Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, November 30, 2017

Anwar Ibrahim dikunjungi Guan Eng dan Azmin

Guan Eng menziarahi Anwar ketika bekas ketua pembangkang itu menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Ketua umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima kunjungan para pemimpin negara ketika menerima rawatan bahu kanannya di hospital.
Semalam, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibenarkan menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Timbalan pengarah dasar kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali turut menziarahi Anwar pada 27 November lalu di Hospital Kuala Lumpur.
“Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana laporan oleh pakar-pakar adalah semakin baik,” jelas Supri.
Ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Anwar turut menerima lawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet.
mdl
Picture

Rabu, November 29, 2017

Cara berfikir begini : “Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”

“Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan kononnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah melanggar bai’ah apabila menyertai Bersatu datang daripada pemikiran pentaksub Pas.
Menurutnya, tanggapan yang mengaitkan keputusan Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dengan bai’ah atau janji sumpah setia untuk memberi ketaatan menjadikan Pas lebih mudah tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Sesi 2013 – 2015 meninggalkan parti yang hilang hala tuju itu.
Terbaca komen seorang ahli Pas yang ada PhD yang juga rakan saya semasa dalam DPP Pusat dulu berkaitan tindakan Amiruddin masuk PPBM, katanya, ‘Dia bukan langgar janji dengan Pas tapi langgar bai’ah dengan Allah’.”
“Entah apa-apa cara berfikir pentaksub Pas. Cara berfikir sebegitu elok benar terus disuburkan dalam Pas supaya lebih banyak orang keluar Pas dan Pas lebih mudah kalah dalam pilihan raya akan datang,” bidasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kedah bukan lagi negeri yang selamat bagi Pas susulan daripada keputusan beberapa pimpinan Pas negeri tersebut untuk meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Sebaliknya, tegas Zolkharnain, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen itu bakal dikuasai Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
“Pas Kedah kehilangan seorang lagi ‘jurutera’ politik selepas mereka kehilangan seorang jurutera (Pahrolrazi) dan seorang doktor (Ismail) yang bersama AMANAH.
“Dengan izin Allah, sejarah kejatuhan BN Kedah akan berulang. Bukan jatuh kepada Pas tapi kepada Pakatan Harapan, kerana Kedah yang banyak pondok dan padi bukan lagi kubu Pas,” ujarnya.
Beliau berpendapat kegagalan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mesra Pakatan Harapan juga bukti situasi Pas Kedah pada masa ini.
“Diamnya Pas daripada memecat Mahfuz dan Nasir adalah bukti Pas Kedah semakin muram,” bidas bekas Adun Santan di Perlis itu lagi.
Selepas dua hari pelancaran AMANAH pada 16 September 2015 dengan menyaksikan 16 daripada 17 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2013 – 2015 meninggalkan Pas, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan panjang berkenaan bai’ah.
“Pas telah mensyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya.
“Lafaz baiah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam seperti Pas adalah beramal dengan Al-Quran, as-sunnah dan ijtihad para ulama muktabar yang disahkan oleh ahli majlis syura ulama yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang istiqamah,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi, bai’ah lebih mewajibkan Pas tidak menukar akidah perjuangan Islamnya atau membenarkan kedudukan Islam yang wajib memimpin negara dicabar.
Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh FakhruraziPas Kedah pada Julai lalu mengumumkan partinya akan bertanding di kesemua Dun dan Parlimen pada PRU-14.
Bagaimanapun, kata Fakhruddin, keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi tertakluk kepada kehendak Pas Pusat dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebelum Pas berpecah, parti itu hanya menang sembilan daripada 24 kerusi Dun dan satu daripada lapan kerusi Parlimen yang ditandingi.
mdl
Picture

Selasa, November 28, 2017

Panas!! Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti

Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti, sertai Bersatu
Umno dan BN di Pulau Pinang jangan merasa selesa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang memandangkan keahlian mereka semakin susut setelah begitu ramai meninggalkan parti tersebut.
Sehubungan itu dakwaan Umno dan BN akan merampas kembali Pulau Pinang kini hanyalah omongan dan tidak lagi berdasarkan pada fakta.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya ketika ditemui di Bagan kelmarin.
Marzuki Yahya menerima penyerahan borang keahlian Bersatu daripada bekas ahli Umno.
Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada ahli Bersatu yang ada di Pulau Pinang ketika ini adalah terdiri daripada ahli Umno yang telah keluar parti.
“Ahli Umno yang paling ramai semakin susut adalah bagi Bahagian Bayan Baru, Tasek Gelugor dan juga Bagan.
“Yang terkini ahli Bersatu di negeri ini telah pun mencecah 12 ribu orang dan 50 peratus daripadanya merupakan golongan muda.
“Ia sekali gus membuktikan bahawa kedudukan Umno di kesemua 13 bahagian berada dalam keadaan yang semakin meruncing, ” ujarnya.
Walau bagaimanapun katanya, statistik yang tidak dikemaskini menunjukkan ahli Umno masih ramai, walaupun terlalu ramai yang telah pun keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga berkata, Bersatu hampir mencapai penyelesaian dan kesepakatan bersama PH dalam pengagihan kerusi bagi menentang Umno dan BN serta mana-mana parti yang bersekongkol dengan mereka.
“PH sebenarnya tidak tergugat dengan pelbagai ancaman Pas di Pulau Pinang.
“Sebenarnya Pas tidak mempunyai kekuatan sama ada di Seberang Perai maupun di Pulau Pinang.
“Sekiranya mereka mendapat sokongan rakyat, sudah jelas ia akan dapat dipamerkan dalam keputusan pilihan raya umum sebelum ini, ” jelasnya.
Malah katanya, sejak sekian lama Pas hanya mampu menang di kerusi Dun Permatang Pasir.
“Dalam pilihan raya umu ke-13 Pas bertanding di enam kerusi Dun, tapi hanya mampu menang satu kerusi tunggal.
“Manakala calon mereka bagi kerusi Sungai Acheh turut hilang deposit.
“Kini dengan senario politik yang ada, tidak mungkin Pas mampu untuk menang satu pun kerusi sekali lagi termasuk Dun Permatang Pasir sekiranya ia turut ditandingi oleh Amanah, ” tegasnya lagi.
Sebahagian ahli Umno yang keluar parti dalam majlis penyerahan borang menyertai Bersatu di Bagan.
Beliau juga berkata kehadiran Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Pantai Barat agak berbeza dengan situasi yang ada di Pantai Timur.
Justeru katanya, kehadiran Pas untuk turut bertanding dalam pertandingan tiga penjuru merupakan platform untuk memenangkan Umno dan BN serta tidak harus dipandang enteng.
Namun begitu tambahnya, ia sedikitpun tidak akan menggugat sokongan dan kemenangan yang akan diraih oleh Bersatu dan PH sekali pun dalam pertandingan tiga penjuru.
mdl
Picture

Isnin, November 27, 2017

Panas!! : Bekas Adun Pas anggap parti lamanya tidak bijak

Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah ketika mengumumkan keputusannya menjadi ahli Bersatu hari ini menganggap Pas melakukan pendekatan tidak bijak jika menolak untuk bersama gabungan pembangkang.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah itu berpendapat demikian ketika ditanya pemberita mengenai situasi mutakhir Pas yang dilihat hilang hala tuju.
“Pandangan saya untuk Pas bertanding bersendirian seperti mana yang berlaku sebelum ini, tidak melihat itu satu pendekatan yang bijak dan mendatangkan natijah yang baik untuk rakyat,” akuinya.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah itu juga memberitahu, itulah hasil pertemuannya kelmarin dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.
Pertemuan itu, jelasnya, berhubung kemungkinan Pas bersama Pakatan Harapan atau menjadi salah satu ahli seperti dilakukan oleh Bersatu pada peringkat awal lalu.
“Hampir-hampir mustahil hal itu berlaku,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.
Amiruddin sebelum ini dalam banyak siri ceramah di pentas Pakatan Harapan konsisten mengajak ahli Pas supaya mengundi calon blok pembangkang dianggotai AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu.
Menjawab soalan pemberita tentang keahliannya dalam Pas ekoran pengumuman tersebut, mantan Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkenaan menganggap statusnya itu secara automatik akan gugur.
Amiruddin juga memaklumkan beliau tidak relevan lagi menjalankan fungsi sebagai ketua pembangkang dalam sidang Dun Negeri Kedah.
“Bila saya memohon menjadi ahli PPBM dengan sendirinya saya ingat (keahlian Pas) telah tergugur. Saya ingat wajar untuk saya tidak lagi menjalankan fungsi sebagai ketua pembangkang yang selepas ini akan bersidang April tahun depan.
“Mungkin tak dan (sempat),” katanya dalam sidang media yang dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua Bersatu Kedah serta pimpinan negeri.
Berpakaian kemeja warna biru tua, Amiruddin yang kelihatan tenang tetapi ceria itu menyifatkan tiada syarat khusus untuk ahli Pas yang keluar parti kemudiannya perlu menyertai AMANAH.
“Saya pun tidak tahu ada semacam ini … kalau keluar Pas mesti masuk AMANAH,” ujarnya sebelum Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah memberi reaksi.
Menurut Mukhriz, tiada masalah untuk Amiruddin berbuat demikian memandangkan AMANAH dan Bersatu antara komponen Pakatan Harapan.
“Bagi saya tidak ada masalah, AMANAH dan PPBM pun sebahagian daripada Pakatan Harapan yang kami cuba nak daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran (ROS),” tambahnya.
Amiruddin yang juga bekas Pengerusi Pembangunan Kompleks Pas Kedah itu selanjutnya menjangkakan permohonannya untuk menjadi ahli Bersatu akan diterima.
“Hari ini saya akan serahkan borang (permohonan menjadi ahli Bersatu) kepada Timbalan Presiden. Saya rasa tiada masalah kot akan diterima,” ujarnya lagi sambil ketawa.
Terdahulu, Mukhriz dalam reaksinya pada sidang media sama menyifatkan keputusan Amirrudin menyertai Bersatu sebagai “perkembangan yang sangat dialu-alukan”.
“Ini satu suntikan semangat baru bagi kami semua apabila menerima kehadiran tokoh politik yang tidak asing bagi kita semua,” katanya.
mdl
Picture

Ahad, November 26, 2017

Milik siapa RM11 juta?

Milik siapa RM11 juta?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dilapor menemui wang tunai dianggar mencecah RM11 juta dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Kota Kinabalu kira-kira jam 1 pagi hari ini.
Serbuan Op Gegar di sebuah hotel dan pangsapuri sekitar ibu negeri Sabah itu hasil maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi terbabit.
“Semua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini,” kata sumber dipetik dari Astro Awani.
Tahun lalu, Sabah turut menyaksikan rampasan wang tunai dalam kuantiti yang menggemparkan hasil operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jumlah wang yang ditemui di beberapa lokasi itu dikatakan sebagai terbesar pernah disita oleh SPRM berkaitan kes rasuah.
Sehubungan itu, bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta serta memiliki barang mewah daripada aktiviti haram.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, 11 Ogos lalu menangguhkan perbicaraan kes tersebut dan menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Februari dan 22 Mac tahun depan.
mdl
Picture

Sabtu, November 25, 2017

Alhamdulillah!! Yb Khalid kekal MP Shah Alam


Khalid Abdul Samad

Namun begitu, Khalid masih disabitkan bersalah di atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah yang menyalahi Enakmen Agama Islam Selangor.Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Shah Alam daripada RM2,900 kepada RM1,900 sekaligus menyelamat kedudukan Khalid Samad sebagai ahli parlimen.


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Salehan Yatim memutuskan demikian selepas menerima rayuan Khalid untuk mengurangkan denda itu.
Mahkamah menyatakan hukuman denda RM2,900 itu boleh menyebabkan kesan serius kepada Khalid kerana boleh menyebabkan beliau hilang kalayakan sebagai ahli parlimen sekaligus rakyat Shah Alam akan kehilangan wakil rakyat mereka.
Dalam perbicaraan pagi ini, Khalid merayu keputusan Mahkamah Rendah Syariah pada 19 Januari lalu yang mensabitkan beliau bersalah di atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau dua bulan penjara.
Mengikut peraturan SPR, Khalid tidak layak menjadi wakil rakyat jika didenda melebihi RM2,000.
Khalid didakwa memberikan ceramah tanpa tauliah di Surau Taman Seri Sementa Klang pada 16 Ogos 2011 lalu yang melanggar Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003).
Beliau diwakili peguam Dr Zulkarnain Luqman manakala defendan diwakili pendakwa syarie Aiman Roslan.
mdl
Picture

Jumaat, November 24, 2017

Husam Musa : TMB Kelantan disaran tidak ‘berpusing jauh’ isu lulus tanah hutan


Husam Musa

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa (foto) berkata, ini kerana surat kelulusan bertarikh 3 Oktober 2016 telah dikeluarkan dan Mohd Amar sendiri tidak menafikan kelulusan ini.Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dinasihati agar tidak ‘berpusing jauh’ menafikan tanah hutan seluas 5,500 ekar telah diluluskan Akademi Yakin Sdn Bhd yang dipengerusikan olehnya kepada tiga syarikat berkaitan.

Perkara yang perlu dijelaskan oleh timbalan menteri besar Kelantan itu adalah atas alasan apa kelulusan itu diberikan dan soalan itu telah diajukan beliau dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media, Husam menegaskan bahawa kelulusan di peringkat Akademi Yakin adalah fakta yang tidak dinafikan dan selaku pengerusi syarikat tersebut dan juga pengerusi jawatankuasa tanah negeri, Mohd Amar perlu lebih bertanggung jawab menjelaskan isu sebenar.
Menurut Husam, beliau mempertikaikan kewajaran tanah itu dianugerahkan kepada tiga syarikat terbabit memandangkan salah sebuah syarikat berkenaan mengalami kerugian RM3.7 juta mankala dua lagi tanpa rekod kewangan.
“Bermakna kemampuan kewangan syarikat adalah meragukan. Tetapi kenapa Akademi Yakin luluskan? TMB tak payah berpusing jauh,” ujarnya.
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, ujar Husam telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 22 Mei 2017 melalui Akademi Yakin supaya tiga syarikat itu membuat bayaran deposit berjumlah RM4.683 juta.
“Bayaran deposit untuk dilulus atau ditolak? Untuk apa bayar deposit berjuta-juta untuk permohonan ditolak?
“Maknanya ia dalam proses kelulusan penuh. Bayaran deposit adalah syarat kelulusan penuh. Kelulusan dasar sudah selesai.
“Termasuk dalam senarai bayaran itu ialah hasil tahunan, pendaftaran dan pengeluaran hak milik dan harga batu sempadan. Batu sempadan apa kalau (permohonan) ditolak?” tingkat Husam.
Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan yakin ‘percubaan’ meluluskan tanah itu sudah ada namun pendedahan beliau menyebabkan kelulusan terbantut.
“Lalu TMB mula mereka cerita,” katanya.
Mengenai hasil kayu balak dari tanah hutan itu yang didakwa akan ditender, Husam berkata adalah mustahil laporan kedudukan tanah dan isi tanah tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh PTG dan Jabatan Hutan sebelum kelulusan diberi kepada syarikat terbabit.
“Jawapan untuk menender hasil kayu hanya datang selepas saya bangkitkan isu ini. Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yang paling sedap,” ujar beliau.
Mohd Amar Nik AbdullahMohd Amar (foto) pada sesi penggulungan sidang Bajet 2018 Dun Kelantan, 22 Nov lalu menafikan dakwaan Husam mengenai kelulusan tanah seluas 5,500 ekar itu.
Menurutnya, permohonan tanah di Kuala Pahi, Kuala Krai itu dibuat oleh tiga syarikat melalui Akademi Yakin dan belum diluluskan sehingga sekarang.
“Tiga syarikat ini telah kemukakan cadangan kepada Akademi Yakin, kebetulan saya pengerusinya. Menjadi kebiasaan kita mana-mana pelabur yang berminat mereka perlu mencari tanah dan mencadangkan projek kepada agensi-agensi kerajaan negeri.
“Apabila kita buat perbincangan dengan mengambil kira latar belakang syarikat, Lembaga Pengarah (Akademi Yakin) berpuas hati dengan kesungguhan dan kemampuan syarikat serta meluluskan projek ladang kelapa sawit.
“Maka Akademi Yakin buat permohonan kepada PTG (Pejabat Tanah dan Galian) dan (kini) masih di peringkat permohonan,” katanya.
Mohd Amar juga mendakwa wang premium tanah bernilai RM4.7 juta yang perlu dibayar tiga syarikat terbabit kepada PTG adalah sebagai proses pertimbangan projek itu sebelum dilaksanakan.
Katanya, pembayaran premium tanah itu juga sebagai salah satu cara untuk “mengenal pasti kemampuan kewangan” syarikat tersebut.
“Itu cara kita nak nilai kemampuan syarikat, kalau dia tak bayar maka berhenti setakat itu sajalah.
“Jadi isu ini tak berbangkit kerana masih di peringkat permohonan, kerajaan negeri tak luluskan lagi,” katanya yang juga Adun Panchor.
Mohd Amar juga mendakwa tindakan kerajaan negeri tidak mengeluarkan tender terbuka tidak berbangkit kerana ia amalan biasa apabila syarikat itu sendiri berusaha mencari tanah untuk dilaksanakan projek.
“Takkan orang lain susah payah cari tanah, kita nak buat tender terbuka. Itu tidak betul.
“Lainlah kalau tanah tersebut ada kayu (balak) yang perlu dikeluarkan (tebang), kerajaan menetapkan kayu itu perlu ditender,” katanya.
mdl
Picture

Khamis, November 23, 2017

Kedudukan Wisma Tok Guru selepas injunksi ditolak

Pada 15 November 2017, Datuk Husam Musa (plaintif) telah mengemukakan permohonan injunksi (perintah tegahan) ke atas pemilik berdaftar dan agen-agennya (defendan) daripada memasuki kawasan Wisma Tok Guru yang kini dalam pertikaian Mahkamah.
Mahkamah telah menolak permohonan injunksi itu atas alasan defendan hanya bercadang untuk memasuki kawasan Wisma Tok Guru bagi menganjurkan majlis solat hajat sahaja.
Selepas permohonan injunksi itu ditolak, defendan telah meneruskan cadangan untuk mengadakan solat hajat tersebut. Selepas majlis solat hajat itu selesai, keesokan harinya difahamkan bahawa defendan atau ejennya telah mengunci pagar masuk walaupun selepas itu ianya dibuka semula.
Namun, defendan atau ejennya telah keluar masuk ke dalam kawasan premis itu dan telah cuba untuk memasang tiang bendera. Kini, kes tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 4 Disember 2017. Setakat ini, defendan masih belum menfailkan afidavit jawapan ke atas permohonan plaintif itu.
Dalam hal ini, plaintif mempunyai beberapa pilihan terhadap kes yang akan dibicarakan itu. Undang-undang membenarkan pihak yang terkilan untuk merayu ke atas keputusan yang diberikan.
Plaintif boleh memasukkan notis rayuan bagi merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya. Plaintif boleh merayu atas pelbagai alasan antaranya hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memberikan penghakimannya seperti tidak mematuhi prinsip undang-undang dalam permohonan injunksi.
Jika plaintif meneruskan dengan rayuan maka plaintif berhak untuk memohon satu lagi injunksi yang dinamakan sebagai injunksi Erinford. Injunksi Erinford ini biasanya dipohon sementara proses rayuan selesai. Dalam hal ini, plaintif berhak untuk memohon injunksi Erinford ini atas pelbagai alasan termasuk alasan yang baharu.
Melihat kepada perkembangan selepas injunksi ditolak, plaintif mempunyai merit untuk memohon injunksi Erinford itu disebabkan terdapat salah guna oleh responden dan agen-agennya seperti tindakan memasang tiang bendera sedangkan semasa perbicaraan injunksi apa yang disebut hanyalah untuk menganjurkan majlis solat hajat sahaja.
Tujuan injunksi adalah untuk mengekalkan status quo premis tersebut sementara menunggu kes induknya diputuskan. Jika defendan dan ejennya sudah bebas keluar masuk premis tersebut sebelum kes induk selesai ini akan menjadikan kes induk sudah tidak bermakna lagi.
Oleh itu, hakim sepatutnya melihat kepada alasan permohonan injunksi sahaja dan tidak sepatutnya menyentuh merit dalam kes induk. Apa yang perlu diputuskan juga adalah sama ada jika injunksi itu ditolak adalah akan memprejudiskan plaintif dan akan mengakibatkan kerugian yang tidak boleh dipampaskan.
Bagi perbicaraan kes induk, peguam-peguam plaintif perlu bersiap sedia dengan fakta dan hujahan yang boleh menarik perhatian hakim. Jika mengambil isyarat yang diberikan oleh hakim dalam kes injunksi itu seolah-olah hakim seperti sudah mempunyai keputusannya bagi kes induk.
Kemungkinan risiko untuk kes induk itu ditolak lebih besar. Oleh itu, peguam-peguam plaintif perlu menilai kembali fakta yang dimasukkan dalam afidavit dan melengkapkan fakta yang tidak lengkap. Contohnya berkaitan dakwaan mengenai penjualan hartanah yang tidak transparen tersebut.
Pada ketika ini, plaintif hanya menamakan seorang responden sahaja iaitu pemilik berdaftar hartanah itu dan tidak memasukkan penjual hartanah itu iaitu balu Datuk Rosli. Kemungkinan perlu dibuat suatu permohonan untuk memasukkan balu Datuk Rosli itu sebagai defendan kedua supaya fakta kes tersebut menjadi lebih lengkap dan mahkamah mempunyai fakta yang mencukupi untuk memutuskan kes ini.
Wisma Tok Guru
Difahamkan bahawa plaintif tidak menuntut pemilikan hartanah itu tetapi hanya menuntut pengiktirafan mahkamah sebagai orang yang diberikan lesen untuk menduduki premis itu. Dalam maksud lain, plaintif bukanlah penceroboh atau setinggan di atas hartanah itu.
Plaintif memasuki hartanah itu atas kebenaran yang diberikan dan penjual sepatutnya menamatkan lesen pendudukan plaintif di atas hartanah itu sebelum bertindak menjualnya kepada pihak ketiga.
Jika ditamatkan lesen pendudukan atas tanah itu selepas pemegang lesen telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan maka pemegang lesen itu sepatutnya menerima pampasan atas penamatan itu dan untuk mendapatkan kembali kos pembinaan yang telah dibelanjakan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar pula dalam satu ceramah menyatakan bahawa sekiranya sesuatu tanah itu dijual maka segala yang ada atas tanah itu akan menjadi milik pemilik yang baharu.
Mungkin Datuk Mohd Amar merujuk kepada prinsip Torrens yang diamalkan dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa hakmilik pemilik berdaftar adalah tidak boleh disangkal. Selain itu, Kanun Tanah Negara juga menyatakan bahawa lekapan (apa-apa yang melekap di atas tanah) adalah dianggap sebagai sebahagian tanah itu juga.
Namun, hujahan Datuk Mohd Amar itu adalah tidak tepat kerana Kanun Tanah Negara juga mengiktiraf prinsip ekuiti. Ini sudah diputuskan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan. Prinsip ekuiti yang terpakai adalah prinsip ‘equitable estoppel’.
Mengikut prinsip ini, seseorang yang telah diberikan kebenaran dan galakan untuk tinggal di atas sesuatu hartanah adalah berhak untuk diberikan pampasan jika beliau telah membuat penambahbaikan ke atas hartanah itu.
Pemilik asal tidak sepatutnya menjual hartanah itu tanpa berunding dengan pemegang lesen pendudukan atas hartanah itu. Inilah yang dikatakan estoppel iaitu pemilik dengan ini diestopkan daripada menafikan hak pemegang lesen untuk tinggal di atas hartanah itu.
Dalam hal ini, fakta kes yang diketahui hanyalah harga jual beli adalah sebanyak RM700 ribu. Fakta yang didedahkan juga adalah bahawa seorang pentadbir tanah telah datang ke rumah penjual bagi menyaksikan Borang Pindahmilik yang dibuat. Ini dikatakan bersalahan dengan arahan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
Namun, tidak diketahui sama ada wang sebanyak RM700 ribu benar-benar diserahkan kepada penjual dan apakah terma-terma perjanjian yang dibuat mengenai penyerahan milikan kosong. Dalam suatu perjanjian jual beli, terma mengenai penyerahan milikan kosong adalah sangat mustahak apalagi bila penjual atau pembeli mengetahui bahawa ada orang yang diberikan lesen menduduki hartanah itu.
Maka, sebab itu adalah mustahak untuk memasukkan penjual hartanah itu sebagai defendan kedua supaya hal-hal ini dapat dijelaskan kepada Mahkamah. Jika hal-hal ini dimasukkan barangkali hakim akan mempunyai fakta baharu yang perlu diputuskan selain daripada fakta yang telah wujud semasa permohonan injunksi dibuat.
Namun, jika tindakan ini dibuat maka kemungkinan besar proses perbicaraan tidak dapat diteruskan pada 4 Disember 2017. Ini kerana hakim akan mengarahkan pihak-pihak untuk membuat permohonan secara formal untuk menambahkan defendan kedua dan untuk memberikan defendan kedua peluang untuk memasukkan afidavitnya.
Selain itu, plaintif juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk memasukkan notis bagi menyoal balas secara lisan terhadap defendan-defendan jika wujud perbezaan fakta dalam afidavit yang dimasukkan.
Jika mahkamah membenarkan soal balas dibuat maka kes tersebut tidak mungkin akan selesai pada 4 Disember 2017 sebagaimana yang ditetapkan kerana proses soal balas boleh memakan masa.
Justeru, kes ini mungkin akan terus berpanjangan sehingga beberapa bulan lagi dan kemungkinan dalam tempoh itu pilihan raya telah pun selesai. Sementara itu, Datuk Husam dan petugas parti AMANAH akan terus boleh menggunakan premis di atas hartanah ini. Jika ini berlaku, pasti Datuk Mohd Amar akan merasa kecewa kerana beliau mengatakan bahawa tindakan membeli hartanah itu walaupun harganya tinggi adalah untuk menyerang dan melumpuhkan kubu musuh politiknya.
Lebih teruk lagi, jika isu ini berpanjangan ianya akan menjadi senjata makan tuan terhadap Datuk Mohd Amar sendiri kerana isu ini pasti akan menjadi simbol kerakusan PAS untuk memusnahkan parti AMANAH sedangkan Islam mengajar umatnya untuk bersaudara dan berbaik-baik.
Rakyat Kelantan pasti akan menyaksikan hal ini dan akan menolak untuk mengundi parti yang rakus dan tidak matang. PAS sendiri gagal untuk menterjemahkan konsep matang dan sejahtera sebagaimana yang digagaskan mereka.
Jika PAS benar-benar matang maka PAS sepatutnya menggunakan dana RM700 ribu itu untuk menguatkan jentera partinya seperti membantu premis tadika PASTI yang daif dan menambah gaji guru-guru PASTI. Paling tidak pun PAS boleh membeli aset-aset di tempat lain dengan harga yang lebih murah di sekitar Dun Salor tersebut untuk menguatkan jentera PAS di DUN tersebut.
Selain itu, rakyat masih tertanya-tanya di manakah PAS berjaya mendapat dana RM700 ribu untuk membeli hartanah itu sedangkan pada masa yang sama Lajnah Ekonomi PAS giat menjalankan aktiviti mengutip derma dan wakaf bagi membina pasaraya PAS yang bernilai jutaan ringgit.
Jika PAS benar-benar mempunyai wang sepatutnya tumpuan diberikan kepada projek yang telah dilancarkan oleh Lajnah Ekonomi PAS itu. Rakyat juga tertanya-tanya sama ada benar RM700 ribu itu diperolehi melalui sumber komisen daripada konsesi pembalakan.
Hal-hal ini pasti akan menyesakkan nafas PAS kerana wang telah habis tetapi tetapi premis bangunan itu masih tidak dapat dimasuki. Akhirnya, rakyat yang memerhatikan isu ini akan dapat menilai kelemahan corak pemikiran PAS dan seterusnya menolak untuk mengundi PAS dalam PRU 14 kelak.
mdl
Picture

Rabu, November 22, 2017

PARTI ISLAM AMANAH desak SPRM siasat pembelaan DAKWAAN Editor Sarawak Report

Pemuda AMANAH hari ini mengemukakan memorandum kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya menggesa suruhanjaya itu meneliti dakwaan yang terkandung dalam pembelaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
“Memo ini diserahkan kepada SPRM atas dasar kepentingan umum bagi menggesa dan mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan segera, menyeluruh, bebas dan adil ke atas dakwaan Clare dalam pembelaan tersebut,” kata timbalan ketua sayap itu, Faiz Fadzil kepada Malaysiakini.
Rewcastle-Brown memfailkan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London pada 11 Oktober lalu berhubung saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap sebuah artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam memorandumnya, Faiz berkata editor Sarawak Report itu mendakwa bahawa sebahagian daripada jumlah wang itu melibatkan dana 1MDB.

"Memandangkan dakwaan itu membabitkan puluhan juta yang diberikan demi kepentingan politik perdana menteri dan Umno untuk memecah-belahkan pembangkang (Pakatan Rakyat), terdapat kesimpulan rasional berhubung jenayah rasuah, penggelapan dana awam, pecah amanah dan pengubahan wang haram (telah dilakukan)," katanya.
PAS menafikan dakwaan itu manakala penyokong Najib menuduh Sarawak Report berkomplot dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri dengan tuduhan palsu.
mk

Picture

Selasa, November 21, 2017

Panas!! : Pas selamatkan Bajet BN 2018 KPDNKK bila 2 MP berkecuali

2 MP Pas yang berkecuali telah selamatkan Bajet 2018 KPDNKK hari ini.
Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Dalam pengundian belah bahagi untuk kementerian yang menjadi punca kenaikan harga barangan itu, BN telah mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi manakala berkecuali dua undi.
Ahli parlimen yang berkecuali itu adalah Idris Ahmad (Pas – Bukit Gantang) dan Siti Zailah Yusof (Pas – Rantau Panjang).
Yang lebih menyelamatkan Bajet KPDNKK adalah tindakan Timbalan Speaker yang melambat-lambatkan mengumumkan pengundian untuk menunggu wakil rakyat BN masuk ke dalam Dewan, kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH – Sepang).
“Sekarang ini terbukti hasrat parti suci hendak menjadi ‘king maker’ di PRU dijelmakan malam ini,” kata Hanipa di facebook beliau.
Sebelum ini, 11 ahli parlimen Pas telah mengambil sikap berkecuali ketika pengundian untuk Bajet 2018.
Ekoran itu, beberapa aktivis AMANAH menyifatkan ahli parlimen Pas itu telah ‘mempasubungakan’ diri apabila tidak mengundi.
mdl
Picture

Isnin, November 20, 2017

Kerjasama Umno-Pas beri manfaat kepada penyatuan ummah

Kerjasama Umno-Pas beri manfaat kepada penyatuan ummah – Ismail
“Kerjasama antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata penyatuan di kalangan pimpinan politik beragama Islam, penting dalam memastikan kelangsungan Islam dan dasar berkaitannya di dalam negara boleh dicapai.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata hal mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu, terutamanya dalam pilihan raya, terserah kepada pucuk pimpinan parti.
Setakat ini kita tak nampak pergaduhan antara Umno dan PAS, kalau benar boleh kita bekerjasama dengan lebih jauh, saya kira itu baik kerana kita bercakap tentang penyatuan ummah.
Daripada kita bergaduh lebih baik kita bersatu, katanya semasa menjadi panel kluster politik di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di sini, hari ini.
Beliau mengulas soalan daripada peserta konvensyen yang mahu tahu sama ada Umno dan PAS perlu ada kerjasama politik.
mdl
Picture

Ahad, November 19, 2017

HOT!! : 13 TANDA-TANDA HAMPIRNYA SAAT KEJATUHAN KERAJAAN PAS KELANTAN PRU14


1. Jualan harakah tidak laku dan jatuh merudum. Sebelum perpecahan Pas tahun 2015,penerbitan Harakah mencecah 300,000 naskhah tetapi hari ini hanya mampu menerbit 15,000 naskhah setiap keluaran. 

2. Ceramah Pas tiada sambutan. Kakitangan kerajaan negeri dipaksa mendengar ceramah pimpinan Pas. Tandatangan kehadiran mereka diambil terutama jawatan lantikan politik dan kontrak seperti Ahli Majlis Daerah, Penghulu, Halaqat, Peserta Ladang Rakyat, Penerima Beras Al It'am, Guru Yik, Pelajar Yik, Ubes, Upwk dan Upnk. 

3. Saling tidak percaya mempercayai antara sesama pimpinan dan sesama ahli. Walaupun bermesyuarat dan berusrah bersama tetapi ada usrah dalam usrah dan ada mesyuarat dalam mesyuarat lain secara sulit. Perpuakan dalam PAS tidak dapat dibendung lagi. 

4. Pemimpin PAS hidup dalam kemewahan dan berlebihan. Dulu PAS terkenal dengan pemimpinnya yang zuhud dan sederhana kini sudah berubah. Gaya hidup mewah yang menjadi amalan pemimpin Umno kini sudah menjangkiti pemimpin PAS. 

5. Menggunakan kuasa untuk membalas dendam politik. Kesilapan Umno ketika memerintah Kelantan tahun 80an diulangi oleh pemimpin Pas pasca Tok Guru Nik Aziz. kerajaan Pas Kelantan telah menukar dan menurunkan pangkat guru Yik dan menamatkan kontrak kakitangan di Ubes dan pejabat Mb yang tidak sependapat dengan mereka. 

6. Kekayaan negeri berlegar dikalangan keluarga dan kroni. Orang yang rapat dengan pemimpin akan dapat tender. Contohnya; isteri exco hanya mengajar 8 tahun di sekolah Yik mendapat jawatan berpencen dan rakyat biasa mengajar 35 tahun tidak dapat. 

7. Menggunakan kemudahan kerajaan untuk kuatkan parti. Jabatan kerajaan seperti Halaqat, Upkn, Upwk, Ubes, Yatok dan peruntukan adun diguna untuk menggerakkan program parti. 

8. Tidak menerima teguran rakyat. rakyat tidak boleh mengkritik kerajaan. Memberi pandangan yang berbeza dengan pemimpin dituduh lawan kepimpinan ulamak dan ingin menjatuhkan kerajaan islam. rakyat diwajib patuh dan taat kepada pemimpin secara membabi buta. 

9. Medan ilmu menjadi tempat memaki hamun dan mencerca. Kuliah pemimpin Pas diguna untuk memburuk dan memunafikkan golongan yang tidak sependapat dengannya sehingga wujudnya perpecahan dan kebencian dikalangan masyarakat. 

10. Menzalimi rakyat sendiri. Hutan simpan dan perkampungan orang asli digondolkan demi untuk kayakan cina balak. Air untuk minum dan mandi menjadi keruh pekat dan hidupan liar terancam. Kerajaan tidak menjaga kepentingan rakyat. 

11. Mewajibkan solat hajat kemenangan di seluruh negeri. Kebiasaannya solat hajat kekal kemenangan ini dibuat selepas bubar Parlimen dan hampir pilihanraya. Kali ini arahan sudah dibuat di semua kawasan, dun dan upu diwajibkan solat hajat berterusan. 

12. Menanam psikologi supaya bersedia untuk menerima kekalahan. Antara ucapan pemimpin Pas sejak akhir-akhir ini ialah "Sekiranya Pas kalah,orang yang bertanggungjawab dihadapan Allah ialah puak-puak Pan", satu lagi ucapan mereka "kita berjuang bukan untuk menang tetapi untuk mencari redha Allah". 

13. Percaya kepada musuh politiknya sendiri. Pas termakan tipu daya Umno yang menggunakan hudud sebagai umpan. Walaupun sedar hudud satu penipuan Umno namun Pas sudah tersepit. pemimpin Pas terpaksa menjilat ludahnya semula. Demi mengekalkan kuasa,Pas terpaksa bekerjasama dengan umno. 

Ikhlas daripada 

PENGUNDI RAKYAT.

Picture

Sabtu, November 18, 2017

TERBAIK!! : PH semarak ekonomi warisan tempatan jika perintah Terengganu

Tidak mahu bergantung kepada pendapatan hasil minyak yang dijangka akan berkurangan dalam dekad mendatang, Pakatan Harapan (PH) akan menyemarakkan ekonomi warisan tempatan dan sektor pelancongan yang lebih berpotensi besar jika diberi mandat memerintah Terengganu.
Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, PH akan berusaha merakyatkan kembali ekonomi Terengganu dengan membantu usahawan tempatan dan industri tempatan yang sudah wujud sejak sekian lama namun dipinggirkan oleh pentadbiran BN yang lebih bergantung kepada wang ehsan hasil minyak.
“Kita bukan nak beri harapan palsu kepada rakyat dengan industri minyak dan gas seperti dijanjikan kerajaan BN hari ini. Di mana pengusaha atau ahli korporat Terengganu dalam bidang minyak dan gas? Tiada,” katanya dalam sesi wawancara dengan mingguan Amanah.
Raja Bahrin yang juga Pengerusi AMANAH negeri menaruh keyakinan bahawa produk-produk tradisi dan pelancongan tempatan mampu menembusi pasaran nasional dan antarabangsa.
“Jika Indonesia ada Bali, saya rasa ‘Bali Malaysia’ adalah Terengganu kerana kepelbagaian industri kotej dan tradisinya amat kaya,” ujarnya.
Beliau memetik kata-kata salah seorang pengasas Muzium Negara, Allahyarham Tan Sri Mubin Shepperd bahawa Terengganu adalah tempat tamadun, budaya dan warisan Malaysia dilahirkan (Terengganu is the cradle of Malay civilization).
Selain pembuatan barangan tembaga, ujar beliau songket dan batik Terengganu lebih pelbagai dan mampu menarik pelanggan.
Sehubungan itu, beliau yakin pembuatan barangan tradisi tempatan boleh dibangunkan sebagai punca ekonomi negeri daripada ‘harapan kosong’ yang disandarkan kepada industri minyak dan gas.
“Sebelum terlambat kita perlu mencari pengusaha-pengusaha lama ini yang semakin pupus. Jika kita tidak lakukan sesuatu, kita akan kehilangan segala-galanya. Hanya ilusi… negeri ini dipanggil ‘Kuwait Malaysia’. Atas kertas kita kaya tetapi rakyat terus menderita,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini Terengganu masih lagi terkelompok dalam empat negeri termiskin selain Kelantan, Sabah dan Sarawak.
“Kelantan walaupun miskin kita boleh fahami sebab royalti minyak tak pernah ia dapat. Tapi Terengganu dapat royalti minyak dan walaupun royalti minyak dihentikan, kita masih dapat ‘wang ehsan’… hampir sama tapi bentuknya berbeza. Jadi mana perginya (hasil minyak itu). Terengganu masih dikategorikan sebagai negeri miskin?” soal beliau.
Raja Bahrin turut menyentuh bajet Terengganu yang dianggap antara yang tertinggi di Malaysia.
“Selangor bajetnya antara RM1.6 bilion hingga RM1.8 bilion untuk rakyat lebih kurang 5 juta orang. Terengganu rakyatnya 1 juta tapi bajetnya RM2.2 bilion. Ke mana pergi hasil Terengganu? Rakyat masih macam ini.
“Kita tidak ketandusan aset tapi pengurusan amat lemah. Ketirisan, kebocoran (dalam perbelanjaan). Kalau kita sebut rasuah nanti orang marah, tapi inilah hakikat sebenarnya,” ujar beliau.
Wawancara penuh beliau boleh diikuti di mingguan Amanah bil. 75.
mdl
Picture

Jumaat, November 17, 2017

Hot!! Isu Wisma Tok Guru: AJK Pas Pusat berbohong, hina proses mahkamah

Dakwaan Dr Azman tentang penawaran kos mahkamah yang dipadam selepas enam jam disiar di Facebook.
Kes permohonan injunksi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa terhadap pemilik tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru di Salor, Kota Bharu menyaksikan seorang pemimpin Pas dilihat menghina proses mahkamah.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menganggap seolah-olah wujud penawaran kos mahkamah antara Husam dengan Pas selain seperti Pas terlibat dalam kes yang akan didengar pada 4 Disember itu.
Menurut bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi berkenaan dalam status yang dimuatnaik di Facebook jam 2.28 petang semalam, pihak Husam tidak mampu membayar kos mahkamah menyebabkan Pas kononnya memberi potongan “diskaun”.
“Kesian kerana mereka tak mampu bayar kos mahkamah 30k. Pas bagi diskaun 10k. Tak mampu lagi, diskaun lagi jadi 7k.
“Ini kira dah cukup berperikemanusiaan. Pas bukan nak bergaduh dan berperang, sekadar nak ambil hak kita yang sah di sisi undang-undang,” dipetik pada perenggan terakhir dalam status terdiri daripada empat perenggan itu.
Bagaimanapun, perenggan tersebut kemudiannya dipadamkan dan diganti dengan satu pemberitahuan “kekhilafan” selepas kira-kira enam jam dakwaan Azman itu mendapat ratusan reaksi serta komentar pro dan kontra pengguna Facebook.
Pada masa sama, Dr Azman, 42, menjadikan pemberitahuan sama berserta permohonan maaf itu sebagai status Facebook pada jam 8.40 malam dengan mendapat pelbagai reaksi berupa sokongan mahupun sindiran.
Antaranya, termasuk penyokong Pas sendiri yang mengingatkan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu itu supaya memeriksa terlebih dahulu fakta sebelum menulisnya di Facebook.
“Ada kekhilafan info berkaitan kos mahkamah dalam kes injuksi dalam posting saya tadi. Dengan ini saya mohon maaf dan tarik balik perenggan akhir tersebut,” akui doktor gigi itu.
Beliau dalam status Facebook sama memberitahu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan mengetuai sendiri pasukan peguam dalam kes injuksi yang dipohon oleh Husam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu.
“Syabas dan tahniah atas kejayaan dan kerja keras mereka sehingga kita semua menerima kemenangan ini dengan kesyukuran.
“Menariknya hakim bagi ingatan supaya jangan babitkan mahkamah dalam hal agama seperti soal solat hajat,” ujar pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu.
mdl
Picture

Khamis, November 16, 2017

Bagaimana ATG Nik Aziz mengundi dalam Dewan Rakyat

Kenangan. 1982. Suatu hari di Dewan Rakyat. Aku berada di Galeri Akhbar, Press Gallery untuk membuat liputan sidang Dewan Rakyat.
Dari tempat duduk aku, aku dapat lihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat masing-masing. Masa itu tidak ada lagi liputan Dewan Rakyat secara langsung di televisyen. Ahli pembangkang jangan harap dapat masuk televisyen.
Pada hari berkenaan pula adalah pertama kali sidang Dewan Rakyat diadakan selepas berlaku krisis dalam PAS. Datuk Asri Muda dan penyokong-penyokongnya telah keluar PAS dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Yang Dipertua Agung PAS yang baharu ialah Yusof Rawa. Asri dan Yusof tidak ada kerusi di Dewan Rakyat.
Dalam Dewan Rakyat ada lima wakil PAS. Empat ahli parlimen PAS ialah pengikut Asri dan telah melompat ke Hamim. Hanya seorang yang tetap bersama PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat dari Pengklan Chepa.
Pada hari itu berlaku pengundian. Aku tak ingat sama ada Belanjawan atau Rang Undang-undang tertentu.
Apabila mengundi, semua wakil rakyat Barisan Nasional menyokong. Sementara pembangkang termasuk DAP dan PAS menentang. Aku lihat Nik Aziz mengangkat tangan menentang. Tapi semua wakil rakyat Hamim mengundi berkecuali.
Tidak beberapa lama selepas itu Hamim memohon menyertai Barisan Nasional. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menerima kemasukan Hamim. Pada mulanya Berjasa yang ada dalam Barisan Nasional membantah kemasukan Hamim. Tetapi kemudian mereka menerima juga. Ketika itu Ketua Dewan Ulama Berjasa ialah Mahmood Zuhdi dan Ketua Pemuda Berjasa ialah Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali kemudian menyertai UMNO. Datuk Asri cuba membubarkan Hamim tetapi cadangannya ditolak oleh ahli Hamim. Datuk Asri kemudian menyertai UMNO.
Berjasa dan Hamim kemudian menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama PAS dan Semangat 46.
mdl
Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive