Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 25, 2017

Alhamdulillah!! Yb Khalid kekal MP Shah Alam


Khalid Abdul Samad

Namun begitu, Khalid masih disabitkan bersalah di atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah yang menyalahi Enakmen Agama Islam Selangor.Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Shah Alam daripada RM2,900 kepada RM1,900 sekaligus menyelamat kedudukan Khalid Samad sebagai ahli parlimen.


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Salehan Yatim memutuskan demikian selepas menerima rayuan Khalid untuk mengurangkan denda itu.
Mahkamah menyatakan hukuman denda RM2,900 itu boleh menyebabkan kesan serius kepada Khalid kerana boleh menyebabkan beliau hilang kalayakan sebagai ahli parlimen sekaligus rakyat Shah Alam akan kehilangan wakil rakyat mereka.
Dalam perbicaraan pagi ini, Khalid merayu keputusan Mahkamah Rendah Syariah pada 19 Januari lalu yang mensabitkan beliau bersalah di atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau dua bulan penjara.
Mengikut peraturan SPR, Khalid tidak layak menjadi wakil rakyat jika didenda melebihi RM2,000.
Khalid didakwa memberikan ceramah tanpa tauliah di Surau Taman Seri Sementa Klang pada 16 Ogos 2011 lalu yang melanggar Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003).
Beliau diwakili peguam Dr Zulkarnain Luqman manakala defendan diwakili pendakwa syarie Aiman Roslan.
mdl
Picture

23 ulasan:

  1. Mahkamah mengekalkan YB Khalid bersalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah dulu mengesahkan!!Hadi membuat fitnah pil kuda!! pilihanraya sg.nibong.

      Padam
    2. Mahkamah tak pula mengekalkan TGHA bersalah, bermakna TGHA tidak memfitnah

      Padam
    3. Kahkahkah...tak bersalah jadi tak fitnah? Hadi Awang tak sebut nama, tapi sebut parti...

      Fitnah dan dosa besar tetap berlaku. Hadi Awang bertaubat dan mohon maaf pada orang yang difitnah. Itu ajaran Islam bila kita memfitnah.

      Allahu..

      Padam
    4. Fitnah apanya? Bukan ke dah terbukti baru2 ini akan penglibatan secara tidak langsung dgn pil kuda! Mesti melayu mudah lupa ni!!

      Padam
    5. Kalau betul TGHA fitnah, siapakah orang itu?

      Cuba bagi nama, kalau tiada orang nak disebut itu bukan fitnah

      Contoh fitnah macam fitnah 90 juta, fitnah PAS nk UG dengan UMNO, ini baru fitnah

      Kena faham betul2

      Padam
    6. Hakim dah sahkan ucapan Hadi Awang sebagai fitnah. Yang jadi penyelamat sebab ada lebih daripada 3 calon PKR dan hanya seorang yang saman.

      Jadi jangan pertahan orang yang memfitnah. Kelak di Akhirat Hadi Awang terpaksa tarik kalian untuk jadi saksinya depan Rabbul Jalil.

      Di dunia boleh buat dek dan sombong lagi. Bertaubatlah.

      Padam
    7. Tiada fitnah yang dibuat oleh TGHA, mahkamah pun tak dapat nak pastikan bahawa ianya satu fitnah, yang saman tu sebab dia terasa pedas kerana makan cili

      Kamu sepatutnya risau hal2 berkaitan dengan fitnah yang dicipta oleh pemimpin Haprak nanti pemimpin Haprak akan tarik kalian kerana bersekongkol dengan pemfitnah

      Padam
    8. Benda yang ada dalam internet pun kau nak tipu. Buta perut betul. Bertaubatlah. Menipu dosanya besar. Dosa besar dah belajar ke?

      Ini berita BH.

      Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, mahkamah mendapati kenyataan dibuat Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang bertindih kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun lalu terbabit dengan kegiatan pil kuda dan berfahaman komunis, adalah kenyataan fitnah. - Sila ulang semula daripada sini!

      Bagaimanapun katanya, plaintif gagal membuktikan kenyataan fitnah itu merujuk kepada beliau.

      Padam
    9. Dah kalau fitnah kenapa mahkamah sahkan TGHA tidak bersalah, kan jelas tu

      Padam
    10. Pening doh pengikut Pas. Reti ker dok baca ter... Baru tepek sikit. Kalu tepek masa Hadi jawab dengan peguam takut demam pulok nanti.

      Cukop ler kalu dah tahu Hadi memang memfitnah orang masa bagi ceramah kempen PRU13.

      Padam
  2. rEPORT Balak kelan

    report balak kelantan sudah dibuat 1.5 tahun dulu!!
    Report 90juta pemimpin pas sudah dibuat!!

    TIADA TINDAKKAN oleh kerajaan umno!!

    report ambiga dibuat oleh pas dan umno cuma 2 hari sahaja!!tindakkan 'speed of light"..

    Inilah pas cukup gembira!!mereka di BELA !oleh umno!!buatlah salah apa sekalipun,mereka adalah umpama malaikat!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, sebab tu fitnah 90juta dibuat kat London, mahkamah kat Malaysia tak adil

      Di Perak Razman pun disabitkan bersalah, sepatutnya Razman bawa kes ni ke London

      Sebabnya Pakatan Haprak di Perak dilindungi oleh UMNO, salah apa sekalipun kalau Pakatan Haprak di Perak tak salah umpama malaikat, dilindungi sepenuhnya oleh UMNO

      Padam
    2. Haprak nie klu bab memfitnah dah jadi budaya hidup...hehehe

      Padam
    3. Sampai kena bayar saman fitnah 200,000. Bukan budaya hidup lagi. Dah jadi makanan darah daging.

      Allahu.
      Nauzubillahi min zalik.

      Padam
    4. Itu secara teknikal je fitnah.. secara realitinya, rakyat melayu islam dah lama tahu akan kehambaan nizar beliau kpd DAP sejak tahun 2008 lagi..

      Padam
    5. Razman tak fitnah, itulah realitinya, PAN memang barua kepada DAPigs

      Padam
    6. Jadi 200,000 tu bayar untuk suka2 sahaja rupanya.

      Kesian Pas ada Pesuruhjaya yang suka2 nak belanja parti lain ??? Ahli parti sendiri pun kena bagi derma untuk parti??

      PJ Pas pula suka2 hati bagi duit 200,000 pada pemimpin AMANAH?? Murah hati betul.

      Padam
    7. Terpaksa bayar sebab Haprak di Perak dilindungi oleh BN

      Kami akan sentiasa membantu pemimpin PAS yang terjerat oleh mainan kotor Haprak

      Macam Rapiji kena saman, yang bahalol penyokongnya, Rafiji kaya raya sebab Rapiji bayar Rapiji guna dana dari penyokongnya yang bebal, yang kaya Rapiji, yang lemah dan lesu penyokongnya, kesian

      Padam
    8. Baguslah ahli Pas dah ikrar begitu. Ada satu lagi saman daripada Hanipa wakil AMANAH untuk PJ Pas. Sama saja fitnah PJ Pas kepada Nizar. Lagi duit ratus ribu kena bayar. Nizar pun kata PJ Pas bagi duit beribu tanpa sebab sebelum diistihar kalah. Apa dah jadi? Dermawan sangat PJ Pas pada parti Islam AMANAH.

      Syukur Alhamdulillah. Boleh kot bantu juga parti lain macam Bersatu, PKR & DAP?

      Padam
    9. Nizar ni lah yang jadi barua DAPigs di Perak, peejanjian Pangkor 2 adalah bukti yang nyata, nasib baik ada adun yang senang dibeli, 2 ekor dari PKR dan sekor dari DAPigs, maka tumbanglah kerajaan boneka DAPigs di Perak

      Padam
    10. Ingatkan pengikut Pas tadi. Pengikut penyamun Najib rupanya. Perak pun kena samun dek Najib. Hadi tengok je sebab itu yang dia rancang bersama!

      Padam
    11. Di perak yg tgk je UAA sebab dah ada Perjanjian Pangkor 2.. yg penting jawatan mb 10 bulan keh keh..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...