Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 07, 2012

Kenyataan Nurul dimanipulasi, mainan politik Umno - DSAI

KUALA LUMPUR – Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini.

“Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius.

“Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media  kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah.

Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk “Melayu bebas pilih agama?” yang disiarkan Mingguan Malaysia.

Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang ditemui di lobi Parlimen, enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.

“Saya dinasihatkan barisan peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut.

“Bagaimanapun saya bersedia bila-bila masa dan bekerjasama untuk disoal siasat oleh pihak Jais jika dipanggil,” katanya./SinarHarianOnline

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...