Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 29, 2017

Peguam AMANAH sanjung titah Sultan Johor, Malaysia bukan ‘negara Taliban’

Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara menyokong pandangan Sultan Johor bahawa sifat ekstremis dan ‘taliban’ tidak mempunyai tempat di Malaysia dan gejala seperti ini harus dibendung sebelum ianya berkembang biak.
Sehubungan itu, Kanun menyarankan agar para ulama dapat menyebar luas fahaman dan amalan Fiqh Al-Muwatonah (Fikah Kewarganegaraan) dan Fiqh Al-Waqi’ (Fikah yang berubah dan berbeza mengikut realiti setempat) yang kedua-duanya sangat relevan bagi masyarakat majmuk di Malaysia.
Ahli jawatankuasa pengguna, pekerja & alam sekitar Kanun, Mazwan Johar berkata penggunaan dua konsep fikah itu adalah berdasarkan kaedah syarak dengan mengambil kira maslahah (kebajikan dan kebaikan) dan Maqasid al-Syariah (objektif syariah) untuk mewujudkan keharmonian di Malaysia.
“Kanun menyanjung tinggi titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan sebuah kedai dobi di Muar yang mengehadkan pelanggannya di kalangan orang Islam sahaja kerana dikhuatiri kain basuhan bercampur dengan najis mughallazah (najis berat iaitu anjing dan khinzir),” ujar beliau.
Sultan Johor dilapor menyifatkan tindakan pengusaha dobi itu sebagai ‘karut’ dan bertentangan dengan realiti negeri Johor yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan Johor adalah negeri yang progresif, moden dan sederhana dan bukan sebuah ‘negara Taliban’.
Sebagai ketua Islam di Johor, baginda menyifatkan tindakan pengusaha dobi itu sebagai tidak boleh diterima kerana ianya bersifat ekstremis.
Mengulas lanjut, Mazwan berkata semua warganegara Malaysia perlu belajar hidup dalam kepelbagaian (diversity) dan saling menyokong antara pelbagai kaum dan agama sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 22 yang menyebut bahawa perbezaan bahasa dan warna kulit di kalangan manusia sebagai bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT.
Menurutnya, walaupun Kanun tidak membelakangkan pendapat sesetengah ulama yang berpegang dengan pendapat yang ketat berkaitan hukum najis mughallazah, namun wujud pendapat ulama yang lebih sesuai dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini.
Oleh itu, pihaknya menaruh harapan tinggi kepada Sultan dan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri-negeri supaya menitahkan Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk menganjurkan seminar dan dialog antara kaum dan agama berteraskan Fiqh Muwatonah dan Fiqh Al-Waqi’.
“Kanun juga menyokong pandangan DYMM Sultan Johor bahawa pandangan yang bersifat ekstremis dan ‘taliban’ tidak mempunyai tempat di Malaysia dan gejala seperti ini harus dibendung sebelum ianya berkembang biak menjadi besar.
“Kanun menyatakan pandangan DYMM Sultan Johor itu selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Ruum. Inilah juga yang menjadi asas perjuangan dan kewujudan Parti Amanah Negara iaitu bagi mewujudkan masyarakat yang Amanah, Progresif dan Peduli,” ujar Mazwan.
mdl
Picture

8 ulasan:

  1. Rakyat semua sanjung titah sultan bukan PANdir je....

    BalasPadam
  2. PANdir sanjung titah Dap lebih tinggi...bkn Pesta Beer jer...cukai beer pun nak tlg turunkan...bila Pas nak bentang utk hak org Islam...boleh ckp sial lagi dalam parlimen...aiya

    BalasPadam
  3. dengan ada nya institusi beraja di malaysia rakyat terutama melayu x perlu risau. bebas memilih kerajaan. tak kira sesiapa memerintah. institusi raja tetap di atas. Daulat tuanku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebas pun jgn sampai memilih pemimpin yg sokong pesta arak bro..

      Padam
    2. Puak lebai yg sokong pesta arak.. Sebab sokong umno

      Padam
    3. PAS tak pernah sokong kejahatan umno dan PAS juga tak akan sokong PH disebabkan kedua-duanya sama saja peelnya, arak dan judi adalah punca rezeki bagi umno dan PH, elok PAS bergerak sendirian bagi menghalang kegiatan yang tidak bermoral dan merosakkan masyarakat. Tahniah PAS, tahniah TGHA.

      Padam
  4. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...