Beberapa
kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar
laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000
orang.
Dianggarkan 20,000 aktivis berjaya meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.
Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.
"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.
"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.
Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya.
Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat.
Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.
"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.
Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.
Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.
Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.
Turut dilihat dalam perarakan itu ialah para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga./MalaysiaKini
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...