang dimiliki oleh PH apabila Najib bersama PH kelak. Satu-satunya gabungan politik yang boleh mensucikan dosa2 pemimpin yang lalu ialah PH. Bengap.

      Padam
    3. Tak heran...
      Nampak sgt liciknya mahdey dlm permainan politik kotor.Semuanya demi kuasa dan wang utk anak..waris..proksi dan kroni wlpun umur semakin lanjut.
      Yg kena liwat adalah pihak haprak yg mendambakan mahdey yg 'suci' wlpun sblm ini mrk puas dihina dan dimalukan oleh mahdey depan rakyat.Spt kes forex...gay tua yg puas menyalak dulu pon dah menjilat najis2 mahdey dgn bersekongkol 'menyuci'kan mahdey dlm RCI.Kenyataan kit sial yg ingin memenjarakan mahdey dah bertukar sebaliknya...hehehe
      Rakyat yg bijak sedang mentertawakan pemimpin2 haprak yg kena kuda oleh mahdey.Lucu kan...hehehe
      Benarlah kata seorg rakan...pencuri yg bijak berkata2 akan mudah utk menewaskan kawan mrk demi kelangsungan hidup.Siapakah mrk????
      Golongan pemimpin2 badut dlm haprak....
      kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      X-Reformis 98

      Padam
  4. Tumpang lalu:
    RM60 kalau disimpan tidak akan jadi kaya.
    Kalau dilabur, tidak mungkin rugi.
    Kalau diwakafkan lagilah banyak hasilnya.

    Sila layari:

    Wakaf RM60

    Tkasih.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...