PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh
 kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, 
berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas 
pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu.
Pengarah
 Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan
 tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara 
(MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan 
sebagai kawasan hitam bagi BN.
"Sepertimana yang disebut oleh 
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat 
oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, 
sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga hingga lima 
peratus.
"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu
 di Johor meningkat dua hingga tiga peratus, yang kebanyakannya pengundi
 muda dan golongan kelas pertengahan.
"Peningkatan sokongan 
pengundi Melayu ini, ditambah pula dengan perubahan besar sokongan 
pengundi Cina, akan menjana peralihan undi yang amat signifikan, 
sehingga dijangka tidak kurang tujuh lagi kerusi Parlimen boleh jatuh 
kepada Pakatan di samping kerusi Pakatan yang sedia ada," katanya.
Dalam
 kenyataannya semalam, Dr Zuhdi mendakwa berdasarkan analisis pusat itu,
 sokongan akar umbi BN di 13 kerusi parlimen di Johor berada bawah 50 
peratus iaitu di Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, 
Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan 
Kulai.
Katanya lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut
 bergantung kepada pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat 
keputusan pada saat akhir. 
Daripada kawasan-kawasan tersebut, 
beliau mendakwa, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN
 berada di bawah 44 peratus yang biasanya dikategorikan sebagai kawasan 
kelabu hitam bagi BN.
"Kebanyakannya adalah kawasan campuran, 
iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak 
besar," katanya sambil menambah pola sokongan di parlimen "turut 
mempengaruhi" sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan analisis 
pusat itu, Dr Zuhdi mendakwa, hanya 26 kerusi DUN di negeri itu 
dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu 
dan hitam. Johor mempunyai 55 kerusi DUN.
Beliau juga berkata 
tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar Johor, 
turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi terutama 
golongan muda dan kelas pertengahan.
Dr Zuhdi mendakwa, 
berdasarkan kajian MPN mengenai "tingkah laku pengundi" tentang 
pemilihan calon jawatan itu, Salahudin berada di kedudukan tertinggi 
dengan 74 peratus, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman (71 
peratus) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa 
"tertinggal di belakang".
"Sebenarnya pelantikan menteri besar 
Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya 
Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah 
menetapkan sedemikian.
"Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang 
tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau Pakatan 
menawan Johor. Tindakan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar 
oleh Pakatan sememangnya memberikan kesan positif," katanya.
Sehubungan
 itu, Dr Zuhdi berkata hasil analisis terhadap kajian yang dilakukan, 
Pakatan Rakyat berpeluang menawan Johor didakwa "seimbang dan cerah" 
dengan peningkatan pengundi Melayu susulan beberapa isu termasuk RAPID, 
Felda, Projek Wilayah Iskandar dan kepemimpinan bersih./MalaysiaKini
Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja! 
Senarai Blog...Geng
- 
- 
Peguam, keluarga soal polis, apa status kes bunuh Zayn Rayyan - Malaysiakini Seorang peguam bagi keluarga Zayn Rayyan Abdul Matin — kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang ditemui meninggal dunia di tepi anak sungai...37 minit yang lalu
- 
KALAU DENGAN WARTAWAN PUN KOYAK, ELOKLAH BERHENTI JADI MENTERI - Perbuatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengugut wartawan, hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya, jelas menunjukkan keangkuha...7 jam yang lalu
- 
Perbincangan Awal Bagi Membina Laluan Tambahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Di Pahang Sudah Dimulakan - *KUANTAN: *Perbincangan awal bagi membina laluan tambahan dari landasan asal projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang sudah dimulakan, kata Ketua ...18 jam yang lalu
- 
Selamat tiba Donald Trump - *SUSUPAN PAGI* SAAT ini negara kita menjadi perhatian dunia bersempena dengan sidang Kemuncak Asean ke-47 yang akan bermula esok. Perhatian itu menjadi l...6 hari yang lalu
- 
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Setahun yang lalu
- 
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...3 tahun yang lalu
- 
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
- 
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
- 
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 tahun yang lalu
- 
- 
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
- 
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
- 
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
- 
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
- 
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
- 
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
- 
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Selasa, November 27, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...