KUALA LUMPUR 23 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mempersoal peranan Perlembagaan Persekutuan dalam undang-undang
Malaysia kerana seolah-olah menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara
aman.
“Yang
kita bangkitkan ialah isu pokok, iaitu undang-undang tentang Akta
Perhimpunan Aman (PAA 2012) kerana ia melanggar hak rakyat,” katanya
ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.
Mahkamah hari ini mendengar hujahan peguam Anwar, Karpal Singh
berhubung isu sama ada Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman
2012 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.
“Dalam masyarakat yang ditadbir oleh undang-undang, mahkamah harus
waspada dalam mempertahankan hak asasi dan teliti dalam memeriksa
mana-mana larangan,” hujah Karpal.
Lanjutan itu, Hakim Kamardin Hashim menetapkan Jumaat depan untuk mendengar hujahan balas pendakwaraya.
Anwar pada 16 Oktober lalu memfailkan permohonan bagi merujuk
persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga pertuduhan berkaitan
perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.
Pada 22 Mei lalu, Anwar dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin
Ali serta Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa di
Mahkamah Sesyen kerana dituduh menyertai protes jalanan yang kononnya
menimbulkan kekecohan di ibu negara.
Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes
jalanan kononnya bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf
Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran
supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian
dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sepanjang Jalan Tun Perak
di sini antara 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April lepas mengikut
Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum
denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga pimpinan itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa
mengikut Akta Perhimpunan Aman yang berkuat kuasa tahun ini.
Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berjaya menarik kehadiran
ratusan ribu rakyat pelbagai kaum yang berhimpun serentak di bandar
utama di Malaysia dan luar negara.
Ia bertujuan mendesak kerajaan membersihkan sistem pilihan raya dan
isu daftar pemilih yang diseleweng Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak
sekian lama./KeadilanDaily
Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
Senarai Blog...Geng
-
Mahkamah denda warga emas tampar budak 2 tahun lebih RM1,000 - KOSMO!DUBAI – Mahkamah Kesalahan Ringan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendenda seorang lelaki Eropah sebanyak 1,000 dirham (RM1,148) kerana menyer...2 jam yang lalu
-
𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮: 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽, 𝗚𝗲𝗹𝗮𝗽, 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝘀𝗵? - Dalam dunia politik, ada 𝙙𝙪𝙖 𝙟𝙚𝙣𝙞𝙨 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 — perang yang diumumkan, dan perang yang sedang berlaku tanpa siapa pun sedar. Dan Rafizi Ra...3 jam yang lalu
-
Polis Menjangkakan Kira-Kira 2.1 Juta Kenderaan Akan Berada di jalan raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali - *BENTONG:* Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini, sempen...16 jam yang lalu
-
TIONG DILANTIK MENTERI OLEH PERDANA MENTERI, BUKAN OLEH ABANG JO - Ada beberapa pengulas di media sosial – agaknya sebab nak mengampu – tidak setuju malah menolak desakan terhadap Perdana Menteri agar memecat Menteri Pel...Sehari yang lalu
-
Siapa bakal menyamai rekod Fuad Stephens sebagai KM Sabah - *ULASAN PIRANE SABAH* *Hajiji Noor*DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah telah pun dibubarkan. Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri Hajiji Noor setelah menda...Sehari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Setahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...3 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Ahad, November 25, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...