Jumaat, November 03, 2017

Hot!! : Najib perlu jadi ‘pencelah’ saman presiden Pas terhadap Sarawak Report

Di saat para pemimpin Umno dan Pas bersepakat menggesa bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga menjelaskan maklumat yang diperolehinya berhubung dana yang disalurkan perdana menteri kepada Pas seperti didedahkan pengarang Sarawak Report dalam teks pembelaan dan tuntutan balasnya di Mahkamah Tinggi London, timbalan ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil pula meminta Datuk Seri Najib Razak menjawab pembelaan Clare Rewcastle-Brown dengan menjadi pencelah dalam saman presiden Pas.
Apa Nik Abduh telah buat, tanya Faiz Fadzil.
“Begitu mengejutkan meneliti pendedahan fakta oleh Clare Brown dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas terhadap Saman yang dikemukakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London susulan suatu artikel yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin kanan Pas untuk menyokong Umno dan BN seperti disiarkan Sarawak Report sekitar Ogos 2016.Menurut Faiz, oleh kerana salahlaku jenayah Najib Razak didedahkan secara terperinci di dalam pembelaan Clare yang pasti telah mencemar nama baik negara, Najib seharusnya melantik peguam untuk memohon sebagai pencelah dalam saman presiden Pas itu bagi menjawab segala dakwaan Clare.
“Pembelaan Clare tersebut mendedahkan beberapa fakta yang terperinci berkaitan pembayaran jutaan ringgit kepada pemimpin kanan Pas oleh Perdana Menteri. Antaranya, sejumlah RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa termasuk wang hasil penyelewengan 1MDB dan pemilikan aset-aset mewah hartanah dan kenderaan oleh 10 orang pemimpin kanan Pas yang lain.
“Clare mendakwa jumlah tersebut sebagai sogokan untuk Pas berpecah daripada Pakatan Rakyat. Dakwaan ini adalah serius dan seharusnya SPRM menjalankan siasatan segera kerana ia melibatkan jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan,” ujar Faiz dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, intipati substantif pembelaan Claire menjurus kepada pendedahan salahlaku jenayah korupsi dan salahguna kuasa oleh Najib Razak termasuk skandal 1MDB, urusniaga kapal selam Scorpene, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan pendakwaan politik kes sodomi Anwar Ibrahim bagi menunjukkan betapa korupnya Najib Razak.
Pas tambah beliau adalah antara ‘umpan’ Najib Razak bagi mengekalkan kuasa politik beliau dengan menyogok wang jutaan ringgit.
Perpecahan dalam parti Islam tersebut serta Pakatan Rakyat, ujar Faiz dilihat sebagai kejayaan permainan licik politik Najib Razak dan Umno.
Sehubungan itu beliau menyarankan Najib menjawab pembelaan Clare Rewcastle-Brown dengan menjadi pencelah dalam saman presiden Pas di Mahkamah Tinggi London bagi membersihkan imej beliau dan negara.
Menurut Faiz, pembelaan adalah dokumen mahkamah yang bersifat dokumen awam yang boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia.
Sehubungan itu, tambahnya Najib seharusnya mengambil langkah berani mempertahankan nama baik dan maruah negara atas premis integriti dan akauntabiliti.
mdl
Picture

38 ulasan:

  1. kESIHAN pimpinan PAS, di zaman TGNA,walaupun dia memerintah lebih 2 dekad,tetapi tiadalah terjadi suasana cukup hina.,seperti ini.ISLAM menjadi sandarannya.
    Kita berdoa,agar pimpinan tertinggi PAS,jika "tuduhan ini benar" cepat-cepatlh bertaubat -nasuha. Kami yg di bawah ini,amat malu pada tuhan,orang ramai.Kami hanya kais pagi makan petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faiz fadzil ni konon nak tunjuk pandai nak ajar najib mencelah.. kenapa kau tak suruh husam mencelah sama? Tunjukkan bukti akaun affin yg dikatakan ada tu (kononnya).. well, najib takut padanlah sbb memang dia satu dunia dah kenal akan sikap penipunya tu.. ini husam pun takut juga kenapa? Sebab dia pun kaki klepet juga lah tu gamaknya?

      Meh aku nak ajar ko faiz fadzil.. ko suruh husam tu bg bukti akaun affin kpd clara tapi dgn bersyarat iaitu jgn sesekali disebut nama husam.. maka dgn itu terlepaslah husam daripada kesalahan di bawah akta perbankan malaysia.. yg penting bukti akaun affin tu dah sampai ke mahkamah london dan akan membolehkan SR menang dalam kes saman tu dan dapatlah semua para barua DAP bersorak ria sakan, betul kan?

      Bagaimanapun, itu akan hanya jadi kenyataan jika husam bukan kaki klepetlah.. bangang punya PAN ni.. bodoh dari akar umbi sampai ke loyar nya sekali! Benda macam ni pun aku nak kena ajar ke? Ntah laa..

      Kalau tak dapek buek seperti apo yg kek ateh tu mako sio2lah korang keluar parti PAS kerana makin bodoh jadinyo.. sebaliknya PAS pulo yg lobih cerodik kerana berjayo yg amat sangat melopehkan org2 bodoh.. bukan itu sajo, sapo sangko pak lobai berani masuk mahkamah.. kek london pulak tu.. tak macam husam yg cumo berani klepet kat dalam nogori jah..

      Faiz fadzil!! ko jawab lah jang.. ko kan bukak firma guaman di nogori sombilan.. den ni bukan apo, kalu dah marah habih keluar bahaso nogori.. tak pedulik den dor..

      Padam
    2. SAMANlah Husam!! banyak songeh.

      Padam
    3. Betul jugak...
      Yg arif sgt dgn fitnah rm90juta nie kan husam tugu...hehehe
      Dia nie turut berjanji akan bawa balik wang saman dari amerika..hehehe
      Malang dpt pemimpin bnyk mimpi dan mabuk todi mcm husam tugu nie...hehehe
      Terlalu taksub dgn kitab SR dan kleptokutty.Ingat mahkamah UK dan US tu mcm mahkamah haprak kot...hehehe

      Padam
    4. Mokhtar senik dulu2 masa nik aziz,pakai kapcai ajerr,sekarang pakai merz....

      Padam
    5. Lagikan SR yang kat London pun PAS boleh saman inikan pulak Husang Jin di Malaysia, sabar dulu, satu persatu, saatnya akan tiba

      Padam
    6. Kat kampung aku jangan kata pemimpin yang berjawatan pakai merz, orang kampung yang mengajar ngaji Al Quran pun pakai mampu merz la....

      Kahkahkahkah.....boddo punya staement

      Padam
  2. Kitab Sarawak Report adalah kitab suci pihak haprak sejak dahulu lagi.Dikarang oleh claire brown setelah mendapat wahyu2 dpd pemimpin2 dan kroni2 haprak yg kaya raya.Pelaburan kan??!!hehehe
    Yang miskin2 cuma pengikut tegar dgn menjadikannya sebagai panduan hidup mrk sejak diperkudakan oleh kleptokutty dan dapigs....hehehe
    Klu mrk terkantoi...alasan mujarab mrk adalah "tak tahu" atau "saya berpandu pada kitab suci haprak-swk report"...hehehe
    Klu si mamak kleptokutty...itu bakal jwpn rasmi yg dijangka bakal kluar dpd mulutnya...hehehe
    Kitab tersebut mendpt dana dan pelaburan yg besar dan fitnah sudah menjadi darah daging haprak sejak azali lagi.Tak mampu dipertikaikan wlpun ada ulamak dlm PANxxx sekalipun yg berkaliber krn mrk sedar tapak kaki dapigs dan mamak kerala dah melekat di muka kepala mrk...hehehe

    BalasPadam
  3. Bagaimana dedak najib!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebutkan dedak apa....
      Alang2 dah nak jadi husam tugu...hehehe

      Padam
  4. najib patut ke london. angkut lobai2 totok pas sekali. bawak diorg makan angin kat sana, dah dekat winter nih, bagi diorg pengalaman main salji. kesian lobai sepanjang hidup duk di markas jek.. pemimpin2 pas jugak yg kaya, dpt jln2 oversea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun setuju kalau nak ke London, tapi boleh ke seorang PM yang sedang bertugas unruk menghadiri perbicaraan fitnah yang direka-reka

      PH ni pemimpinnya bengap, pengikutnya pulak bahalol...

      Kahkahkahkah....

      Padam
  5. Lobai2 pas ni pakai kitab ape???

    Wistle blower dah buktikan..

    Takii pakai merz gunakan pendaftaran harga 100,000..dia pakai sekarang kan?itulah bukti.

    Musrsydul am pas sekarang ada porshe...dia jawab,dia ada proton,tapi porshe anak dia pakai,,,kan bukti..

    Pemimpin pas ada audiq7,tersebar bininya dalam facebook memang ada betul harganya rm500,000..Betukan,..benda tu rakyat semua nampak..
    Mohktar senik dulu2 pakai kapcai,kini pakai merz...nampak dia pakai?
    FITNAH ka tu orang tanya dapat duit dari mana??

    sekarang bila team hadi dan peguam pergi membela...TUNGGU lah resultbya..

    BENDA ITU NAMPAK DEPAN MATA KITA..?????FITNAH LAGI KA??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berbini dua tak nak dijadikan bukti ke samdol....

      Kahkahkahkah.....semakin bodoh pengikut PAN ni.

      Padam
    2. tUNNGULAH KEPUTUSANYA!! APALAH BENGAP SANGAT.

      Kalau ada bukti tak bersalah,pergilah membela diri!! ini melalk sana-sini,cakap orang bodoh,diri yg bodoh,yg tak boleh bezakan antara fakta atau auta!!

      Padam
    3. Keputusan apanya? Kau ni bebal sgt nape? Sepatutnya mudahkanlah proses mahkamah dgn bg bukti2 bukannya biarkan clara bg karangan hingga babitkan ambiga pulak..

      Padam
    4. RAFIZI kata, Najib (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) bagi derma. Kepada PAS parti ulama.

      Jumlahnya besar tidak terhingga.Bukan RM2 juta macam Mat Maslan terima. Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.

      Rafizi kata dia tak auta. Sebagai bukti, SD dia buat sama. Kalau berani samanlah dia.

      Maka kecut perutlah PAS. Terpaksa hempas pulas. Cari alasan buat ancaman. Supaya ahli dan penyokong tak sangka yang bukan-bukan.

      Rafizi kata, Ustaz Nashrudin Mat Isa adalah perantara. Duit “curi” SRC International dialah yang terima.

      Dulu dia orang kuat PAS. Tapi tahun 2011 lawan Mohamad Sabu dia tewas.

      Padam
    5. Peluang sudah diberi,untuk pas menyaman rafizi,melalui ustaz nasha,3-4 bulan yg lalu.Tetapi ustaz nasha menafikan di sinar harian TANPA menyaman rafizi.

      Akhirnya bAgi membuktikan rafizi ada ducoment penting itu,Rafizi membuat affadivit bersumpah, (risikonnya) rafizi akan disaman...

      Sampai sekarang PAS tidak mengambil kesempatan untuk membersihkan namanya di malaysia..sehingga menyaman minah saleh tu!!..

      Bukankah PELUANG SUDAH DIBERI..?????

      Padam
    6. Samdul2 kat sini lebih cerdik dari hakim2 kat London, apabila hakim2 kat London tak berpihak pada mereka, samdul2 kat sini pulak nak tunjuk cerdik rupanya makin nampak kebodohan....

      Isteri dua pun nak dijadikan bukti, bodoh teramat bodoh.

      Kahkahkahkah....

      Padam
    7. Itu yang aku hairan, sepatutnya nama Lapiji dan Husang Jin lah perlu dikaitkan, kenapa pulak Ambiga?

      Nampak sangat kebodohan, fitnah yang direka...

      Bukan auta konon, fitnah Khalid Brahim pun bukan auta, last2 nasution minta maaf dengan Khalid dan mengaku semuanya fitnah yang direka , , samdul2 ni ditipu kering2 pleh Lapiji....bodoh ke apa ni?

      Lapiji dalam diam dah kumpul banyak harta melalui invoke
      Lapiji bayar Lapiji, kata nak saman pembantu Rosmah, sampai ke hari ini pun tak saman2, seperti biasa la Lapiji memperbodohkan lagi pengukit2 nya

      Yang kaya raya Lapiji, pengikutnya ditimpa kebodohan yang serius..

      Kahkahkahkah....

      Padam
    8. Kita saman yang jauh dulu, selesai yang jauh yang dekat pula, satu persatu la samdul, Lapiji mungkin banyak duit hasil dari Lapiji bayar Lapiji...

      Yang kaya Lapiji, yang bodoh pengikutnya...

      Kahkahkahkah.....addoiii.

      Padam
    9. Setuju.. elok jugak kaitkan rapiji.. nanti bolehlah dia penjarakan clare brown macam dia penjarakan DSAI dlm kes Langkah Kejang..

      Padam
    10. LU cakap belakang2 bole la!! depan kalu,terkincit..

      Padam
    11. Aiikkk, lain je bunyi?

      Padam
    12. 9:22,

      Cakap belakang2 tu husam.. cakap depan kalu TGHH sbb berani saman SR.. ngok..

      Padam
  6. Kamu ni duduk planet mana haa!!ini mcam punya orang,sudah ada bukti mahu belit2 lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukti apa yang kamu bawa dari planet kamu?

      Padam
  7. Bila PAS tak saman kalian memekik melolong membawa fitnah kesana kemari, Bila PAS saman pun kalian memekik jugak, kita tunggu saja la keputusan selanjutnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni memekik tak senang duduk bila pak lobai berani masuk mahkamah tak macam pemimpin klepet dorang..

      Padam
    2. Pemimpin klepet cuma jwb...TAK TAHU!!!
      Dlm tak tahu...harta anak..waris..kroni..proksi berbillion2 rm..hehehe
      Yg bodoh menyokong adalah org yg sama pernah mengutuk.Tertunduk2 mencium tangan....munafik!!!!

      Padam
  8. Bukankah walaun memekik,hi hi hi tunggu je nama2 lobai pas yg tlh tersenarai terkincit dkm perbicaraan nanti...ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ramai lah pengikut Haprak yang dhantui dosa

      Kesana kemari dok usung fitnah 90 juta

      Tak rasa bersalah ke? atau memang Haprak ni kaki penipu dan kaki fitnah macam Lapiji, kulit tebal

      Pengikut Haprak terpekik terlolong mempertahankan fitnah yang direka oleh pemimpin banjingan Haprak

      Yer kita tunggu keputusan seterusnya, jangan berlagak nak jadi juri kat sini

      Padam
    2. orang2 pas ni seperti tinggal di planet dia sendiri,segala nasihat orang dia tak dengar untuk kebaikan diri dia.

      Contoh terbaru,dlm perbicaraan hadi di london,Puas lawyer hadi nasihatkan hadi jgan ulas apa2 lagi semasa perbicaraan sedang berlangsung TAPI hadi nak cakap juga;Hadi jadi hakim dan terus jatuhkan hukuman claire bersalah.Penin lawyr sendirri, hakim dan juri2 di sana.

      Subky latiff orang pas nasihatkan pimpinan pas yg namanya disebutkan jgan bising 2 pada ambiga,tapi pimpinan mereka tuduh ambiga yg bukan2.
      subki kata mungkin ambiga boleh tolong pas beritahu sumber itu dari mana????

      TAPI mereka enggan dan degil,menganggap mereka itu islam,BETUL SEMUANYA..
      Begitu juga ahli2 nya yg TOTOK,di sni..PERBICARAAN MASIH PANJANG LAGI..
      Pada saudara2 yg tidak mengenali hadi/pas dan lahir selapas 1986,TAHUKAH ANDA Hadi jugalah menghancurkan peluang pas untuk menang PR1986,dgn amanatnya 1981 di terengganu,pada masa itu peluang pas hebat,konvoi pemuda pas hampir 20ribu di K.T,PAs BERTANDING PARLIMEN kerusi 97,akhirnya pas kalah yg menang hanya satu di kerusi kubang krian yg ditandingi oleh TGNA..Dijangkakan peristiwa itu aakan berulang lagi..pada tahun 2018...sEBAB AHLI2 PAS masih lagi menganggap diri mereka suci,dan tidak menerimat nasihat2 dari pimpinan mereka sendiri..

      wallahualam

      Padam
    3. Nasihat lain bunyinya, ini bukan nasihat samdul, ini adalah fitnah puak2 Haprak

      Itu namanya mempertahankan diri, kan pemimpin PANdir yang buat ulasan macam PAS yang berslah, sedangkan perbicaraan masih berjalan

      Kereta mewah la, rumah besar la, motor besar la, yang berbini dua pun difitnah juga oleh Haprak, rumah banglo tanpa kolam tak nak pulak mereka memekik dan terlolong

      Invoke menipu pun tak bising, Lapiji bayar Lapiji, yang kaya Lapiji, tak nak pulak terpekik terlolong

      Zuraida yang banyak harta dan kenderaan mewah tak ada pulak nak memekik melolong

      Ni satu lagi kebodohan, yang tuduh Ambiga tu Sarawak Report bukan pemimpin PAS, mereka hanya minta Ambiga perjelaskan kenapa SR menuduh Ambiga, antara tuduhan dan penjelasan pun tak reti nak beza

      Lagi satu, tak perlu lah kamu nak memburukkan TGHA, Tuan Guru kami TGHA dan ATGNA lebih mulia dan suci dari kalian semua

      Sila beritahu PANdir jangan pandai2 nak jadi juri, kami mengaku memang kami menjaga kesucian



      Padam
    4. Yang puas mengusung fitnah rm90juta seolah2 sedang mengusung mayat husam tugu skrg....hehehe

      Padam
    5. Sekurang2nya lobai berani masuk court.. kat london pulak tu.. HUSAM? Berani ke? Setakat fitnah arwah TGNA akan masuk PAS jika masih hidup, dia berani lah..tu pun konon nak suruh PAS saman husam.. keh keh.. wat malu lah wei..

      Padam
  9. bila kah si bongok bongok penganut Pakatan Haprak ni nak sedar. Tak habis habis terlalu percaya kan hasutan dan fitnah si kafir harbi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penang banjir pulak ke? Bukankah pentadbiran DAPigs di Penang amat pandai menguruskan pentadbiran negeri, tak macam Kelantan tak tahu nak tadbir negeri pasal tu banjir

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng