Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 18, 2015

USTAZ AHMAD AWANG PERLU DIANGKAT MENJADI PRESIDEN PAS..PENTING!!

 

Pengalaman beliau didalam organisasi Ngo Islam dan didalam parti.

Di samping menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan kerajaan, Ustaz Ahmad Awang aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan.

Di antaranya beliau menerajui pimpinan Persatuan Ulama Malaysia selama kira-kira 17 tahun, dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun. Lain-lain pertubuhan yang pernah beliau pimpin adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, Iraq dan lain-lain lagi.

Seorang Ulamak yang membawa pendekatan hujjah dan meraikan perbezaan pendapat.

 Beliau seorang yang berhujjah menggunakan dalil nas daripada pendapat ulamak muktabar didalam akidah ASWJ dan berlapang dada dalam mnyatakan pendapat serta menentang budaya takfiri iaitu label-melabel, memaki hamun serta memfitnah didalam parti yg berbeza pendapat dan tidak seteru didalam jemaah inilah yang fahaman yang bahaya jika dibiarkan dan akan kembali kpd thn 80 didalam jemaah.

http://pro-fm7.blogspot.com
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...