
Dalam
tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda
ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak
mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami; lantas menyerang
dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus
perdana yang semakin ketandusan isu, UMNO sedang memaksimakan setiap
helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam
kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika
Pakatan Rakyat berkuasa kelak.
Perhimpunan Agung UMNO yang baru
selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang
berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu
Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan
tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya
dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya mudah;
memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan
menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang
lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang
empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan
hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali.
Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden
13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami
mengerti bahawa Ketua Wanita UMNO cuba untuk menghidupkan semula kareer
politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan
dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan
sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei
itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan
bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat
bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa.
Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan
dan dikategorikan sebagai satu jenayah.
Jelas sekali bahawa
Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni
UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan
liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai
proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam
satu masa! Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan
pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, UMNO sedang
menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels.
Menggunapakai taktik pengulangan ‘penipuan besar’ ini, media mereka
bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara
mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Media UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama
dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis
daripada perwakilan. Menurut UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu
menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah
bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan
ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus pada
pilihanraya akan datang.
Ucapan pembukaan Najib dalam
Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan terhadap
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam
gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang
negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin
yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang
dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan
sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai
alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya
menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat
menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar
menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan
kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun
berdebat dengan saya di dalam gelanggang!
Senarai Blog...Geng
-
Survei Kata BN Pilihan Utama PRU-15 Ini?
-
Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan utama pengunjung dalam kaji selidik
Siapakah pilihan anda dalam PRU-15 yang dijalankan oleh portal UtusanTV.
Dalam...
8 minit yang lalu
-
Umno minta cerai, Bersatu mesyuarat petang ini
-
Malaysiakini Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini,
maklum Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.Katanya, kedudukan Umno
dalam ...
14 minit yang lalu
-
KEADILAN perlu terus berjuang, maruah dan harga diri tiada gantinya
-
POSTED BY AMIR WRLR
Abang Dzulkefly dari KEADILAN Mukah menyeru semua ahli parti yang
dianggotainya supaya meneruskan perjuangan yang dilaungkan sebelum...
2 jam yang lalu
-
ANNUAR MUSA SENGAJA CARI SENSASI ISU LAMA, LEBIH BAIK SAJA MASUK BERSATU SEGERA
-
Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu
kandungan surat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu
merangkap P...
6 jam yang lalu
-
Bekalan Dos Habis Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Bukanlah Di Sebabkan ‘Potong Barisan’ !
-
KUANTAN - Penangguhan pemberian vaksin Covid-19 kepada penerima yang
dijadualkan dari 2 hingga 4 Mac di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di
sini bu...
22 jam yang lalu
-
Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan
-
*SUSUPAN PAGI*
SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya *empat buah *parti
sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusn...
23 jam yang lalu
-
Wanita ini bunuh diri kerana simpati kepada penculik
-
PADA 27 Mei 1933, wanita bernama Mary McElroy berusia 25 tahun sedang mandi
berendam dalam buih ketika diculik oleh empat lelaki. Lelaki-lelaki itu
masuk k...
4 hari yang lalu
-
-
Susu NILOFA
-
*Ada berminat nak beli KLIK SINI*
4 hari yang lalu
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN.
-
Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg
kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan
kewangan...
4 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia
-
*WaLlahu 'Alam*
*KHALID SAMAD*
www.khalidsamad.com
9 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang yan...
3 tahun yang lalu
idea bobrok bapak lembu disokong olih orang tua yang dah nak mati membuatkan parti haprak umno tua akan pupus tak lama lagi!!!!!
BalasPadam