Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 27, 2016

PANAS!! : PAS ADA HARAPAN.. JIKA BERGABUNG DENGAN PAKATAN HARAPAN.

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Dakwaan kelahiran Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai ‘kacau daun’ cukup membuktikan Pas tidak yakin mampu menentang BN secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 14 untuk mempertahankan Kelantan.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, parti itu tidak diwujudkan sekadar untuk ‘kacau daun’ dalam  politik seperti yang didakwa Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, apa lagi untuk memberi peluang kepada BN memerintah Kelantan.
Menurutnya, Amanah telah memberi komitmen yang jelas untuk bersama pakatan pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menggantikan BN dalam PRU 14 nanti.

“Jika Mohd Amar berasa tidak yakin kemampuan Pas untuk pertahankan Kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN, beliau sebagai Naib Presiden Pas boleh mengemukakan cadangan supaya mereka bersama Pakatan Harapan untuk menghadapi cabaran ini.

“Sebagai seorang timbalan menteri besar, saya yakin beliau boleh mempengaruhi pemimpin Pas yang lain demi menyelamatkan Kelantan dan menentang BN. Pas perlu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain,” katanya.

Baru-baru ini, Mohd Amar juga menganggap parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan itu tidak mampu bertahan lama apatah lagi mempunyai kuasa untuk merampas Kelantan daripada Pas.

Selar Che Ibrahim, jika Mohd Amar mengakui tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dalam politik Pas terutama dalam isu bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, atas asas apakah pula beliau boleh meramalkan masa depan politik Amanah.

“Saya yakin jika Pas bersedia mencari titik persamaan bagi mewujudkan persepakatan yang kukuh antara parti pembangkang untuk menentang BN, bukan sahaja Kelantan dapat diselamatkan daripada jatuh ke tangan BN dalam PRU 14 nanti, bahkan kedudukan BN di peringkat pusat pun akan goyah,” katanya.

Malangnya, bagi Che Ibrahim, Pas setakat hari ini masih lagi bersikap ‘tidak mesra’ atau anti pakatan pembangkang.

Bagi Amanah, sikap Pas sebegitulah yang memberi ruang kepada Umno dan BN untuk meletakkan mereka dalam keadaan yang selesa walaupun sedang bergolak dengan perbagai masalah rakyat dan negara.

sh

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
Image result for biz online terkini 

10 ulasan:

  1. Bila pas makin lemah mula minta bantuan kawan.dasar parti ajaran syaitan

    BalasPadam
  2. Takkan PAS nak minta tolong pd parti yg hanya syaitan dan jin shj yg nak dgr ceramah mereka??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pas mmg syaitan, nk minta tlg apa lagi.pas la bapak segala syaitan

      Padam
    2. Cuba tanya PAN, mereka tolak hudud atau tidak jika DAP suruh?

      INGAT PAN INGAT DAP INGAT JUGALAH PAP

      SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEHARAMJADAH!!

      Padam
  3. Pada theory... PAS kelantan hampir pasti berkubor pada PRU14 nanti (dengan izin Allah). Dalam keadaan gabungan dengan Pembangkan (PR) pun PAS hampir tewas di kelantan... Bagaiman dengan keadaan PAS kelantan sekarang..."Berapa kerusikah majority dalam DUN kelantan dipegang hari ini ?... (technically).

    BalasPadam
  4. Untuk menamatkan kuasa pemerintahan PAS di kelantan, cukup hanya dengan gabungan UMNO + AMANAH untuk merampas majority dengan undi tidak percaya... CUBA SENARAIKAN KEDUDUKAN KERUSI DUN KELANTAN - sekarang ???

    BalasPadam
  5. Apakah TMB - Nik Amar tidak sempat merasa MB Kelantan ?...
    ... banyak lagi masaalah dalam PAS yang belum dibongkar... termasuk dalam perkara penyelwengan Tauhid (Agama - ad-deen : tauhid Rububiyyah & tauhid Uluhiyyah - al-Islam...serta Furuq (cabangan) - Aqidah (al-Iman) dari Syariah : Syara' - FIQH dengan semua cabang ilmuNya - perkara ghaib akal sahaja.

    BalasPadam
  6. Kembalikan Tauhid (ad-deen), Islam (al-Islam) serta Furuq (cabangan) Aqidah dari Syariah : Syara' pada jalan yang benar diredhoi Allah... BUKAN jalan yang dilaknati Allah - SYIRIK terhadap hak-hak mutlak (zat) Allah...

    BalasPadam
  7. Selamatkan rakyat kelantan dari ancaman Syirik yang diharamkan Syurga & diwajibkan Neraka hingga mendapat syufaat & keampunan Allah - WAJIB NERAKA LEBIH DAHULU...(melainkan taubat diterima Allah sebelum tamat anugerah hidupNya - mati)

    BalasPadam
  8. Bagi para arwah2 yang telah tamat anugerah hidupNya dalam keadaan difahami amat menyedehkan... tidak ada lagi jalan kembali...SIAPA YANG AKAN TUNGGUNG ITU SEMUA ???

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...